POLIS akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini.
Beliau berkata antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.
Sehubungan itu, Ismail menasihati kumpulan yang berlainan ideologi itu supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram demi keamanan negara.
Terdahulu, Ismail memanggil pemimpin kumpulan yang dijangka terlibat dengan perhimpunan haram itu di pejabatnya dan menerangkan kepada mereka tentang kesan perhimpunan haram itu terhadap keselamatan negara.
Antara yang hadir ke Bukit Aman hari ini adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Syed Hassan Syed Ali mewakili Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, yang tiba pukul 10 pagi.
Turut hadir adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang tiba pukul 3 petang manakala Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk S. Ambiga akan dipanggil pada Khamis.
Ambiga sebelum ini menyatakan bahawa kumpulannya akan tetap mengadakan perhimpunan haram itu walaupun tidak mendapat permit polis dan tidak menghiraukan tentang soal keselamatan negara.(BERNAMA)
Adakah ini dapat menghalang BERSIH untuk berhimpun pada tarikh tersebut. Harap2 tiada keganasan berlaku.
ReplyDeletePihak polis juga perlu bertindak bijak, silap2 polis yang kena saman. Perhimpunan tersebut turut dihadiri peguam2.
ReplyDeleteTak payah la nak ikut tunjuk perasaan nih...buang masa & tenaga saja..baik berehat di rumah.
ReplyDeleteperhimpunan boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan dan memberikan imej yang tidak baik apabila dilihat oleh pelancong asing.
ReplyDeleteperhimpunan itu tidak mendapt sebarang permit, ia adalah perhimpunan haram. jgnlh kita menyertai perhimpunan haram.
ReplyDeletelebih baik tolong bersihkan pantai
ReplyDeletesemakin lama semakin bertambah kecoh pula isu perhimpunan BERSIH ni. mungkin lagi bertambah kecoh bila tiba masanya nanti. harap2 kata sepakat dapat dicapai agar perhimpunan ini tidak diteruskan.
ReplyDeleteTentu balai polis penuh lepas perhimpunan tu.
ReplyDeleteNampaknya semakin hangat perhimpunan BERSIH ini. Sehingga polis mengunakan syeksen 27 (5) untuk menangkap siapa saja memakai dan membuat perhimpunan haram.
ReplyDeletehak kebebasan patut dihormati, sila layari
ReplyDeleteSusah betul mahu komen hal ni. Bagi saya semuanya terpulang pada pandangan individu masing2.
ReplyDeleteAppaun saya harap hal ini dapat ditanggani dengan bijak.
ReplyDeleteUndang-undang article 10(1)(b) perlembagaan perseketuan Malaysia patut di patuhi oleh polis termasuk article 20(1) Hak Asasi Manusia Antarabangsa,dan bukan menangkap sebelum jenayah/kesalahan dilakukan...
ReplyDeleteHope that a win-win situation can be achieved.
ReplyDeletepencegahan itu lebih baik bro.. takkan tunggu dulu dia buat jenayah baru mau tangkap.. para pendemo juga perlu ikut undang2 bahawa tidak boleh berhimpun secara haram.
ReplyDeleteatas sebab menghormati kebebasan la para peserta Bersih perlu menghentikan demonstrasi ini. jangan salah gunakan kebebasan... tempat sudah disediakan oleh kerajaan, kenapa perlu turun ke tempat2 yang boleh mengganggu aktiviti orang awam??
ReplyDelete