Thursday 30 June 2011

JPN BANTU SELESAI ISU PENGUNDI HANTU



JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji untuk mewujudkan sistem pangkalan data yang menghubungkan JPN dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan permit kematian seperti polis.

Langkah ini dilihat dapat menangani rungutan orang ramai mengenai wujudnya pengundi hantu, terutamanya setiap kali menjelang pilihan raya, kata Ketua Pengarah JPN yang baru dilantik, Datin Jariah Mohd Said.

Beliau yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu berkata langkah itu perlu memandangkan pihak JPN tidak boleh sewenang-wenangnya menghapuskan data pengenalan diri seseorang individu itu sekiranya waris atau pemaklum tidak memaklumkan kematiannya ke JPN.

"Jadi menerusi sistem itu membolehkan JPN mengemaskini maklumat pemilik MyKad sebaik permit kematian dikeluarkan dan sekaligus dapat mempermudahkan SPR mengemaskini data pengundi pula.

"Selain kesedaran orang ramai penting dalam perkara tersebut JPN juga akan memastikan penerangan dibuat setiap masa mengenainya selain meneliti rekod individu yang umurnya melebihi 90 tahun," katanya dalam temubual di sini Rabu.

Bagaimanapun, Jariah yang mula menyandang jawatan itu pada 22 Jun lepas berkata, isu pengundi hantu tidak sepatutnya wujud kerana bukan mudah untuk seseorang menggunakan MyKad individu lain.

Mengulas mengenai ramai yang dikatakan masih tidak mempunyai kad pengenalan diri terutama di Sabah dan Sarawak beliau berkata JPN sedang melihat sekiranya ada keperluan untuk petugas JPN turun ke kawasan-kawasan tertentu dengan lebih kerap.

"Selain itu pihak JPN kini sedang memproses semua permohonan yang dihantar melalui kempen Mydaftar," katanya sambil menyifatkan kempen Mydaftar itu berjaya mencapai objektif.(BERNAMA)

14 comments:

  1. Pihak-pihak yang terlibat perlu berkerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan isu pengundi hantu.

    ReplyDelete
  2. "Mengulas mengenai ramai yang dikatakan masih tidak mempunyai kad pengenalan diri terutama di Sabah dan Sarawak beliau berkata JPN sedang melihat sekiranya ada keperluan untuk petugas JPN turun ke kawasan-kawasan tertentu dengan lebih kerap."

    JPN sememangnya perlu turun untuk menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  3. kerjasama semua pihak diharap akan dapat membantu menyelesaikan isu pengundi hantu.

    ReplyDelete
  4. Ini satu langkah yg baik! Lepas ni tak ada lagi pihak2 yg cuba untuk membangkitkan isu pengundi hantu lagi.

    ReplyDelete
  5. data dalam JPN dan SPR mmg perlu diselaraskan agar tidak wujud lagi pengundi hantu.

    ReplyDelete
  6. bagaimana isu pengundi hantu ini boleh berlaku? bukankah pihak JPN dan SPR sentiasa bekerjasama pada setiap pilihan raya?

    ReplyDelete
  7. penduduk Sabah yang tidak mempunyai kad pengenalan tu kebanyakannya tinggal jauh di luar bandar. ada penduduk yang masih daif tentang keperluan untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka sehingga surat kelahiran pun tiada.

    ReplyDelete
  8. Semoga langkah untuk mewujudkan sistem pangkalan data yang menghubungkan JPN dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat direalisasikan seterusnya mengatasi masalah pengundi hantu.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah pasti tugas sebagai JPN mengenai Mykad. Pengundi hantu perlu ditangani oleh JPN dan SPR untuk memastikan masalah tidak akan berlaku lagi dalam PRU13.

    ReplyDelete
  10. Isu pengundi hantu haruslah diselesaikan segera. Tak best lah kalau isu ni masih wujud kerana ia akan menyebabkan rakyat ragu2 dengan apa2 keputusan pengundian. huhu

    ReplyDelete
  11. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  12. SPR's dan JPN's adalah ahli-ahli UMNO betul tak? kalau kena bonus lagi... mesti lancar punya.

    ReplyDelete
  13. Hope that the JPN and EC will be more transparent.

    ReplyDelete
  14. kira ok la tu.. ada inisiatif untuk memastikan proses pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete