Thursday 30 June 2011

PEMADAM PAPAR JUARA PEMADAM MALAYSIA



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

SEBANYAK 1,994 buah cawangan PEMADAM dari seluruh negara bersaing untuk merebut Anugerah Kecemerlangan Pemadam (Kategori Daerah) Peringkat Kebangsaan bagi membolot hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00 plak dan sijil penghargaan.

Dalam pada itu, PEMADAM dari Daerah Papar Sabah telah mendahului 1,994 buah cawangan menerima Anugerah Kecemerlangan (Kategori Daerah) Peringkat Kebangsaan dan menggondol daripada pihak penganjur.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyampaikan hadiah tersebut pada majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Mesyuarat Agung PEMADAM Kebangsaan ke 36 yang diadakan di Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Sidek Kolo sebagai jurucakap bagi pihak PEMADAM Daerah Papar yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan pihaknya sama sekali tidak menyangka bahawa PEMADAM Papar mendapat anugerah sedemikian rupa kerana saingan sengit.

Katanya lagi, semua hadiah PEMADAM Daerah Papar yang disampaikan oleh Ketua Menteri berkenaan telah diterima oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Papar yang juga selaku Pegawai Daerah Papar, Iman Ali.

Sidek menambah kepada rakan-rakan seperjuangan PEMADAM yang tidak mendapat anugerah tersebut janganlah merasa hampa, sebaliknya bekerja lebih keras lagi bagi mempertingkatkan perjuangan PEMADAM ke arah matlamat yang diharap-harapkan.

No comments:

Post a Comment