Tuesday 28 June 2011

SABAH MISKIN Vs PATI MISKIN?


KONSERVATIF.....Sikap konservatif Musa mungkin berjaya membawa perubahan kepada ekonomi Sabah dalam RMK-10 jika Sabah mempunyai autonomi dalam Projek Persekutuan.

Oleh : MUTALIB M.D

TINDAKAN Bank Dunia secara khilaf memberikan ‘rating’ paling rendah selepas melawat Pitas dan Tongod dengan ‘tagging’ negeri paling miskin di Malaysia memaksa saya berfikir di luar kotak fikiran untuk melihat konsekwensi ekonomi dan maruah Sabah yang tergadai di era BN berada di kemuncak kuasa.

Sebagai Mantan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit Negara Malaysia selama 13 tahun, saya agak terkejut dengan statistik kemiskinan di Sabah iaitu 24 % daripada jumlah penduduk Sabah seramai 3,271,921 iaitu lebih kurang 785,261 orang.

Mengikut Banci 2010, daripada Jumlah 3,271,921 penduduk Sabah, hanya 2,435,295 sahaja ‘Warganegara’ manakala 836,626 lagi bukan Warganegara. Daripada Jumlah Warganegara tersebut, 1,975,699 ialah bumiputera berdasarkan komposisi 375,935 Melayu dan 1,600,764 bumiputera lain.

Kehadiran ‘Melayu’ dan ‘Bumiputera Lain’ di Sabah menimbulkan tandatanya kerana dalam sejarah Sabah tidak ada ‘Melayu’ melainkan ‘Orang Malaya’ dan kini semua Warga Asing India dan Pakistan yang mendapat MyKad Malaysia dikategorikan sebagai ‘Melayu’.

Kewujudan golongan minoriti 303,426 Cina dan 12,004 India di Sabah tidak langsung memberikan sebarang kesan kepada Kadar Kemiskinan berbanding sebahagian daripada 1,600,764 ‘Bumiputera Lain’; sekalipun tidak dinafikan memberi kesan timbang tara kepada lanskap politik Sabah.

Angka kemiskinan ini mungkin munasabah jika kita lihat rekod bertulis Kerajaan Negeri Sabah iaitu berdasarkan Kajian Separuh Penggal RMK9, yang mencatatkan Kadar Kemiskinan di negeri Sabah sebenarnya telah berjaya diturunkan 7% dari angka 23% (2004) kepada 16% (2007).

Manakala angka Miskin Tegar pula telah dapat dikurangkan dari 6.5% (2004) kepada 3.7% (2007). Dalam tahun 2007, jumlah Miskin Tegar di Sabah adalah seramai 21,514 termasuk 13,802 Miskin Tegar Produktif dan 7,712 Miskin Tegar Tidak-Produktif.

Bilangan Miskin Tegar ini berkurang kepada 16,403 pada tahun 2009 hasil pelbagai Program Pembasmian Kemiskinan yang dijalankan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Daripada jumlah tersebut 12,580 adalah Miskin Tegar Produktif manakala 3,823 adalah Miskin Tegar Tidak-Produktif.

GELAP......Masih ramai rakyat Sabah bergelap selepas jam enam petang hingga enam pagi kerana tidak mmepunyai bekalan elektrik sekalipun di pinggir bandar. Di mana silapnya?

Berdasarkan Senarai E-Kasih terkini, jumlah Miskin Tegar di Sabah adalah 15,293 termasuk lebih 2,000 Miskin Tegar Tidak-Produktif. Sasaran kerajaan untuk memastikan Sifar Miskin Tegar menjelang Disember 2010 telah tersasar jauh kerana kesemua 15,293 Miskin Tegar ini gagal dilibatkan dengan salah-satu Program Pembasmian Kemiskinan sehingga pendapatan bulanan mereka kurang daripada PGK Miskin Tegar RM540.

Tidak tahu di mana silapnya kerana dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM15.7 bilion kepada Sabah dan Kerajaan Negeri menambah RM2.8 bilion menjadikan jumlah peruntukan pembangunan di Sabah sejumlah RM18.5 bilion; namun gagal mencapai target kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan Miskin Sifar pada Disember 2010.

Ketirisan mungkin menjadi punca utama kerana kebanyakan peruntukan persekutuan tidak mencapai sasaran dan hilang di ‘Pasir Jerlus’ ekonomi iaitu projek ‘sakit dan superficial’ kerana dibuat tanpa restu kerajaan Negeri Sabah melalui agensi Persekutuan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebagai rakyat Sabah yang menghirup udara merdeka sejak zaman USNO, Berjaya, PBS dan UMNO, mungkin agak sukar bagi saya menerima fakta daripada Bank Dunia kerana mereka tidak tahu ‘Weltanschauung’ di Sabah, terutama kehadiran lebih 1.3 juta warga asing.

Daripada jumlah keseluruhan 1,600,764 ‘Bumiputera Lain’ dan 375,935 Melayu tersebut, 322,903 telah memiliki MyKad melalui Projek Songsang X-Files Kerajaan Persekutuan dan 400,000 anak mereka yang sudah boleh didaftarkan sebagai pemilih dianggap sebagai ‘Fixed Deposit’.

X-FILES....IC Projek masih menjadi 'Open Secret' yang menggerhanakan Sabah sehingga Bank Dunia terpedaya memberi angka kemiskinan relatif yang ketara sedangkan rakyat Sabah miskin atas pilihan mereka sendiri.

Manakala sebahagian daripada 836,626 warga asing ini dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sebenarnya menjadi ‘Sampah’ dalam Sistem Ekonomi Sabah kerana akan dianggap sebagai ‘Perkapita’ Malaysia.

722,903 pemegang MyKad Malaysia secara songsang dan 836,626 warga asing inilah yang menyebabkan ketirisan kepada Ekonomi Sabah sehingga dikategorikan sebagai Termiskin di Malaysia sedangkan hakikatnya Sabah adalah negeri yang mempunyai Perkapita tertinggi di Malaysia jika ditolak ‘manusia’ yang dikategorikan sebagai sampah sarap oleh rakyat tulen Sabah ini.

Seorang penoreh getah mampu memperolehi pendapatan RM5,000 sebulan, begitu juga dengan pekebun kecil yang memperolehi RM20,000 sebulan daripada ladang sawitnya. Bagaimana Bank Dunia boleh membuat kesimpulan rakyat Sabah termiskin? Mungkin ada juga yang termiskin, tetapi atas pilihannya sendiri kerana malas atau tidak mahu bekerja.

Akibatnya, ramai pihak termasuk pemimpin Pembangkang di Sabah dan BN Semenanjung menyerang Kerajaan Negeri Sabah tanpa mengambil kira ‘Ibu Kepada Segala Masalah’ iaitu PATI yang menjadi punca Bank Negara memberi Anugerah Negeri Termiskin di Malaysia.

Program Pengampunan PATI yang bakal dilancarkan Kerajaan Persekutuan pada 11 Julai 2011 untuk melegalisasikan lebih 2 juta PATI di Malaysia, sebahagian besarnya di Sabah ternyata mengesahkan dakwaan saya selama ini melalui buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

BUKTI....Graf ini menunjukkan Sabah meninggalkan negeri lain termasuk Malaysia dalam GDP, tetapi kenapa Bank Dunia menafikannya?

Mengikut Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK (GDP) Per Kapita Sabah telah meningkat hampir 100 peratus iaitu RM10,687 pada 31 Disember 2005 kepada RM17,239 pada 31 Disember 2008, namun jumlah KDNK tersebut meningkat 700 kali ganda jika mengeluarkan 1,559,529 PATI termasuk yang mendapat MyKad.

Curiganya rakyat tulen Sabah terhadap Warganegara Segera yang mendapat MyKad melalui pintu belakang menyebabkan saya agak terkesima kerana ramai rakyat Sabah tidak tahu dan bertanya saya, sama ada Shafie itu PATI atau rakyat tulen Sabah!

Oleh itu saya tidak menganggap isu yang ditimbulkan CLC SAPP bagi Api-Api, Clement Lee melalui artikel ‘Sabah Bonds Vs James Bond?’ sebagai isu penting, terutama berhubung Bon RM544 yang diterbitkan Kerajaan Negeri Sabah pada 2009 kerana dengan izin Kerajaan Persekutuan.

DAIF....Kualiti jalan raya dan bekalan elektrik di Sabah begitu daif kerana kegagalan Kerajaan Persekutuan melestari aspirasi Sabah melalui perbelanjaan berhemat dan mensasarkan pembasmian kemiskinan.

Mengikut Artikel 111 (2) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam wang di bawah Undang-Undang Kerajaan Negeri melainkan dengan izin Kerajaan Persekutuan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun; iaitu daripada bank atau institusi kewangan yang diiktiraf Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun sekatan tersebut tidak termasuk Sabah dan Sarawak jika pinjaman tersebut diluluskan oleh Bank Negara (Article 112B).

Walaupun ramai ahli politik Sabah mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon kali kedua setelah berjaya dengan Bon bernilai RM500 juta pada 2006, dengan alasan jika kedudukan ekonomi Kerajaan Negeri Sabah kukuh sehingga mempunyai Surplus, kenapa harus menerbitkan Bon RM544 juta?

Rakyat biasa dan pemimpin politik di Sabah mungkin tidak faham bahasa ekonomi atau istilah kewangan, namun penerbitan bon kali kedua pada 2009 bukanlah ganjil atau menyalahi akauntabiliti Kerajaan Negeri Sabah.

HARTA....Inilah harta paling berharga Sabah yang digelar 'Emas Kuning' yang tidak perlu dilombong sebaliknya hanya dituai dan diproses.

Penerbitan ‘Bon’ boleh meluaskan radar pelaburan di Sabah agar pelabur tahu kedudukan dan kewibawaan Sabah dalam sektor ekonomi.

Hanya kerajaan yang mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil tidak meminjam wang, sebaliknya menerbitkan ‘Bon’ sebagai ‘Benchmark’ atau ‘Kayu Ukur’ kedudukan ekonomi dan bukannya untuk berbelanja lebih atau berlagak; sama seperti seorang pemilik rumah meminta jurunilai membuat penilaian semasa rumahnya; bukan berniat untuk menjual rumah tersebut, sebaliknya untuk mengetahui nilai semasa hartanah berkenaan dan menguji harga pasaran.

Oleh itu keputusan Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon sejumlah RM544 juta melalui Sabah Development Bank (SDB) ketika mempunyai lebihan tunai, membuktikan Kerajaan Negeri Sabah berani mendedahkan kepada umum kedudukan ekonomi semasa Sabah yang kukuh dan tidak ada yang perlu disembunyikan.

Memandangkan RAM merupakan Agensi Rating yang terkenal di seluruh dunia dan laporan yang dikeluarkan RAM diperakui Bank Dunia dan Bank Perdagangan, maka penerbitan Bon sejumlah RM544 juta telah meletakkan Sabah sebagai ‘Halatuju Baru Ekonomi Dunia’ melalui Rating Tertinggi iaitu AAA.

RATING....Kejayaan Sabah mendapat Rating AAA sewajarnya membanggakan rakyatnya jika isu Bon RM544 juta tidak dipolitikkan.

Rating AAA adalah yang pertama kali pernah dicatat oleh sebuah Kerajaan Negeri di Malaysia dan mengatasi Rating Kerajaan Malaysia hanya A ketika menerbitkan Bon RM1 Bilion tahun lalu.

Peningkatan mendadak Rating Bon 2006 daripada AA kepada AAA bagi Bon 2009 Kerajaan Negeri Sabah menunjukkan Bank Dunia membuat kesilapan besar, apatah lagi jika Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon RM3 bilion atau RM5 bilion, sudah pasti akan melebihi langganan.

Kebolehpercayaan pelabur kepada Kerajaan Negeri Sabah menyebabkan Bon RM544 juta habis dilanggan dalam masa yang singkat, menunjukkan latarbelakang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai ‘Banker’ yang konservatif banyak mempengaruhi sentiment pelabur.

GLOBAL....Jika Najib berjaya membawa FELDA ke paras Global, kenapa Sawit Kinabalu harus merendahkan diri? Dalam keadaan Glokal, Sawit Kinabalu telah menembusi pasaran dunia.

Musa yang bersifat konservatif iaitu tidak suka meminjam wang, sebaliknya suka meminjamkan wang, boleh menerbitkan USD10 Bilion berdasarkan surplus dalam GLC Kerajaan Negeri Sabah, namun mampukah GLC Persekutuan seperti FELDA, PETRONAS, TNB mengikut jejak Sabah?

Mungkin rakyat biasa tidak menyedari bahawa GLC Kerajaan Negeri Sabah seperti Sawit Kinabalu sahaja sudah boleh menumpaskan kedudukan kewangan FELDA kerana mempunyai lebih satu juta hektar ladang kelapa sawit dan berdasarkan harga sekarang, FELDA terketinggalan jauh di belakang Sawit Kinabalu.

Kegelisahan saya ternyata benar kerana pada 10 Ogos 2009, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengumumkan terbitan sulung bon dolar emas dan sukuk dolar emas, masing-masing bernilai AS$3 bilion (kira-kira RM10.5 bilion) dan AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.25 bilion) namun terbitan Bon berkenaan hanya diberi Rating A.

Begitu juga dengan YTL Corporation turut menerbitkan bon bernilai US$400 juta (RM1.36 billion) untuk membiayai pembiayaan semula pinjaman, pertumbuhan operasi dan potensi perolehan di Malaysia dan luar Negara.

Tadbir urus Kerajaan Persekutuan tidak selari dengan fokus pembangunan Kerajaan Negeri Sabah terutama dalam sektor perkilangan dan bekalan tenaga. Tidak ada gunanya Kerajaan Persekutuan membina kilang industri berat dan membina lampu di sepanjang jalan jika bekalan eletrik tidak mencukupi sehingga terpaksa dicatu di Sabah.

LEBUHRAYA....Bilakah rakyat Sabah dapat menikmati kemudahan Lebuhraya yang selamat dan berturap kerana 99.99% lebuhraya di Sabah lebih teruk daripada Afrika.

Tambahan pula semua jalan raya utama di Sabah termasuk Jalan Sepulut-Kalabakan adalah Jalanraya Persekutuan; begitu juga dengan bekalan air dan elektrik. Sabah tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mencampuri urusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sekalipun menterinya adalah orang Sabah.

Sehubungan itu, sebagai rakyat yang mempunyai latar belakang pengauditan dan akauntabiliti, saya menyokong dasar liberalisasi Kewangan Sabah dan berharap Kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasi syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing.

(NOTA : Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net)

19 comments:

  1. Illegals are the reason that Sabah is poor.

    ReplyDelete
  2. jika tiada PATI, Sabah pasti akan menjadi negeri pasti maju dan kaya.

    ReplyDelete
  3. At least this article helps to improve government's image.

    ReplyDelete
  4. banyak faktor yang menjadi punca kemiskinan rakyat di Sabah. bukan saja PATI malah kekayaan Sabah dimonopoli oleh pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. PATI antara masalah kritikal di Sabah dan harus ditangani sebelum isu ini menjadi parah. Tanggungjawab kerajaan untuk membaik pulih segala infrastruktur di Sabah.

    ReplyDelete
  6. The PATI problems has become the burden of Sabahans.

    ReplyDelete
  7. PATI memberikan banyak masalah kepada negeri ini termasuklah menyumbang kepada kadar kemiskinan.

    ReplyDelete
  8. Afrika tidak payah ada tar pun boleh jalan. Kawasan mereka rata berbanding di Sabah. Sabah berbukit bukan.

    ReplyDelete
  9. Bikin sakit hati oo tengok gambar itu jalan raya.. aishhkk, huhu ;(

    ReplyDelete
  10. Entah bila lah baru Sabah dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menyelesakan kehidupan harian rakyat. hhmmm...

    ReplyDelete
  11. Memanglah boleh bersabar tapi mcm kesabaran tu ada had juga. Tak pasal2 mengamuk rakyat sama kerajaan nanti. Tidak jugalah mahu menunding jari sama kerajaan semata-mata, tapi siapa lagi yang ada sepenuhnya autoriti untuk selesaikan masalah rakyat, kalau bukan kerajaan kan.

    ReplyDelete
  12. Tolonglah lakukan sesuatu. Jangan biarkan rakyat terasa dipinggirkan.

    ReplyDelete
  13. Semoga perkara ini akan mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  14. Pasti kerajaan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Sabah.

    ReplyDelete
  15. Kari-nah, sudah beberapa dekad berlalu... beberapa dekad umno/bn menjadi kerajaan di Sabah-jika mereka tahu apa mau buat, bukankah tempoh 4 penggal memerentah sudah cukup utk menangani masalah ini? Jika mereka tahu sahaja apa mau buat, agaknya berapa penggal mereka perlukan utk satu usaha pemutihan yg benar2 komited-maksud saya sekali utk selamanya.

    Sehingga waktu ini, kerugian kita sudah mencecah ratusan juta ringgit jika tida berbillion disebabkan oleh parasit2 berbahaya ini. rumah merah tempat menyimpan manusia parasit ini tidak akan berasap dapurnya jika bukan duit kerajaan. belum dikiran kerugian akibat perbuatan mereka-jenayah.

    Tidak berbaloi utk kerajaan hanya tahu apa nak buat, kerana minit2 mesyuarat mereka sudah bertimbun, mungkin cukup utk dimuat penuh dalam bilik bersaiz 15kaki X 15kaki atau 320GB dlm bentuk softcopy. memorandum demi memorandum, resolusi demi resolusi tapi tiada apa2 tindakan. adakah ini yg kamu cakap mereka tahu apa yg mereka lakukan. MENGARUT!!!!!

    ReplyDelete
  16. saya yakin semua masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah boleh diselesaikan jika kerajaan sabah diberikan autonomi dalam Projek Persekutuan.

    ReplyDelete
  17. Tapi sekarang PTI lagi kaya dari kita.

    ReplyDelete
  18. Apa guna kita hendak mempertikaikan jika tiada mekanisme yang bisa melunturkan segala kekasutan yang ada?

    ReplyDelete