Wednesday 22 June 2011

17.2 JUTA MATI SETIAP BULAN?



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

PENYAKIT jantung adalah merupakan sebagai penyumbang maut terbesar yang dianggarkan meragut sekurang-kurangnya 17.2 juta nyawa di dunia saban bulan.

Pencegahan awal adalah amat penting bagi mengelakkan penyakit ini dan pengesahan awal dapat dilakukan melalui ujian saringan kesihatan.

Tekanan darah tinggi kolestrol, paras glukos yang tinggi, merokok, obesiti dan kurang bersenam selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai masalah jantung adalah faktor penyumbang penyakit ini.

Demikian dalam ucapan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin ketika merasmikan ‘Kempen Jantung Sihat Luar Bandar’ anjuran bersama Yayasan Jantung Malaysia, The Society of Sabah Heart Fund yang ditaja oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Papar, Majlis Daerah Papar, Hospital Papar, Pejabat Kesihatan Daerah Papar dan Nestle Product Sdn Bhd, kelmarin.

Rosnah berkata, tema Hari Jantung Sedunia pada tahun ini adalah ‘Satu Dunia/Satu Rumah, Satu Hati’ anggaran insiden kekerapan Penyakit Jantung Konari di Malaysia adalah 141 daripada 100,000 populasi.

Kadar ini, kata Rosnah, menunjukkan bahawa hampir 40,000 kes baru serangan penyakit jantung saban tahun bagi 28 juta populasi penduduk di negara ini (Malaysia)

Sehubungan itu Rosnah berharap agar lebih banyak NGO akan tampil membantu pihak kerajaan bersama-sama menangani masalah asa ada masalah sosial, kesihatan, kemasyarakatan dan sebagainya sama ada di Sabah khasnya dan Malaysia umumnya.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf sistem kesihatan yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi terutama sekali di Negeri Sabah.

10 comments:

  1. Kampen ini bagus untuk kesedaran masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Rakyat perlulah pandai menjaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
  3. kempen perlu sentiasa dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. mencegah lebih baik daripada mengubati.

    ReplyDelete
  4. rakyat perlu amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  5. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lakukan pemeriksaan dengan lebih kerap.

    ReplyDelete
  6. Semoga kerajaan dan NGO dapat berganding bahu untuk memberi lebih banyak pendedahan dan bantuan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  7. kementerian kesihatan memang perlu berusaha menaiktaraf sistem kesihatan di negeri ini memandangkan sistem kesihatan yang sedia ada di Sabah masih tidak setanding dengan negeri2 lain.

    ReplyDelete
  8. kempen ini baik utuk memberi kesedaran kepada kita akan pentingya menjaga jantung kita.

    ReplyDelete
  9. Maka pencegahan perlulah bagi mengelak menghidap penyakit jantung.

    ReplyDelete
  10. Kawalan permakanan untuk kesihatan. Kerana pemakanan antara faktor pelbagai penyakit menyerang kita.

    ReplyDelete