Wednesday 14 November 2012

SALLEH KALBI PENGKHIANAT UMNO?





Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

UMNO tidak perlu menunggu sehingga bubar Parlimen untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang sabotaj kepada parti kerana boleh memulakan daripada sekarang terutama terhadap Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang telah terbukti mengkhianati negara dalam isu Outright Grant (OG).

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi ketika mendedahkan bukti pengkhianatan Salleh setelah berpuas hati tidak mengggangu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beliau failkan pada tahun lalu.

"Kini Salleh sedang menghadapi kes mahkamah dengan Syarikat Hong Lee di Lahad Datu yang menuntut RM80,000 daripada Salleh setelah semua 'grant' yang dikeluarkan kepada mereka dibatalkan Salleh dan diserahkan kepada MP Perdana (kroni Salleh) setelah semua bekalan dilaksanakan dengan sempurna," kata Citra yang menyifatkan penipuan yang dilakukan Salleh terhadap Hong Lee adalah jenayah kolar putih yang tidak boleh dimaafkan.

Bagaimanapun Citra tidak ingin mengulas lanjut kes saman Hong Lee kerana bimbang akan mengganggu prosiding mahkamah.

Tetapi Citra memaklumkan bahawa beliau mempunyai bukti Salleh telah menyalahgunakan hampir kesemua 'Outright Grant' yang diberikan kepadanya termasuk membuat tuntutan palsu; namun kebanyakannya telah diserahkan kepada SPRM.

"Bagi seorang ahli parlimen, Salleh adalah pengkhianat tegar kepada negara kerana telah membuat pembayar cukai tidak lagi menghargai maruah kerajaan Persekutuan yang mengeluarkan pesanan pembelian kerana diperakui sebagai 'Cek Tendang'; malah menghalalkan jenayah penipuan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah," ujar Citra yang kesal kerana borang rasmi kerajaan seperti pesanan kerja am atau pesanan pembelian tempatan telah menjadi sama taraf dengan kertas tisu tandas.



KERTAS TISU......Bukankah Salleh menjadi pengkhianat jika dengan culas menipu pembekal dan menjadikan pesanan pembelian ini sebagai kertas tisu tandas yang boleh dipakai buang sesuka hati?


Sebagai contoh kata Citra, Tuntutan Outright Grant (OG) bagi membiayai sebahagian kos sumbangan keperluan asas kepada penduduk miskin, OKU untuk Kampung Segama, N 50 Lahad Datu (H0410App188188H31501155) dan membiayai sebahagian Kos sumbangan keperluan asas kepada penduduk miskin, OKU untuk kawasan Kampung Ulu Teburi, N 49 Tungku (H0410App188188H31491156) masing-masing berjumlah RM30,000 setiap satu tidak sah laku.

Citra menunjukkan salah satu contoh Pesanan Kerajaan CMS 629716 bernilai RM30,000 yang dikeluarkan kepada Chai Hooe untuk membiayai sebahagian kos sumbangan keperluan asas kepada penduduk miskin OKU untuk Kampung Segama N 50, Lahad Datu melalui nombor Projek 0410APP188188H31501155 diakui bahawa perkhidmatan/bekalan telah dilaksanakan/diberi dengan memuaskan/ sempurna atas urusan rasmi kerajaan oleh Peter Beaty, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Lahad Datu.




 PALSU......Salleh telah mengaku bahawa bayaran telah didahulukannya namun sehingga kini belum menjelaskan hutang yang dibuatnya kepada pembekal. 


 
JENAYAH.....Mungkin Salleh tidak sedar beliau telah melakukan jenayah apabila melampirkan senarai penerima bantuan palsu termasuk nama pegawai JPKA? Bukanlah beliau mempunyai ijazah kedoktoran?



 
SUBAHAT.....Apakah Adun Tungku dan Lahad Datu juga turut bersubahat dengan Salleh membuat tuntutan palsu dan memakan hak OKU? Pegawai Daerah Lahad Datu juga kenal siapa yang disenaraikan ini?


Salleh telah memperakui bahawa perbelanjaan tersebut telah didahulukan oleh beliau dan memohon pembayaran disalurkan ke akaun Chai Hooe di RHB Bank (21005500085590) setelah memperakui bahawa perbelanjaan/kerja-kerja telah dilakukan dengan sempurna dan pembayaran dibuat atas nama syarikat yang dinyatakan telah diserahterima kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah pada 23 Julai 2010.

Namun malangnya, sehingga ke hari ini tiada sebarang bayaran dibuat setelah Salleh membatalkan Pesanan Kerajaan CMS 629716 dan menukarkan syarikat lain sebagai penerima bayaran bagi bekalan yang telah dibuat oleh Chai Hooe.

"Kita mendapat maklumat bahawa walaupun semua bekalan yang dibuat oleh Chai Hooe telah disempurnakan, namun belum menerima bayaran pukal; sebaliknya Salleh membayar secara ansuran iaitu antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. 



SUSAH.....Jika Salleh sanggup memburukkan nama Kerajaan BN dengan melakukan pelbagai penipuan, siapakah yang akan percaya jika beliau dipilih sebagai calon BN pada PRU akan datang? Semua pembekal di Lahad Datu serik ditipu Ahli Parlimen BN ini melainkan MP Perdana yang mendapat tuntutan tanpa membekalkan barang.


"Bukan sahaja Chai Hooe, malah banyak syarikat lain juga mengalami nasib yang sama; tetapi Hong Lee bertindak membawa isu ini ke mahkamah," kata Citra yang mengecam Jabatan Audit Negara dan SPRM kerana gagal menjalankan auditan terhadap 'Outright Grant' sedangkan pada 2007 Mantan Ahli Parlimen Silam, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman telah digugurkan daripada calon setelah siasatan SPRM mendapati beliau terlibat dengan tuntutan palsu mangsa banjir.

Citra menambahkata, setelah semakan dijalankan terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Chai Hooe, beliau mendapati bahawa kesemua senarai penerima yang disertakan adalah palsu dan bukan penduduk kampung berkenaan; malah mereka tidak pernah menerima bantuan tersebut kerana majoriti mereka tinggal di bandar dan merupakan kakitangan dan Ketua Cawangan UMNO yang rapat dengan Salleh Kalbi.

"Malah Kakitangan Jabatan Perkhidmatan kebajikan Am Sabah, Abdullah Bin Mail (580907125519) juga turut disenaraikan sebagai penerima bantuan," kata Citra yang menyebut antara kakitangan Pejabat Parlimen Silam yang menerima bantuan berkenaan ialah Annimin Bin Kartojo (621025125777), Nasri Subairah (810925125209) dan Yen Kim Wah (581009125087).

Daripada siasatannya, Citra percaya Salleh telah mengambil kesempatan memperakui bantuan yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sebagai tuntutan bertindih bantuannya berdasarkan gambar yang disertakan bersama baucer tuntutan.





No comments:

Post a Comment