TAWARAN…...Dato Sri Nasir (tengah) disaksikan A.M.Ibnu (dua kanan) dan Matussin Sunsang(kiri) menyampaikan Surat Tawaran Kerja kepada Abd Razak Tampi (kanan) sempena majlis Undian Projek PIA/PIAS Bagi Kontraktor F Daerah Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan semua kontrektor kelas F yang berjaya mendapat surat Tawaran Kerja projek-projek PIA/PIAS melaksanakan projek tersebut dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta menyiapkannya seperti yang dijadualkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin menyediakan pelbagai prasarana dan pembangunan untuk kemudahan rakyat namun, tanpa kerjasama pihak kontrektor melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah ianya tidak akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Nasir menjelaskan, terdapat segelintir kontraktor yang telah dimanahkan melaksana sesuatu projek tidak menyiapkannya dengan sempurna malah tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya sehingga kerajaan menerima tohmahan dan nama yang buruk akibat kontraktor yang tidak bertanggungjawab.
Dato’ Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Senallang, berkata demikian sempena merasmi dan menyampaikan Surat Tawaran kerja kepada kontrektor kelas F di majlis Undian Projek PIA/PIAS Daerah Semporna.
Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah( SDO); Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Haji Tahir Amir; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Sulabayan,Mohd Fadzil Sapal dan Ketua Daerah Semporna Dun Senallang,OKK Haji Musa Sabahani.
Sehubungan itu beliau berharap sistem pemilihan dan undian yang dijana melalui sistem pangkalan data (database) komputer akan memberi kepuasan dan agihan adil kepada semua kontrektor kelas F berdasarkan prestasi dan kredibiliti sesebuah syarikat.
Sempena majlis itu sebanyak 100 lesen kontraktor F menyertai undian dan majlis kali pertama dilaksanakan di kawasan Parlimen 189 Semporna.
Ya, kontraktor yang mendapat projek perlulah berusaha menyiapkan projek seperti ditetapkan.
ReplyDeleteKontraktor2 perlu bertanggungjawab dalam tugas mereka. Jangan fikir nak untung saja.
ReplyDeletesetiap kontraktor perlu menyiapkan projek yang berkualiti mengikut jadul agar setiap projek yang dirancang mencapai matlamatnya.
ReplyDeletekalau pihak kontraktor ni ada yang didapati tidak menyiapkan projek berkualiti mengikut jadual, kerajaan tarik saja lesen mereka.
ReplyDeleteTindakan perlu diambil terhadap kontraktor yang menyiapkan projek sambil lewa.
ReplyDeletesetiap projek yang diberi harus disiapkan mengikut jadual. mana2 kontraktor yang tidak dpt menjalankan projek dgn baik harus diberi tindakan tegas.
ReplyDeletekerajaan juga tidak perlu berkompromi atau bertolak ansur dengan mana2 kontraktor yang gagal menyiapkan projek atau gagal mematuhi piawaian. tindakan menarik lesen atau menyenarai hitamkan kontraktor tersebut wajar dilakukan.
ReplyDeleteBetul itu projek yang diberikan haruslah disiapkan ikut ketetapan yang telah diberikan.
ReplyDeletepemantauan harus dilakukan oleh pihak2 berkenaan agar projek2 yang diberikan akan siap mengikut jadual dengan kualiti dan mutu yang ditetapkan.
ReplyDeletekalau ada kontraktor yang melanggar syarat perjanjian, maka adalah wajar kontraktor tersebut disenaraihitamkan dari mendapat sebarang tender projek kerajaan..
ReplyDelete