LUBANG....Saifullah
menunjukkan jalan berlubang dan berlopak di tengah Pekan Semporna yang tidak
pernah disenggelarakan oleh JKR dan MDS.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : "Ada kalanya
saya malu dengan kawan-kawan yang datang dari Cina, India dan Australia apabila
mereka melancong ke Semporna yang bergelar daerah Mutiara, ditambah dengan
keindahan pulau-pulau yang memukau setiap insan bernama manusia.
"Kecantikan dan
keindahan semula jadi pulau-pulau yang terdapat di daerah ini telah menambat
hati para pelancong sehingga mampu menjana sumber pendapatan dan meningkatkan
Perkapita negara.
"Tetapi, walaupun pulau-pulau
di Semporna telah mendapat pujian dunia, malangnya pula pekan Semporna mendapat
kejian kerana kerosakan jalanraya dan longgokan sampah sarap yang mengaibkan."
Demikian keluhan panjang
yang dicetuskan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 yang juga merupakan
seorang aktivis muda, Mohd Saifullah Minggu setelah membuat tinjauan bersama Jurugambar
Sabahkini.Net di beberapa lokasi sekitar Pekan Semporna.
TEMUBUAL....Saifullah
gesa ADUN-ADUN ambil tindakan tegas kepada para Pegawai kerajaan yang tidak mahu
bekerja dengan telus.
Saifullah menegaskan, beliau
agak hairan kenapa Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Daerah Semporna (MDS) tidak mengarahkan syarikat
konsisi penyelenggaraan iaitu Globinaco dan Kekal Mewah melakukan kerja
pembaikan dan pembersihan sekalipun mereka mempunyai peruntukan yang mencukupi.
VIDEO SAMPAH DAN JALAN
Isu sampah dan kerosakan
jalan bukanlah isu baru, malah SabahkiniTV pernah mendedahkan isu ini secara terbuka,
namun kesemua ADUN dan Ahli Parlimen tidak pro aktif mengatasi masalah sampah
dan jalan.
Kata Saifullah, Ahli
Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sekalipun bertaraf menteri
kabinet Malaysia, namun terlalu lemah dan tidak berani membuat teguran terhadap
Pegawai Daerah (DO); Pegawai Eksekutif Majlis Daerah (MDS); Jurutera JKR sehingga
mereka 'besar kepala'.
“Wakil Rakyat tidak seharusnya
berlembut dengan para pegawai-pegawai kerajaan yang cuai, tidak jujur dan makan
gaji buta sehingga gelaran 'Land of Rubbish' untuk Semporna, belum dapat
dihapuskan kerana ramaipegawai 'itik tempang' di Semporna," tegas
Saifullah.
Kata Saifullah, sebagai wakil
Pemuda UMNO Semporna dan generasi muda, mereka bukan menentang Dasar Pentadbiran
atau Anti Kerajaan; sebaliknya menjadi tulang belakang kerajaan ala Ombudsman.
No comments:
Post a Comment