DAIF….Keadaan jambatan Sim Sim sebelum kerja-kerja menaiktaraf.
Oleh : SAIFUL RIDZAL NASHARRUDIN
SAYA terima satu SMS dari seorang penduduk Kg Sim Sim, Razali tengah hari tadi, yang berbunyi; “Dengan kesyukuran saya, isteri saya yang hamil dalam songsang dan tidak cukup bulan telah melahirkan anak lelaki pada pagi ini. Terima kasihku pada MU Ya Allah dan terima kasihku pada Datuk VK Liew dengan bantuan baik pulih jambatan dengan kelesesaan isteri saya pergi ke hospital, terima kasih."
Saya diberitahu bahawa isteri dan anak lelaki Razali yang kini masih menerima rawatan di hospital, dengan limpah kurnia rahmat Allah SWT, telah berada dalam keadaan selamat.
SELAMAT…..Beginilah keadaan jambatan Sim Sim selepas menerima sentuhan keramat V.K.Liew.
Saya ingin bertanya kepada semua pembaca Sabahkini.net, terutamanya penulis bernama Wong Sang Lee, andaikanlah betapa bahaya jika seorang wanita hamil yang berjalan di atas jambatan yang usang dan lapuk?
Pada pendapat saya, tanggungjawab seseorang ADUN atau MP adalah bagi membela nasib rakyat dan hendaklah ‘boleh pakai’ atau boleh dipercayai. Selama lima dekad ini, saya memandang Datuk VK Liew salah seorang MP Kawasan Sandakan yang berkaliber dan yang berbaloi diberi mandat.
Saya bukannya ingin mengheboh-hebohkan jasa-jasa Datuk VK Liew, tetapi ingin menegaskan bahawa lebih baik kita melihat pencapaian seseorang itu daripada hanya mendengar seseorang itu tuduh-menuduh di sebelah lautan.
dengan adanya jambatan yang lebih kukuh dan selamat ianya pasti menggembirakan penduduk..
ReplyDeleteVK Liew sememangnya berjasa dalam memperbaiki jambatan ini.
ReplyDeletememang sudah menjadi tanggungjawab seorang MP seperti VK Liew untuk memberi kemudahan infrastruktur dan pembangunan kepada rakyat di bawah perwakilannya.
ReplyDeleteWaaa memang harus diberi pujian kepada VK Liew.
ReplyDeleteContohilah kebaikkan yang dilakukan oleh VKLiew.
ReplyDeleteMakanya jangan mudah terpengaruh dengan apa yang ditulis/dilaporkan dalam media. Kredit kepada VK Liew kerana prihatin dengan rakyatnya.
ReplyDeleteDalam gambar, nampak sampah-sarap terapung. Penduduk Kg. Sim-sim tolong jaga kebersihan. Mungkin ini lagi salah satu masalah yang harus diberi perhatian oleh VK Liew.
ReplyDeletejambatan yang dibina ini kelihatan lebih kukuh dan selamat. dpt dilihat VK Liew menjalankan peranannya sebagai wakil rakyat dgn baik.
ReplyDeleteBenar..Kita harus tahu apa yang telah beliau lakukan dan pencapaian beliau terhadap membantu rakyat. Bukannya hanya mendengar dari mulut orang lain. Kita tidak nampak maka tidak perlulah percaya cakap orang lain.
ReplyDeleteTengok sendiri V.K Liew dapat memberikan yang terbaik di Sadakan. Semoga LDP dapat membuat yang terbaik.
ReplyDeletekadang2 pandangan, andaian, kritikan sesetangah pihak yang bersifat politik adalah berat sebelah dan tidak patut dimakan bulat2 oleh pembaca. kepada Datuk VK Liew, teruskan usaha kerana rakyat bukan hanya mendengar malah melihat segala sumbangan Datuk..
ReplyDeleteVK Liew sebenarnya ada laksanakan tanggungjawab dia..tapi ada juga orang yg suka gambarkan bahawa beliau hanya sibuk di KL & tiada masa untuk kembali ke kawasannya...
ReplyDelete