Tuesday 28 June 2011

BERPERSATUAN HINDARI GEJALA SOSIAL



LANCAR…Azman (memegang bendera) ketika melepaskan peserta konvoi bermotorsikal pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PENGLIBATAN dalam pertubuhan belia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengawal golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai kegiatan negatif.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim berkata, melalui pertubuhan belia golongan muda di bawah umur 40 tahun boleh melakukan pelbagai aktiviti yang mereka gemari seperti sukan lasak, berlumba dan sebagainya dengan cara yang sihat.

Katanya.aktiviti dalam pertubuhan belia juga membantu golongan muda menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta mendapat pelbagai pendedahan mengenai kemahiran memimpin.

''Pertubuhan belia boleh mengatur banyak program melibatkan golongan belia untuk menjauhi golongan ini daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial,” katanya

SOKONGAN…Azman (duduk di tengah-tengah) bersama para peserta yang menyertai konvoi tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Konvoi Bermotorsikal Jelajah Sabah Belia Kawasan Rukun Tetangga Gabungan Kamping Kukut di Beaufort kelmarin.

Menurut Azman antara masalah sosial melibatkan belia yang sering kita baca pada hari ini adalah penyalahgunaan dadah, mat rempit, kegiatan jenayah dan buang bayi.

Katanya majoriti golongan belia yang terlibat dalam gejala sosial terdiri dari mereka yang tidak menyertai sebarang persatuan atau menganggotai mana-mana pertubuhan

"Jika mereka merupakan ahli mana-mana pertubuhan belia, sudah tentu mereka terlibat dengan aktiviti yang sehat dan mengetahui saluran untuk mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, bagi yang suka merempit terdapat aktiviti permotoran dalam persatuan belia.”

Tambah Azmam, antara faedah berpersatuan ialah membina peribadi belia, menimba pengalaman kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan dan membantu belia menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup.

“Kerajaan juga menyediakan banyak platform bagi golongan belia menggunakan masa muda mereka dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan diri dan mewarisi kepimpinan Negara”

Sehubungan dengan itu Azman berharap golongan belia, khususnya di kawasan Beaufort menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menjadi bakal pemimpin dan anggota masyarakat yang berguna serta bebas dari sebarang masalah sosial.

12 comments:

  1. yup,lebih baik menyertai mana2 persatuan daripada terlibat dalam gejala yang tidak baik.

    ReplyDelete
  2. All the best and good luck.

    ReplyDelete
  3. program-program belia seperti ini sangat baik untuk dilaksanakan. harap lebih banyak program akan dibuat selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Biarlah aktiviti seperti ini dijalankan selalu untuk mendapat pelbagai manfaat dan kesan positif kepada para peserta.

    ReplyDelete
  5. Sokongan dari semua pihak adalah perlu bagi menyokong aktiviti seperti ini dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  6. menyertai sesuatu persatuan adalah lebih baik dan berfaedah bagi mengisi masa lapang golongan belia.

    ReplyDelete
  7. Bila program2 seperti ini diadakan, sambutan daripada belia2 juga perlu ada untuk menjayakannya.

    ReplyDelete
  8. Inilah yang terbaik bagi mengelak gejala sosial. Mengisi masa lapang remaja dengan perkara yang berfaedah.

    ReplyDelete
  9. Daripada buang masa dengan aktiviti tak sihat, lebih baik join mana2 persatuan bagi mengelakkan gejala sosial.

    ReplyDelete
  10. Semoga remaja akan didedahkan dengan corak kehidupan berpersatuan.

    ReplyDelete
  11. kadang2 belia ni tidak suka terikat dengan komitment yang boleh menyekat minat dan hobi mereka. oleh sebab itu, menggalakkan mereka terlibat dengan persatuan, bukannya satu tugas yang mudah. semua pihak perlu memainkan peranan..

    ReplyDelete
  12. Everyone plays an important role to reduce social ills.

    ReplyDelete