Friday 24 June 2011

KETUA MENTERI SAMBUT BAIK INFO SUHAKAM



KETUA Menteri Datuk Seri Musa Aman mengalu-alukan inisiatif Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan kajian tentang Hak Tanah Adat (NCR).

Beliau berkata, langkah seumpama itu boleh memberi perspektif yang berbeza dan penting mengenai perkara tersebut dan kerajaan negeri bersedia untuk mendengar maklum balas mengenai kajian itu.

Kerajaan terbuka untuk menerima maklum balas yang jujur, kritikan yang konstruktif dan idea yang boleh memperbaiki inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat terutama di pedalaman memiliki tanah dan membina kehidupan yang mapan, katanya.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat apabila memperkenalkan sebarang konsep. Sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, yakinlah bahawa keutamaan kita ialah tentang kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Suhakam dilaporkan mungkin akan melakukan inkuiri awam bagi mendapatkan maklumat mengenai tanah adat di dalam Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli di negara ini.

Inkuiri itu akan bermula di Sabah sebelum beralih ke Semenanjung dan Sarawak. (BERNAMA)

10 comments:

  1. A NCR land study should be good for the natives.

    ReplyDelete
  2. Based on Suhakam feedback, the state government should do something to satisfied the natives.

    ReplyDelete
  3. semoga usaha SUHAKAM untuk mengadakan kajian tentang hak Tanah Adat akan membuahkan hasil yang positif.

    ReplyDelete
  4. Baguslah kerajaan negeri mengamalkan sikap keterbukaan untuk menerima respon tentang Hak Tanah Adat.

    ReplyDelete
  5. Semoga inisiatif Suhakam ini berjaya.

    ReplyDelete
  6. kajian tersebut dapat memberikan idea untuk penambahbaikan. kesediaan kerajaan negeri untuk menyambut baik pekara ini juga amat dialu-alukan untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  7. kajian ini perlu dibuatdan harap ia membwa hasil yg baik

    ReplyDelete
  8. kerajaan yang baik adalah kerajaan yang mampu berkerjasama dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik. good luck SUHAKAM and good luck for the state government..

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau CM sambut baik perkara ni. Harap kajian dapat dibuat demi kebaikan semua.

    ReplyDelete
  10. Apapun, sama2 lah kita harapkan usaha ini membuahkan hasil yang positif.

    ReplyDelete