Wednesday 29 June 2011

SEDIAKAN BUKTI UNTUK INKUIRI SUHAKAM



ORANG awam yang berminat untuk menyertai Sesi Konsultasi Inkuiri Nasional mengenai hak tanah orang asal di Sabah yang akan diadakan di Tawau dan Sandakan bermula Khamis ini sehingga 5 Julai hendaklah membawa bersama geran, gambar serta surat dan peta yang berkaitan.

Sesi itu akan diadakan Dewan Masyarakat Tawau dan Dewan Institut Latihan Perindustrian Sandakan bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) pada Selasa, sesi konsultasi itu telah memulakan sesi pertama pada 17 Jun lalu bersama pihak berkepentingan di daerah Tambunan, Tenom, Nabawan, Pensiangan, Sipitang, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Paitan.

Inkuiri Nasional berkenaan akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak adat secara menyeluruh dari perspektif hak asasi manusia serta mengesyorkan langkah penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah tersebut, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi sehingga kini Suhakam telah menerima lebih daripada 1,000 aduan berhubung kes pencabulan ke atas tanah adat di mana Sabah mencatat aduan tertinggi sebanyak 824 kes antara tahun 2000 hingga suku pertama tahun ini diikuti dengan Sarawak 229 kes dan Semenanjung 45 kes.(BERNAMA).

13 comments:

  1. Harap2 isu2 tanah dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. Semoga semua maklumat yang akan disampaikan semuanya tepat dan rakyat dapat memahami segala yang akan disampaikan.

    ReplyDelete
  3. Isu tanah sememangnya isu yang tersangat sensitif. Semoga ada penyelesaian kepda isu ini.

    ReplyDelete
  4. penduduk Tawau dan Sandakan serta kawasan2 berhampiran, pergunakanlah peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak tanah orang asal.

    ReplyDelete
  5. harap setiap isu tanah yang berlaku akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. Mereka yang berminat bolehlah memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan sesi konsultasi agar lebih memahami masalah itu seterusnya mencari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  7. Kenapa Sabah juga paling banyak aduan kes pencabulan tanah?

    ReplyDelete
  8. orang ramai harus gunakan kesempatan ini untuk untuk mengetahui hak tanah orang asal di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Gunakan peluang ini untuk menambah pengetahuan mengenai hak kita terhadap tanah.

    ReplyDelete
  10. Semoga usaha ini membuahkan sesuatu yang positif :)

    ReplyDelete
  11. Harap perkara ini akan dapat memastikan punca utama masalah tanah ini timbul.

    ReplyDelete
  12. sepatutnya dalam tempoh 11 tahun ini berlaku penurunan terhadap jumlah kes pencabulan ke atas tanah adat di Sabah, bukannya peningkatan. saya harap kerajaan negeri akan berkerjasama dengan SUHAKAM bagi menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete
  13. Without proof, they can do nothing.

    ReplyDelete