Tuesday 28 June 2011

JAGA KEBERSIHAN KAMPUNG SENDIRI


Oleh : SHAIMON S JUMADI

PENDUDUK Kampung Melayu Sim-Sim Berhala Darat Sandakan disaran supaya mengutamakan penjagaan kebersihan alam sekitar, khususnya di sekeliling kawasan rumah masing-masing demi menjamin keceriaan dan keindahan kampung berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew menegaskan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung merupakan pemimpin di peringkat kampung yang dapat memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam pelbagai aspek yang ada hubung kait dengan kepentingan masyarakat setempat.

V.K. Liew berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif dengan Sabahkini.Net sejurus selepas lawatan ke kampung berkenaan kelmarin.

Liew berkata 95 peratus penduduk kampung Sim-Sim Berhala Darat adalah kaum bumiputera dan 90 peratus daripada mereka merupakan ahli-ahli parti komponen BN yang merangkumi UMNO, GERAKAN dan LDP.

“Kita yakin dalam pilihanraya umum ke 13 nanti (PRI-13) calon-calon Barisan Nasional (BN), sama ada DUN mahupun Parlimen tiada masalah untuk mendapatkan undi mereka, kerana mereka begitu setia dengan BN sejak dari awal lagi BN menjadi tampuk pemerintahan Negeri Sabah,” ujarnya.

Mengenai kebersihan kampung Sim-Sim Berhala Darat, V.K Liew menegaskan setiap hujung minggu masyarakat kampung harus berganding bahu mengadakan gotong royong bagi membersihkan sampah-sampah sarap yang terdapat di pinggir pantai berhampiran rumah mereka yang dihanyutkan ombak.

Kata V.K.Liew, melalui program bergotong-royong, lebih menjurus kepada jalinan ukhuwah dan hubungan siratulrahim yang lebih intim sesama penduduk setempat.

8 comments:

  1. Maintaining cleanliness is everyone's responsibility.

    ReplyDelete
  2. Amalan gotong-royong yang dijalankan oleh penduduk kampung sememangnya patut dipupuk dan diamalkan berterusan.

    ReplyDelete
  3. Kebersihan mempengaruhi keperibadian seseorang. Kebersihan kampung tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  4. menjaga kebersihan kampung adalah tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  5. Kebersihan kampung t/jawab bersama. Jadi kita kenalah mainkan peranan masing-masing :)

    ReplyDelete
  6. Inilah yang berlaku sebenarnya. Penduduk itu sendiri tidak mengurus sampah mereka sendiri sehinggakan boleh menyalahkan majlis bandaraya dan daerah kerana tidak melakukan tugas. Tapi sebaliknya adalah kerana sikap penduduk yang kurang bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat sendiri.

    ReplyDelete
  7. penduduk di kampung saya buat gotong royong sebulan sekali sudah cukup untuk memastikan kampung sentiasa bersih. siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk membersihkan kampung kita kalau bukan penduduknya sendiri...

    ReplyDelete
  8. penduduk kampung juga harus memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan kawasan mereka. jgn terlalu harapkan MPS semata-mata.

    ReplyDelete