Thursday 23 June 2011

KENAPA MPS SEMAKIN CUAI?



BERLOPAK…..Beginilah keadaan jalan yang terdapat di beberapa lorong Bandar Kim Fung yang tidak diselenggarakan MPS.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

WARGA penduduk Bandar Kim Fung, KM 7.8 Jalan Utara Sandakan yang terdiri 90 peratus para peniaga mendesak kepada pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) supaya mengambil inisiatif bagi menangani kerosakan jalan-jalan yang terdapat di beberapa lorong deretan bangunan tersebut.

Seorang peniaga Perkhidmatan Pencuci Kereta (Car Was Service) yang hanya dikenali sebagai Chin, memberitahu Sabahkini.Net bahawa kerosakan jalan yang berlubang di sana-sini sudah hampir satu tahun tidak pernah disenggelarakan sehingg ke hari ini.

“Saya sudah berapa kali lapor hal ini kepada pihak MPS, tetapi tiada tindakan langsung. Minggu lalu saya ada jumpa beberapa orang wartawan saya suruh dia ambil gambar, apa mereka cakap itu hal kecil saja, tak paya ambil gambar. Saya kecewa, tapi nasib you datang (wartawan Sabahkini.Net) datang cuci kereta di tempat saya,” kata Chin seraya meminta agar merakam sebahagian jalan yang rosak.

Wartawan Sabahkini.Net yang pergi meninjau sendiri di seluruh lorong hadapan dan belakang deretan bangunan Bandar Kim Fung, mendapati Lorong 4 paling teruk kerana berlubang dan bertakung air, seolah-olah sudah lama tidak diselenggarakan.

9 comments:

  1. Harap MPS akan memberi perhatian mengenai laporan ini dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  2. Harap2 MPS segera mengambil tindakan terhadap isu tersebut. Isu sudah setahun jangan berpura-pura lupa.

    ReplyDelete
  3. harap perhatian yang sewajarnya akan diberikan terhadap isu ini..

    ReplyDelete
  4. sudah banyak isu mengenai Sandakan ni..harap2 isu yang timbul dapat diatasi dengan baik.

    ReplyDelete
  5. MPS masih tiada tindakan kah? Saban hari ada saja komplen tentang MPS ini. Harap mereka perbaiki mutu kerja mereka.

    ReplyDelete
  6. Masalah ini akan bertambah teruk jika dibiarkan saja.

    ReplyDelete
  7. jalan yang rosak tersebut harus diperbaiki demi keselamatan penggunan jalan.

    ReplyDelete
  8. lubang kecil jika menjadi takungan air untuk satu tempoh yang lama, lubang itu akan membesar.. jika jalan itu tidak digunakan oleh orang awam, mungkin MPS boleh berdiam diri, tapi jika sudah ada laporan seperti ini, boleh ka MPS berdiam diri??

    ReplyDelete
  9. Nampaknya semakin hangat membara MPS. Banyak masalah yang timbul tetang pengurusan MPS. Perbetulkan kelemahan dalam pengurusan MPS.

    ReplyDelete