Thursday 23 June 2011

PANDORA GERAN KOMUNAL DI SABAH



RAMAI penduduk luar bandar di Sabah yang merupakan penerima geran komunal masih kabur berhubung bentuk pelaksanaan geran itu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Rabu.

Sebenarnya mereka tidak pernah dirunding dan kerajaan gagal untuk melibatkan mereka dalam perbincangan sebelum inisiatif itu dilancarkan yang membawa kepada pendedahan isu itu yang tidak diberi peringatan sebelum ini.

Pesuruhjaya Suhakam Jannie Lasimbang berkata sementara suruhanjaya dan orang ramai secara umumnya menyokong usaha seperti ini bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman dan meningkatkan ekonomi penduduk, bagaimanapun pelaksanaannya yang bergerak secar apantas menyebabkan banyak perkara terlepas pandang.

Bercakap kepada pemberita pada satu sesi perundingan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal dan Asli di sini, Lasimbang berkata ia merupakan satu daripada isu yang dibangkitkan semasa pusingan Inkuiri Nasional yang bermula di negeri ini pada 17 Jun.

Suhakam telah mengadakan sesi itu masing-masing di Keningau dan Tenom dan hari ini sesi itu dimulakan di Dewan Tun Fuad Stephen di Penampang. Ia akan diteruskan di Kota Marudu (26-28 Jun), Tawau (30 Jun hingga 1 Julai) dan Sandakan (3 hingga 5 Julai).

Geran komunal yang pertama diadakan di daerah Nabawan pada pertengahan tahun lepas membabitkan 3,600 hektar tanah dan 700 penduduk dengan majoritinya kaum Murut.

Inisiatif bagi menukar tanah kerajaan berskala besar kepada geran komunal adalah bagi memastikan sementara kaum pribumi menikmati taraf hidup yang lebih baik, tanah yang diambil itu tidak dijual kepada orang luar.

"Orang ramai masih belum diberi penerangan yang cukup mengenai geran komunal dan banyak persoalan yang dibangkitkan ketua kampung masih belum terjawab. Penduduk kampung fikir bahawa mereka perlu menandatangani geran komunal itu tanpa mempersaalkannya jika tidak mereka akan terkeluar.

"Jadi isu-isu sama ada ia boleh diwariskan atau bertukar tangan (kepada anggota keluarga atau waris terdekat) tidak dibincangkan dengan betul dan ada satu klausa yang menyatakan bahawa Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur boleh mengubah atau menambah mana-mana benefisiari jadi ianya tidak terpulang kepada anda (sebagai penerima).

"Kebimbangan lain adalah hanya satu peratus isi rumah dibenarkan didaftar sebagai benefisiari sedangkan permohonan biasa bagi hak milik pribumi adalah bagi sesiapa yang melebihi umur tertentu boleh memohon atau penjawat awam pribumi yang mendapat gaji bulanan lebih daripada RM1,500 tidak layak menjadi benefisiari," katanya.

Sehubungan itu, Lasimbang berkata isu utama di sini adalah bahawa geran komunal itu bukan lagi berdasarkan kepada Hak Tanah Adat (NCR), di mana beberapa penduduk boleh dikumpulkan sekaligus dalam satu geran komunal, yang boleh memberi kesan dan menganjak sempadan dan pentadbiran perkampungan.

"Setengah penduduk juga menyuarakan pandangan bahawa jika mereka boleh membangunkan tanah itu atas usaha sendiri, memandangkan semua geran komunal itu adalah berasaskan usahasama dengan agensi, sebagai contoh, Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) bagi geran komunal sulung di Nabawan, bagi membangunkan tanah itu.

"Dan sudah tentu ia tidak mungkin sama bagi semua penerima geran komunal, jadi sekali lagi kita perlu memasukkan para penduduk dalam perbincangan," katanya.

Sehubungan itu, Lasimbang berkata sebuah komuniti berasaskan badan bukan kerajaan, Partners of Community Organisation (Pacos), telah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbang menangguhkan pengeluaran geran komunal yang akan datang supaya semua isu boleh diselesaikan terlebih dahulu.

"Mereka telah mengajukan permintaan tapi kami belum mengemukakannya kepada kerajaan.

"Tetapi terdapat merit di situ kerana Inkuiri Nasional ini mengambil masa dan kita mungkin mampu mengemukakan semua maklum balas kepada kerajaan menjelang tahun depan dan dalam tempoh itu begitu banyak geran komunal perlu diberikan, ini sudah tidak memberi makna," katanya.

Setakat April tahun ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dilaporkan sebagai berkata bahawa tiga geran komunal telah dikeluarkan di negeri ini membabitkan 7,258 hektar tanah dan 1,702 penduduk di Nabawan dan Tongod.

Musa berkata 15,780 hektar tanah membabitkan 4,161 penerima sedang diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur bagi pengeluaran 43 geran komunal. (BERNAMA)

15 comments:

  1. Mungkin rakyat masih tidak faham tentang geran komunal ini.

    ReplyDelete
  2. Apa tu Geran Komunal dan fungsi2 geran tersebut perlu dijelaskan kepada penerima geran. Penjelasan ini perlu bagi mengelakkan salah faham dan rasa tertindas.

    ReplyDelete
  3. penerangan yang lebih lanjut mungkin perlu diberikan agar mereka lebih faham mengenai geran komunal tersebut.

    ReplyDelete
  4. perlu ada pihak yang masuk ke kampung untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai geran komunal ni. jika ia memang memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk maka ia wajar dilaksanakan.

    ReplyDelete
  5. Pihak lain akan mengambil kesempatan untuk memutar belitkan perkara ini jika penduduk luar bandar tidak faham tentang geran komunal ini.

    ReplyDelete
  6. Penduduk luar bandar perlukan maklumat terperinci mengenai Geran Komunal ini. Jangan biarkan mereka terkapai-kapai.

    ReplyDelete
  7. penduduk harus diberikan penjelasan menyeluruh mengenai geran komunal agar mereka tidak salah faham akan geran ini.

    ReplyDelete
  8. semakin lama rakyat dibiarkan tertanya2 tentang geran komunal ini, semakin besar peluang pihak pembangkang meracuni fikiran rakyat untuk menolak kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Mungkin juga ada benarnya. Kebanyakan mereka adalah orang2 kampung yang tidak berpelajaran.

    ReplyDelete
  10. Masalah sebenar sudah disuarakan...kini bergantung kepada kerajaan negeri bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah ini...

    ReplyDelete
  11. We can't blame them. Land surveyors are supposed to explain the benefits of communal title thingies.

    ReplyDelete
  12. Masalah tanah diSabah telah wujud sekurang-kurangnya sejak 20 tahun yang lalu, mengapa sekarang baru diadakan siasatan oleh Suhakam, kalau bukan memancing undi??? Geran comunal ini sebenarnya satu kaedah yang untuk mengawal masyarakat.. supaya sentiasa mengikut telunjuk dalam hal keperluan asasi..di masa-masa akan datang tiada lagi pembangkang kerana terperangkap dalam satu conspiracy politik???

    ReplyDelete
  13. Mungkin kerana penduduk telah mendapat hasutan dari pihak lain terlebih awal menyebabkan mereka ini susah untuk menerima cadangan yang berguna ini.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan negeri Sabah telah memberikan satu cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah ini tapi kebanyakkan penduduk menolak cadangan geran komunal ini. Mungkin mereka tidak faham lagi maksud geran ini. Tambahan lagi penduduk boleh mengusahakan tanah berkenaan tapi tanah itu tidak boleh dijual kepada pihak lain. Bukankah ini bagi masa hadapan penduduk itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. As far as I concerned, the state government is open arm about this suggestion.

    ReplyDelete