Saturday 25 June 2011

PROJEK SAMPAH DI DUN APAS?



KOTOR…….Timbunan sampah sarap ini bukan sahaja menjolok mata memandang, malah mencerminkan kekotoran jiwa Adun dan penduduk sekitar.

Oleh : JINGGAL KASUKA

JIKA selama ini Kerajaan Barisan Nasional berbangga dengan pelbagai projek pembangunan PIA/PIAS dan projek mega, kini tertampan oleh satu projek yang memalukan iaitu Projek Sampah Sarap.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi menyifatkan kegagalan Kerajaan BN menangani isu sampah sudah merebak ke seluruh negeri sehingga pelancong menganggap rakyat Sabah pengotor, terutama di Kunak dan Lahad Datu.

“Pihak berkuasa tempatan seolah-olah ‘buta mata’ dan membiarkan sahaja sampah sarap bersepahan di bandar dan kampung tanpa ada usaha untuk melakukan pembersihan berkala dan menyediakan kawasan pembuangan sampah sarap dan sisa pepejal buangan pembinaan,” kata Citra lagi.

Sebagai contoh kata Citra, kewujudan kawasan pembuangan sampah haram di Batu 4 Setengah, Jalan Tawau yang terletak di DUN Apas menunjukkan ketidak prihatinan pihak berkuasa tempatan dan Adun kawasan berkenaan.

1 comment:

  1. Biarkan saja...bah, sampah ini boleh jadi aset penduduk miskin bertegar?

    ReplyDelete