Oleh : MEDIA PKR
DALAM keadaan parti-parti pembangkang serta komponen-komponen BN sedang sibuk bertelagah tentang pelbagai isu ketika pilihan raya semakin hampir, seorang pemimpin pembangkang, berpendapat bahawa parti-parti pembangkang Sabah sekarang ini perlu berfikir secara serius untuk bergabung membentuk satu Jawatankuasa Penyelarasan Pilihanraya.
Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Cabang Tuaran, Gaibin Ransoi, membuat gesaan ini berdasarkan rasional bahawa ini akan menjadi langkah pertama bagi parti-parti pembangkang untuk mendengar satu sama lain dan menyelaraskan pembahagian kerusi serta mengatur strategi untuk menghadapai BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, jawatankuasa yang dicadangkan itu boleh menjadi saluran yang berkesan untuk perbincangan, perundingan, tolak ansur dan perancangan, untuk mengelakkan sebarang pertembungan antara satu sama lain di banyak kawasan.
"Pembangkang tidak mampu untuk membuat kesilapan yang sama seperti yang kita telah lakukan dalam pilihan raya umum lepas," katanya.
Lagi pun, kata Gaibin, pembangkang menghadapi satu pihak yang mempunyai daya tahan yang kuat dan masih memegang kuasa dan rakyat mempersoalkan sama ada pembangkang benar-benar boleh bekerjasama untuk menewaskan BN di peti undi.
“Dengan wujudnya jawatankuasa itu, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada rakyat dan meningkatkan keyakinan mereka, bahawa kita boleh bekerjasama dan bertolak ansur," kata Gaibin lagi.
Gaibin juga melahirkan kebimbangan bahawa parti-parti pembangkang seolah-olah telah memerangkap diri mereka ke dalam satu konflik sesama sendiri dengan senario sekarang apabila semua parti pembangkang sudah memilih calon mereka masing-masing di semua kawasan DUN dan Parlimen; tanpa mengira komposisi kaum di kawasan-kawasan tersebut dan tanpa memikirkan kesesuaian calon-calon mereka.
"Mereka juga berkelakuan seolah-olah parti-parti pembangkang lain tidak wujud pun,!" kata Gaibin yang jika berterusan, akhirnya pembangkang akan bertempur antara satu sama lain dan bukannya melawan BN,” ujar Gaibin yang mengakui senario porak-peranda sebelum kempen bermula, seolah-olah pembangkang sendiri sudah menetapkan akan kalah sekali lagi.
Mahukah parti2 pembangkang bergabung, bertolak ansur dan perbincang? Masing2 mempunyai agenda tersendiri.
ReplyDeleteThat's true, if they fool around once again, there is really no turning back.
ReplyDeleteharap kerjasama dapat diwujudkan di kalangan ahli2 sekomponen. sebarang perselisihan dan ketidaksefahaman harus disingkirkan bagi meneruskan perjuangan.
ReplyDeleteMacam mana pun pembangkang nak bergabung, akhirnya nanti akan berpecah juga kerana ketidaksefahaman. Masing2 ada agenda dan kepentingan sendiri yang hendak dicapai.
ReplyDeleteBelum kempen pun dah menampakkan kepincangan.
ReplyDeletejika tiada sefahaman sukar untuk parti pembangkang bergabung atau bekerjasama...
ReplyDeletekita sahaja bagaimana keadaan pembangkang lepas ni.
ReplyDeleteajak semua parti pembangkang bergabung kemudian PKR akan menguasai semua kerusi.. begitu??
ReplyDeletemana2 pihak pun harus mengelakkan diri daripada buat kesilapan. Fokus pada perkara yang lebih utama supaya kesilapan dapat dikurangkan.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu sajalah nanti. Saya yakin semuanya pasti terjawab next GE nanti.
ReplyDelete