Sunday, 26 June 2011

RASUAH SEMAKIN BERLELUASA DI LABUAN



Saudara pengarang,

KAMI sebagai warga Malaysia dan pembayar cukai mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkuasa Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA); bukan saja menyiasat penyeludup minuman keras dan rokok di Labuan; malah Sindiket Pelacuran, Ah Long dan Mesin judi di Labuan.

Kegiatan ini gagal diselesaikan secara tuntas kerana masalah rasuah yang begitu berleluasa di kalangan pihak berkuasa tempatan sehingga Labuan kini menjadi Pusat Hiburan terbesar yang menjalankan kegiatan pelacuran, perjudian, Ah Long yang didalangi sindiket daripada Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Tidak mungkin Pihak Berkuasa Tempatan tidak tahu? Kesemua sindiket tersebut menjalankan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia secara haram ini tanpa modal yang tinggi; kerana mereka hanya jual ‘Daging Mentah’ wanita Filipina, China, Indonesia dan Thailand.

Ah Long pula dibenarkan menghisap darah manusia dengan kadar bunga yang tinggi dan Mafia menipu orang awam mengguna Mesin Judi di premis terbuka.

Sehubungan itu, kami mendesak SPRM bersama Unit D7 Bukit Aman memantau Pegawai Penguatkuasa tempatan yang melindungi kegiatan haram ini secara berleluasa di Pulau Labuan termasuk penyeludup barangan bercukai ke Sabah kerana mereka perlu membayar Penguatkuasa dan terpaksa menggunakan modal besar untuk beli barang, pekerja, tambang bot, pengangkutan dan sebagainya.

Tetapi Sindiket Pelacuran, Ah Long dan mesin judi hanya perlu sewa kedai dan membayar habuan bulanan kepada penguatkuasa tempatan sahaja tetapi mengaut keuntungan yang besar. Isu ini menyebabkan kerugian jutaan ringgit tetapi kenapa isu hangat ini tidak timbulkan oleh Datuk Wence Anggang dan Menteri Wilayah Persekutuan?

Kami mendesak agar pihak berkuasa yang bakal dihantar ke Labuan menyiasat tauke pusat hiburan yang menjalankan Sindiket Pelacuran, Ah Long dan Perjudian haram di Pulau Labuan ini serta merta kerana sindiket tersebut amat kaya raya tanpa membayar sebarang cukai kepada kerajaan.

Sementara Kementerian Dalam Negeri dan Unit D7 Bukit Aman juga perlu memantau pegawai kanan polis agar mengistiharkan aset dan pendapatan mereka kerana kami tahu kebanyakan meraka sudah kaya raya; mampu bermain golf, memiliki kereta mewah, melancong ke luar Negara dan tinggal di rumah agam.

Kami yakin dengan gaji halal yang mereka terima mungkin tidak mampu untuk memiliki sebuah Proton Perdana.

Salam 1 Malaysia. ‘Anti Rasuah Amalan Kita.’

Yang Benar,

HJ. SAMSUL KAMARUDIN

12 comments:

  1. Labuan sudah jadi surga duniawi. Ketawa sampai berguling guling Lucifer dengan perkembangan Labuan.

    ReplyDelete
  2. Apa sudah jadi dengan penguatkuasa di Labuan? Semua sudah hanyut dengan kenikmatan di Labuan? Aduan2 tidak berkurang malah semakin menjadi-jadi gejala yang tidak sihat di Labuan.

    ReplyDelete
  3. semakin menjadi-jadi keadaan di Labuan...

    ReplyDelete
  4. DIharapkan SPRM akan menyiasat dan membuat tindakan terhadap aktiviti rasuah yang terdapat di Labuan.

    ReplyDelete
  5. The MACC should investigate the allege corruption issues in Labuan.

    ReplyDelete
  6. Labuan sebagai kawasan bebas cukai dan bebas dari penguatkuasaan undang2?

    ReplyDelete
  7. Asalkan ada duit dan kuasa, undang2 pun boleh dibeli. Ke mana hilangnya integriti mereka yang sepatutnya menegakkan undang2?

    ReplyDelete
  8. Labuan ini pun mahu jadi juara rasuah juga. huhu

    ReplyDelete
  9. Rasanya takda cara lain untuk menanggani rasuah selain daripada kesedaran diri sendiri. Jauhilah rasuah kerana ia hanya akan menghancurkan masa depan yang cerah.

    ReplyDelete
  10. Jauhilah dari rasuah. Harap SPRM tidak pandang sebelah mata hal ini. SPRM harus serius menangani masalah rasuah. Sampai bila SPRM lambat bertindak. Rakyat tidak akan percaya sudah dengan SPRM sekiranya SPRM masih begini.

    ReplyDelete
  11. sebaiknya pekara ini disiasat bagi mengetahui sama ada yang diperkatakan itu benar atau tidak.

    ReplyDelete
  12. berkali2 sudah aduan dan laporan dibuat, tapi masih tidak ada apa2 tindakan dibuat oleh pihak bertanggungjawab. jika pihak berkuasa terus membutakan mata dan memekakkan telinga, mungkin ada baiknya demonstrasi jalanan diadakan di Labuan.

    ReplyDelete