Wednesday 22 June 2011

EXPO BBBM MULAI 23 JUN DI GIANT SANDAKAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

EXPO Belilah Barangan Buat Malaysia (BBBM) 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sandakan akan di adakan secara besar-besaran bertempat di perkarangan Supermarket Giant, KM 9.7, Jalan Labuk, Sandakan.

Program yang akan diadakan tiga hari berturut-turut itu bermula pada 23 hingga 26 Jun ini akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut jurucakap kementerian berkenaan kepada Sabahkini.Net kelmarin, sebanyak 50 buah syarikat perniagaan yang ada di seluruh daerah Sandakan sudahpun mendaftar nama-nama mereka untuk menyertai Expo tersebut.

Kata jurucakap itu lagi, tujuan kerajaan menganjurkan program tiga hari berturut-turut itu menjurus kepada pendekatan masyarakat pengguna mengenali pengeluaran produk-produk buatan negara sendiri (Malaysia) di samping menggalakkan rakyat di negara ini membeli barangan buatan Malaysia yang bermutu tinggi.

“Tidak dinafikan, ramai juga yang berminat membeli produk-produk buatan Cina, Korea dan Taiwan memang harganya lebih murah berbanding dengan produk buatan sendiri tetapi dari segi kualitinya, sering menjadi rungutan para pengguna berbanding produk yang bertanda SIRIM.”

9 comments:

  1. Semoga expo ini berjalan lancar. Rakyat perlulah menyokong barangan tempatan.

    ReplyDelete
  2. Belilah barangan buatan Malaysia, lebih jimat dan berkualiti.

    ReplyDelete
  3. harap program ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat untuk lebih memilih barangan buatan Malaysia berbanding barangan import.

    ReplyDelete
  4. program seperti ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membeli barang buatan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Pembeli perlulah berfikiran terbuka. Kualiti barangan M'sia pun setanding dengan barangan import.

    ReplyDelete
  6. Program2 sebegini perlu lebih kerap diadakan agar lebih banyak kesedaran dapat dibawa kepada rakyat untuk menyokong produk buatan M'sia.

    ReplyDelete
  7. hrap ekspo ini dpt menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan.

    ReplyDelete
  8. kalau bukan kita yang menyokong barangan buatan sendiri, siapa lagi?

    ReplyDelete
  9. Belilah barang Malaysia.. Itu sudah pasti. Tapi harap barangan Malaysia ini menepati cita rasa penguna dan juga memastikan barangan adalah berkualiti.

    ReplyDelete