Oleh : SHAIMON S JUMADI
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew menegur sikap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang gagal memastikan kebersihan dan keceriaan bandar sehingga bukan sahaja menjadi cemuhan masyarakat setempat; malah membiarkan rumput-rumpai tumbuh meliar di beberapa kawasan perumahan, seolah-olah tidak wujud pihak berkuasa tempatan di Sandakan.
“Saya difahamkan MPS telah melantik beberapa kontraktor perkhidmatan memotong rumput di seluruh kawasan Sandakan, tetapi kenapa masih juga gagal untuk memastikan Sandakan ceria?,” katanya kepada Sabahkini.Net sempena lawatan program ‘Perkhidmatan Kepada Rakyat’ di beberapa lokasi antara Taman Tinosan, di kawasan Parlimen Sandakan.
Katanya lagi, ekoran ketidak pekaan MPS terhadap rungutan pembayar cukai, masyarakat bukan saja mencemuh pihak berwajib, malah turut menuding jari ke arah Wakil Rakyat yang kononnya tidak menjalankan tugas sehingga tempiasnya terkena kepada kerajaan Barisan Nasional.
“Saya tidak menyalahkan pihak media, khususnya Sabahkini.Net yang sering mendedahkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan di kawasan Sandakan, tetapi apa yang dibuat oleh Sabahkini.Net merupakan satu kebaikan untuk semua pihak,” ujar V.K.Liew yang menggesa agar Presiden MPS lebih mesra rakyat.
V.K.Liew yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) turut menggesa MPS agar menguatkuasa Undang-Undang Anti-Liter (Sampah) secara mandatori dengan mengenakan kompaun maksimum atau mengheret pesalah tegar ke mahkamah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat yang engkar dalam soal kebersihan.
“Pada pandangan peribadi saya, walaupun Undang-Undang Anti-Liter sudah diwartakan sejak dua tahun lalu, tetapi MPS gagal secara total menguatkuasakannya. Tidak tahun di mana silapnya,” kata V.K.Liew yang menggesa agar MPS melakukan post-mortem terhadap Unit Penguatkuasa yang cuai menjalankan tugas.
V.K.Liew menambahkata, selain masalah timbunan sampah sarap di dalam Bandar Pelancongan ini, beberapa Taman Perumahan juga terbiar sehingga menimbulkan rungutan ramai kerana mereka membayar cukai pintu dan pelbagai kadaran lain, tetapi kawasan perumahan mereka terbiar.
“Sebagai contoh terdekat, di Taman Perumahan Tinosan, saya lihat saluran parit tersumbat tidak diselenggarakan, sehingga menjadi punca utama kawasan sekeliling perumahan tersebut dilanda banjir kilat. Ini semua tidak sepatutnya terjadi,” tegas V.K.Liew yang meminta maaf kepada para penduduk terbabit dan akan mencari alternatif segera untuk memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.
MPS perlu sentiasa peka dan sensetif dengan keperluan masyarakat.
ReplyDeleteMPS perlu pantas menangani isu2 sebegini, sebab tu sudah menjadi tugasan dan tanggunjawab MPS.
ReplyDeleteTahniah Datuk VK Liew kerana prihatin dgn permasalahan rakyat di sekitar Sandakan. Diharap MPS dapat memperbaiki segala kekurangan mereka dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka.
ReplyDeleteMPS harus menjalankan tugas mereka dgn baik dalam menjaga kebersihan kawasan mereka.
ReplyDeletePengurusan MPS haruslah melaksanakan tugas mereka dengan lebih strategik untuk memastikan apa masalah dapat diselesaikan dengan baik. Pihak atasan MPS yang memainkan peranan dalam kes ini.
ReplyDeletenampaknya sudah banyak aduan mengenai pihak MPS yang gagal menjalankan tugas dengan baik. harap mereka akan segera tersedar dengan kritikan datang berkali-kali.
ReplyDeleteBanyak sudah aduan dibuat tentang MPS. Adakah MPS tidak mahu mengambil sebarang tindakan seperti meningkatkan prestasi dan kualiti kerja mereka?
ReplyDeleteMemang banyak aduan sejak kebelakangan ini. Jika tidak ada peningkatan saya rasa ketua MPS perlu ditukar.
ReplyDeleteJika banyak aduan mesti perkhidmatan tidak begitu baik.
ReplyDeleteKenapakah hal ini masaih lagi berlanjutan. Takkan lah MPS mmg tak jalankan t/jawab???
ReplyDeleteLepas hal ni dah kena higlight harap adalah perubahan positif berlaku.
ReplyDeleteharap selepas ini MPS akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi.
ReplyDeleteHope that the MPS will put more efforts to solve these problems.
ReplyDeletejika masih tidak ada apa2 tindakan atau penambahbaikkan selepas ini, baik presiden MPS letak jawatan atau diberhentikan serta merta.
ReplyDelete