Friday 24 June 2011

ISU SMK NABALU SELESAI TAHUN INI?



MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun berharap isu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu, 45 kilometer dari Kota Kinabalu, dapat diselesaikan tahun ini.

Ketika diminta mengulas projek pembinaan sekolah itu yang belum dimulakan sejak dua tahun lepas, beliau berkata Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa projek itu tertangguh ekoran pertukaran tender.

"Saya dimaklumkan ada sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula," katanya.

Minggu lepas, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran supaya mengotakan janjinya untuk membina sekolah yang berharga RM45 juta itu tahun ini.

"Akhir tahun lepas apabila ke Kuala Lumpur, saya dimaklumkan pertukaran tender baru itu kini telah diselesaikan, dan dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini, kita juga telah maklumkan perkara itu kepada beliau, dan isu itu akan diberi perhatian," kata Masidi (BERNAMA).

10 comments:

  1. Hopefully all went well.

    ReplyDelete
  2. Semoga isu ini selesai dan pembinaan sekolah boleh dimulakan.

    ReplyDelete
  3. harap jangan tertangguh-tangguh lagi. sekolah ini sangat diperlukan oleh penduduk.

    ReplyDelete
  4. Pembinaan sekolah ini sangat berguna kepada penduduk sekitar Nabalu. Peluang pendidikan lebih hampir kepada anak2 muda di sana.

    ReplyDelete
  5. harap isu yang berlaku akan selesai dan semuanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. sebaik2nya jika ada sebarang projek yang bermasalah di negeri ini, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya tampil menjelaskan perkara itu bukannya bertindak mendiamkan diri.

    ReplyDelete
  7. Baguslah. Jangan ditangguhkan lagi, kesian murid2 di sana nanti.

    ReplyDelete
  8. Apapun semoga hal ini selesai cepat :)

    ReplyDelete