Wednesday 22 June 2011

SIAPA LINDUNGI OPERASI AH LONG?



Saudara Pengarang,

PDRM di sabah mungkin terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga tidak mengambil tindakan terhadap Ah Long yang lebih berleluasa di Kota Kinabalu. Saya mendapati lebih banyak ‘banner dan sticker’ digantung dan dilekat di kawasan Kota kinabalu. DBKK langsung tidak tanggalkan dan PDRM juga berdiam diri sahaja.

Sudah begitu ramai orang menderita kerana Ah Long. Ramai Ah Long dari Sarawak dan Semanjung menjadi ‘RAJA’ di Sabah. Orang kita yang bekerja di Perkhidmatan Awam dan Swasta ‘MENDERITA’ kerana tarikan pengiklanan HARAM Ah Long ini.

PDRM dan DBKK harus mengambil tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya secara lebih serius agar tidak ada pegawai PDRM dan DBKK terlibat atau bersubahat dengan Ah Long ini.

Salam Hormat,

PEMBAYAR GAJI POLIS & DBKK

13 comments:

  1. kegiatan Ah long harus dibanteras sepenuhnya kerana ianya boleh membawa pelbagai masalah kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya masyarakat pun pandailah fikir sendiri akibat kalau meminjam wang dari Ah Long. terdesak sekalipun janganlah meminjam dari Ah Long. pinjamlah dari keluarga ke kawan atau saudara.

    ReplyDelete
  3. Kegiatan ini harus ditangani. Pihak berkuasa tidak seharusnya menutup mata mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  4. PDRM sila ambil tindakan.

    ReplyDelete
  5. Banyak kes2 keganasan Ah Long sudah dilaporkan, harap sesiapa yang ada hati atau terdesak nak pinjam duit daripada Ah Long, fikir balik atau batalkan saja niat itu.

    ReplyDelete
  6. sudah tentu la PDRM sibuk.. tugas PDRM bukan hanya untuk membanteras aktiviti Ah Long.. sebelum ini juga sudah banyak kali tindakan diambil oleh pihak PDRM. tapi kenapa masalah ini terus berleluasa?? sebabnya permintaan tidak pernah putus.. selagi ada permintaan selagi itu ada penawaran.. oleh itu orang ramai juga perlu sama2 memikul tanggungjawab dengan tidak menggunakan perkhidmatan mereka serta melaporkan aktiviti mereka..

    ReplyDelete
  7. kegiatan ahlong ini perlu dibanteras, banner2 ni harus ditanggalkan.

    ReplyDelete
  8. Jadi kalau tahu sengsara tidak perlulah meminjam sama Ah Long.

    ReplyDelete
  9. kalau 'ahlong' itu HARAM dan dibiarkan, bererti pihak keselamatan dan pihak berkuasa tempatan lah yang melindungi mereka... duit...duit???

    ReplyDelete
  10. The best way to put a stop to their operation is to not borrow from them.

    ReplyDelete
  11. salah mereka yang meminjam dari ah long juga..

    ReplyDelete
  12. kalau dah tahu ah long itu sindiket haram dan merbahaya, tidak payahlah pinjam duit dari mereka.

    ReplyDelete