Tuesday 28 June 2011

KOSAN RAIH UNTUNG RM9.1 JUTA



PENGHARGAAN.......Kelihatan Haji Ghulabdin sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada Francis Golunu seorang pekerja yang telah 30 tahun berkhidmat.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

TIMBALAN Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN), Haji Ghulabdin Enjih telah terpilih semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi itu dalam Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke 28 yang telah diadakan pada Ahad lepas di Dewan Saadah,Wisma Muis Sembulan, Kota Kinabalu.

Sementara itu tiga Ahli Lembaga pengarah yang turut bertanding semula terdiri daripada Ariffin Datuk Fadzil Wong memperolehi 296 undi, Haji Abdul Razak Awang Duraman yang mendapat undi sebanyak 226 dan Hassan Mansor memperolehi undi sebanyak 225.

Calon lain yang turut bertanding dalam Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah KOSAN dalam mesyuarat tahunan kali ini terdiri dari Haji Noorzain Haji Tawi (128 Undi), Abdul Rahman Laman (112 undi), Abdul Rauf Saib (35 undi) dan Sindeh Teliban (35 undi).

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang En Yen yang juga Pengerusi KOSAN telah melakukan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KOSAN kali ke 28 yang turut dihadiri oleh kira-kira 400 orang ahli Koperasi itu termasuklah para pemerhati.

Dalam ucapannya, Pang menyeru ahli-ahli koperasi itu bersatu padu untuk membolehkan perniagaan KOSAN yang telah wujud sejak sekian lama akan dapat ditingkatkan keupayaannya dan boleh bersaing dalam perniagaan yang lebih kompetetif pada masa hadapan.

“Saya percaya dengan adanya pemilihan Ahli Lembaga Pengarah KOSAN, ia akan menjadi titik mencari pemimpin yang dapat menganjak koperasi ini untuk mempelbagaikan perniagaan dan diharap Ahli Lembaga Pengarah baru dipiliih dapat mengukuhkan kedudukaan KOSAN yang sedia ada ke tahap yang lebih meyakinkan,” kata Pang lagi.

Sementara itu, Ghulabdin yang mewakili Pang telah menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan KOSAN yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan hadiah kepada anak-anak ahli KOSAN yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM, SPM dan PMR.

Ghulabdin yang telah memperolehi undi tertinggi menyifatkan kemenangan itu sebagai penghargaan ahli dan kakitangan KOSAN yang dapat meraih keuntungan sebanyak RM9.1 juta pada tahun ini.

“Sejajar dengan kerjasama kuat dari ahli-ahli dan kakitangan KOSAN maka dengan cadangan Ahli Lembaga Pengarah untuk memberikan dua bulan bonus adalah bersesuaian juga dengan keputusan dalam mesyuarat agung pada hari itu, saya harap akan menjadi perangsang kepada semua pihak Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan untuk berkerja dengan lebih gigih lagi,'' kata Ghulabdin yang amat menghargai sokongan ahli-ahli KOSAN terhadapnya.

No comments:

Post a Comment