Monday, 27 June 2011

V.K.LIEW CABAR PEMBANGKANG & BERSIH


TERIMA....V.K.Liew (dua dari kanan) sedang menyampaikan hamper kepada isteri Rajali.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

BERHUBUNG satu perhimpunan BERSIH dan ADIL anjuran pihak NGO yang bakal diadakan secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini untuk menentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih menjurus kepada membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikannya.

“Dakwaan pihak parti pembangkang, khususnya DAP yang menyelar bahawa sistem perjalanan pilihanraya dikawal oleh pihak SPR tidak berlaku adil dan membuat tohmahan liar kononnya banyak perkara-perkara songsang dilakukan, adalah dakyah politik pembangkang yang gagal menumbangkan Kerajaan BN,” ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew.

Menurut Liew, jika dakwaan DAP bahawa SPR tidak berlaku adil, kenapa DAP berjaya merangkul 14 kerusi di Sarawak semasa pilihanraaya umum negeri lalu di kawasan pengundi majoritinya kaum Cina.

“Tujuan NGO yang disokong bulat-bulat oleh parti pembangkang dan orang luar untuk mengadakan perhimpunan BERSIH itu semata-mata memberi gambaran yang negatif kepada rakyat jelata yang ada di negara ini,” ujar V.K.Liew yang melihat proses demokrasi sudah mula dicemar.

V.K.Liew mencabar parti pembangkang mengemukakan bukti SPR tidak berlaku adil kerana dunia menyaksikan Pilihanraya Umum ke 12, Pakatan Pembangkang mencapai kemenangan yang besar sehingga berjaya menawan lima negeri di Semenanjung.

NAMAKAN.....V.K.Liew sedang menimang anak sulung Rajali sebelum menamakan anak tersebut atas permintaan Rajali.

“Jika bukti yang mereka kemukakan tidak melampau keraguan munasabah, adalah lebih baik semua pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan segera. Itupun jika perlu dan tidak payahlah mengheret Parlimen ke jalanraya,” ujar V.K.Liew lagi yang turut menyokong kenyataan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi di Sabahkini.net.

Negara kita, kata V.K.Liew, mengamalkan Sistem Demokrasi Berperlembagaan demi memelihara kesejahteraan rakyatnya agar bebas memilih wakil-wakil mereka, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang untuk menentukan hala tuju perjuangan parti masing-masing.

V.K.Liew yang ditemuramah Sabahkini.Net mengenai isu perhimpunan ‘sejurus selepas melawat keluarga Rajali Mohamed di Jambatan Lorong 18, Kg Sim-Sim, Berhala Darat Sandakan yang baru disiapkan selepas bersalin anak sulung mereka baru-baru ini

Dalam lawatannya ke rumah Rajali kelmarin, Liew sempat menamakan anak lelaki sulungnya hasil perkongsian hidup dengan isterinya Siti Aisah Bakri iaitu Adam Zakrie Bin Rajali.

V.K.Liew menambahkata, sebagai wakil rakyat, selain menjaga hal ehwal pembangunan, kebajikan rakyatnya juga perlu dititikberatkan dan tidak diabaikan ini selaras dengan Gagasan Perdana Menteri ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.’

Dalam pada itu, Sabahkini.Net sempat menemui bual Rajali mengenai perkembangan isterinya yang baru melahirkan anak pertama dalam keadaan tidak cukup bulan (pra-matang) dan songsang, namun berjaya dilahirkan dalam keadaan sempurna (normal) tanpa pembedahan ceasarian.

Rajali suami isteri serta keluarganya turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada V K Liew dan rombongannya kerana sudi melawat keluarganya.

Beliau berbangga mendapat seorang wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil berat dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

Dalam kunjungan Liew ke rumah Rajali tidak hanya membawa tangan kosong, sebaliknya memberikan sedikit sumbangan berupa hamper dan wang tunai untuk keperluan bayi tersebut.

11 comments:

  1. Hope that the all went smoothly.

    ReplyDelete
  2. Adakah benar Bersih hanyalah gimik pembangkang

    ReplyDelete
  3. semakin banyak sumbangan yang diberikan oleh VK Liew kepada Sandakan.

    ReplyDelete
  4. Entah siapa yang betul, siapa yang ada niat di sebaliknya. Kalau tak cukup maklumat, memang udah terpengaruh dengan apa saja yang dikeluarkan oleh media.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak tahu SPR adil atau tidak?

    ReplyDelete
  6. bersih hnya agenda pembangkang, SPR selama ini berlaku adil dalam menjalankan pilihanraya.

    ReplyDelete
  7. Aish BERSIH memang sangat popular buat masa sekarang. huhu

    ReplyDelete
  8. Masing2 ada pandangan terhadap isu ni. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku nanti. Harap semuanya OK :)

    ReplyDelete
  9. Itu sudah pasi. Lebih banyak keburukkan yang berlaku daripada kebaikkan. JAdi harap pihak NGO ini berfikirlah secara baik.

    ReplyDelete
  10. pasti akan ada kesan yang akan berlaku nanti. harap semua pihak berfikir secara rasional demi kepentingan awam.

    ReplyDelete
  11. Scarlett said... kalau SPR tidak adil jangan harap Pakatan boleh rampas negeri paling kaya di Malaysia, dan jangan harap Pakatan boleh menang 8 dari 16 pilihanraya kecil sejak PRU 2008.. bagi saya perhimpunan Bersih ini dijadikan jalan singkat oleh Pakatan untuk merampas kerajaan.

    ReplyDelete