HILANG.....Najib
menyalahkan DAP sebagai sebab BN kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU-13.
Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Barisan
Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) kali ini adalah kerana berpunca daripada parti DAP yang perkauman, kata
Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Najib berkata sekiranya
tidak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut yang bermain isu
perkauman menghasut pengundi, peluang untuk BN tambah kerusi pasti lebih cerah.
“Umno tak tewas, Umno tambah
kerusinya kalau tidak ada DAP yang main isu perkauman ... kalau tidak kerana
mereka umno boleh menang lagi banyak kerusi.
“Umno bukan parti rasis.
Kita adalah parti yang sederhana,” kata Najib dalam ucapannya semasa sambutan
ulang tahun parti ke-67 di PWTC disini.
Keputusan pilihan raya kali
ini paling terburuk dalam sejarah BN sejak penubuhannya kerana walaupun masih
mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat, BN hanya mendapat 133 berbanding
222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada
pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi
Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
Malah, Najib sendiri
menyifatkan keputusan pilihan raya sebagai “Tsunami Cina” memandangkan gabungan
parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan kerusi campuran terutamanya di
kawasan bandar dan separa bandar.
Walaubagaimanapun, Najib
memberi jaminan BN tetap akan terus memberi layanan adil dan saksama kepada
semua masyarakat berbilang kaum dan tidak akan membenarkan parti politik
berkepentingan yang mahu menghancurkan negara.
“Kita akan tetap pertahan
dasar adil dan saksama dalam negara ... inilah formula yang terbaik.
“Kita tak akan benarkan
parti politik berkepentingan yang akan menghancurkan negara,” katanya lagi.
Tidak hanya menunding jari
kepada pihak lawan, Najib juga menggesa semua pemimpin dan penyokong parti
untuk menilai kesilapan atau kesalahan sehinggakan masih terdapat lagi rakyat
menolak parti tersebut pada pilihan raya kali ini.
“Kita mesti muhasabah juga
dan segala kelemahan mesti diperbetulkan, yang sokong kita ucap terima kasih.
“Yang tak sokong kita kena
tanya, jangan kita angkuh ... kita berjaya kerana rakyat percaya,” tegas Najib
di hadapan kira-kira seribu lebih penyokong yang hadir sama.
Sempena sambutan ulang tahun
itu lagi, Najib juga mengingatkan kepada semua penyokong dan jentera BN bahawa
rakyat adalah penentu nasib kepada kelangsungan dan kekuasaan kepada parti
tersebut.
Najib berjaya mendapat
mandat pertama sejak memegang jawatan perdana menteri 2009 selepas mendapat
majoriti mudah pada PRU13, dibantu dengan sokongan kebanyakkan pengundi kawasan
luar bandar serta deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak.
Penganalisis telah
menekankan keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah “Tsunami Cina” seperti didakwa
oleh Najib akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang
menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN turut hilang undi popular
kepada PR - pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai
Perikatan. (TMI)
No comments:
Post a Comment