Wednesday, 22 June 2011

WAJARKAH PETRONAS DIKENAKAN CUKAI?



Oleh : MUTALIB M.D

SABAH mungkin boleh mendapat manfaat langsung daripada Petronas sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan menaikkan royalti minyak Sabah pada kadar 5 % sejak 1976 lagi; jika mengenakan cukai jualan kepada Petronas sebagaimana tindakan kerajaan menguatkuasa Cess ke atas Minyak Sawit Sabah.

Tahun lalu, Petronas mencatat untung sebelum cukai sejumlah RM86.8 bilion dan mencatat untung terkumpul RM600 bilion. Berdasarkan kenaikan harga minyak dunia, keuntungan Petronas akan meningkat berkali ganda; tetapi Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi sehingga harga minyak meningkat secara mendadak di negara pengeluar minyak seperti Malysia.

Namun tidak ada siapa yang tahu ke mana keuntungan Petronas dibelanjakan, apatah lagi Sabah hanya menerima RM817.4 juta sahaja daripada keuntungan Petronas.

Cukai petroleum, jika dikuatkuasa kelak, bakal memberikan keuntungan dan pendapatan tetap kepada Sabah kerana sejak menghisap hak rakyat Sabah, Petronas hanya membayar royalti 5 % dan gagal menunaikan janjinya dalam melanksanakan tanggung jawab sosial terhadap rakyat Sabah.

Teguran Menteri Luar, Datuk Anifah Aman di Kimanis sedikit masa lalu sewajarnya menjadi iktibar kepada Petronas yang selama ini mengabaikan tanggung jawab sosial termasuk membina sekolah latihan dan mengisi kekosongan sektor pekerjaan Petronas dengan anak tempatan Sabah.

Mungkin tidak wajar ‘amaran keras’ dikeluarkan seorang Menteri Kabinet terhadap Petronas, nadi pembangunan Malaysia; tetapi itulah hakikat yang terpaksa diterima peneraju Petronas dengan hati terbuka kerana mereka gagal melaksanakan janji yang dimaterai berhubung penyerahan tanah adat di Kimanis untuk loji Petronas.

9 comments:

  1. Saya rasa adalah wajar cukai dikenakan ke atas Petronas.

    ReplyDelete
  2. kaji baik dan buruk terlebih dahulu. jika ianya memberikan manfaat kepada kita rakyat Sabah, maka ia adalah patut.

    ReplyDelete
  3. Sabah ni sepatutnya menerima keuntungan yang lebih banyak dari hasil minyak yang dikeluarkannya. Petronas kena berlaku adil. begitu juga dengan janji yang dimeterai berhubung penyerahan tanah adat di Kimanis untuk loji Petronas.

    ReplyDelete
  4. Jangan capai kesenangan di atas kesusahan orang lain. Kalau cukai ke atas Petronas membawa kebaikan kepada rakyat Sabah, wajarlah ia dibuat.

    ReplyDelete
  5. Royalti minyak sepatutnya lebih tinggi. Takkan nak buat demonstrasi baru ada perubahan? Kredit kepada Datuk Anifah kerana berani menegur Petronas.

    ReplyDelete
  6. jika semua pemimpin Sabah sama2 memberikan tekanan kepada Petronas, pasti selepas ini keadaannya akan berubah..

    ReplyDelete
  7. mgkin juga cukai wakar dikenakan terhadap Petronas oleh Sabah. ini akan memberi pendaptan kepada Sabah dan seterusnya Sabah mempunyai peruntukan sendiri untuk melaksanakan pembangunan. tapi ia perlu dikaji terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. sudah begitu lama masih lagi 5%, naikkan la %.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya Petronas gagal menunaikan janji kepada Sabah. Walaupun royalty dapat oleh Sabah tapi bagaimana dengan peluang kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete