Saturday, 24 November 2012

SENI SILAT PEMANGKIN JATI DIRI BANGSA





JULANG......Azizah menjulang keris sebagai simbolik Kejohanan Pecak Silat Daerah Beaufort sempena festival Bagandang 2012 dirasmikan.

BAGANDANG ataupun adunan harmoni irama muzik kulintangan dan gong adalah amat sinonim dengan silat malah ia merupan satu elemen penting untuk menghidupkan gerak tari, langkah dan pukulan dalam silat serta dapat memelihara suasana pertandingan silat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata penilaian dalam aspek Wirana, Wiraga dan Wirasa yang ditekankan semasa pertandingan dalam silat tempur akan lebih baik hasilnya sekiranya pesilat benar-benar menjiwai rentak permainan bagandang ataupun muzik silat yang dimainkan.

“Oleh yang demikian, pemuzik silat atau skill bermain alat muzik silat. Tanpa tahap yang memuaskan atau benar-benar mahir di dalam menjiwai dan menguasai permainan secara praktikal.”

“Justeru, penganjuran pertandingan silat ini amatlah bersesuaian dengan festival Bagandang Beafort yang bertemakan Bersatu Memartabatkan Budaya,” katanya ketika merasmikan kejohanan Pencak Silat Daerah Beaufort Sempena Festival Bagandang Beaufort 2012 di Dewan Pa’ Musa Beaufort.

Hadir sama anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Beaufort dengan Kerjasama Persatuan Seni Silat Daerah Beaufort (PSSDB). Pengerusi Pelaksana Kejohanan Silat Daerah Beaufort merangkap Pengerusi PSSDB, Mohd Shaid Hj Othman dan Pegawai Belia dan Sukan, Beaufort, Nordin Ismail.

Azizah berkata, gabungan antara Seni Bagandang dan seni mempertahankan diri ini pastinya menghasilkan seni yang boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Beliau berharap pertandingan yang julung kalinya diadakan itu akan dapat menncungkil bakat pesilat yang boleh digilap dan seterusnya dilatih untuk memartabatkan lagi seni silat di negeri ini.

“Saya amat menyokong usaha tuan-tuan untuk memartabatkan seni silat khususnya di daerah ini dalam usaha memperkenalkannya semula kepada masyarakat tentang peranan positif seni silat ini khususnya dalam memelihara jati diri bangsa Melayu,” katanya.

Katanya lagi, kita mahu melihat bangsa kita tetap unggul dan tidak tergugat oleh anasir-anasir luar yang kini telah mula menjangkiti anak bagsa kita kesan daripada dasar 'Langit Terbuka'.

Azizah yang juga Adun Klias dan Penaung Festival Bagandanag 2012 setrusnya berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan tamadun dan kedaulatan bangsa Melayu suatu ketika dahulu ditunjangi oleh ‘Orang Silat’.

“Kembalikan semula kegemilangan itu dan anda adalah pewaris para pejuang itu selagi masih mahu menjunjung langit di mana bumi anda berpijak.”

Pada majlis itu Azizah yang menyaksikan upacara membuka gelanggano oleh Dewan Pendekar telah menyempurnakan penyerahan Keris Kejohanan.

Dalam kejohanan tersebut disertai enam pasukan terdiri daripada tuan rumah diwakili 40 peserta, Tawau 20 peserta, Sipitang (12), Nabawan (10), UMS Kota Kinabalu (9), dan Keningau enam peserta.

No comments:

Post a Comment