Thursday, 23 June 2011

SIAPA TANGGUNG DOSA MURTAD DI SABAH?



Oleh : SHAIMON S JUMADI

ISLAM adalah agama rasmi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan sejak 1957 lagi apabila Tanah Melayu @ Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sementara di Sabah atau North Borneo, yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 bersama dengan Sarawak tidak mempunyai agama rasmi, tetapi semua agama bebas diamalkan di dua negeri ini mengikut pilihan mereka.

Ketika pemerintahan USNO (United Sabah Nasional Organisation) yang diketuai sendiri oleh Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha Bin Datuk Harun, telah menubuhkan Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA-United Sabah Islamic Association) sebagai sebuah NGO untuk menyebarkan syiar Islam di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, ramai di kalangan masyarakat Cina, Kadazan, Dusun dan Murut memeluk Islam secara beramai-ramai dalam majlis pengIslaman yang dianjurkan oleh kerajaan negeri diurus tadbir oleh USIA.

Ramai Mualaf ini yang telah menunaikan fardhu haji ke tanah suci Mekah termasuk ialah Datuk Hj Mohad Raid Tan Tzee Shu (kini telah kembali ke agama asalnya); Datuk Haji Abu Bakar Tan Teck Bak, Datuk Haji Nasir Yeo dan ketiga mereka ini merupakan saudara kayu balak. Manakala mantan kakitangan JPJ Arifin Wong, Arwah Johari Salleh Chong, Mohd Salleh, dan Arwah Haji Yusof Pan Ah Chung ketiga-tiga mereka ini adalah Pegawai daripada Jabatan Imigeresen Sandakan.

Begitu juga di zaman pemerintahan BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) yang diketuai oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh.

Kes yang serupa juga iaitu pengIslaman saudara-saudara baru yang terdiri daripada masyarakat Dusun di daerah Ranau, Telupid, Kundasang, Keningau tetapi majlis pengIslaman beramai-ramai mereka dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) yang merupakan Majlis yang ditubuhkan untuk mentadbir urus Hal Ehwal Agama Islam di Sabah setelah BERJAYA mengambil alih tampuk pemerintahan daripada USNO pada tahun 1976.

Namun kedua-dua badan dakwah ini gagal membimbing saudara-saudara baru (Mualaf) yang telah diIslamkan sehingga 60 peratus daripada mereka kembali tidak beragama (pagan) atau ke agama asal mereka, Kristian.

Mengikut kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Mahkamah Syariah telah menerima 836 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

Katanya, daripada jumlah tersebut, Mahkamah Syariah telah meluluskan permohonan 168 orang permohonan untuk murtad iaitu meninggalkan ajaran Islam.

Tidak menghairankan jika Sabah merupakan jumlah terbesar berbanding di negeri-negeri lain kerana Mahkamah Syariah menerima 238 kes permohonan untuk meninggalkan agama Islam, 67 permohonan telah diluluskan.

Kes terbaru di Kota Belud, seramai 60 penganut agama Islam telah memfailkan permohonan untuk murtad tetapi kesemuanya masih dalam permohonan dan proses timbangtara.

Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Di Sabah ada pelbagai institusi agama seperti USIA, MUIS, JHEAINS, YADIM, PERKIM dan JAKIM; tetapi apakah peranan sebenar badan-badan dakwah Islam yang ditubuhkan ini?

Ekoran daripada senario meruncing tersebut, Sabahkini.Net sempat menemui berapa orang Mualaf lelaki (Cina), Chin @ Abdullah yang memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan perempuan Islam berketurunan Bajau dan kini mempunyai empat orang anak.

Chin berkata, beliau agak kesal kerana walaupun sudah hampir 15 tahun memeluk Islam, sekalipun tujuan asalnya untuk berkahwin, tetapi tanpa bimbingan badan agama, Mualaf sepertinya terabai dan gagal menikmati kesuburan iman dan ketauhidan Illahi kerana beliau hanya tahu membaca dua kali lima syahadah sahaja; manakala ayat lazim seperti Al Fatihah, doa mandi junub, cara beristinja dengan betul, doa makan dan niat puasa atau rukun sembahyang langsung tidak tahu.

Akibatnya, anak-anak mereka tidak terdidik dengan akidah Islam kerana bapa mereka (Chin) masih menyembah agama nenek moyang dengan membina colok (topekong) di dalam rumah dan masih memakan makanan yang dilarang oleh agama Islam seperti babi, anjing, ular sawa, biawak dan sebagainya.

Paling menyedihkan beliau, kata Chin, dalam usia tuanya, anak-anak mereka hidup di dunia ini tanpa halatuju kerana tidak mempunyai pedoman dan panduan hidup sebagai umat Islam, bagaikan masih Pagan sekalipun kesemuanya menggunakan nama Islam.

Namun, kisah Chin hanyalah satu daripada 100,000 kes murtad yang dilaporkan di Sabah namun tidak ada NGO atau pihak berkuasa agama yang membimbing mereka kembali ke agama Islam, sehingga nasib mereka terumbang ambing dan mudah menganut budaya dunia yang sesat lagi menyesatkan.

Semoga Tuhan tidak menurunkan bala kepada Sabah semata-mata kerana kita alpa membantu saudara baru (majoriti sudah lama memeluk Islam) kita kerana terlalu mengharapkan USIA yang semakin lanjut USIA membimbing mereka ketika pemimpin USIA khayal dengan jawatan dan habuan di dunia.

19 comments:

  1. Agama itu kebebasan individu. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk memeluk sesuatu agama.

    ReplyDelete
  2. Setuju Ishak. Agama adalah pilihan individu tu sendiri. Sekiranya individu mahu menganuti sesuatu agama, individu tu harus faham akan agama tersebut dan ikhlas mahu menganuti agama tersebut.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, perkahwinan bukan alasan untuk menganuti sesuatu agama. Individu tu perlu benar2 ikhlas, sekiranya benar2 ikhlas individu tersebut akan berusaha untuk mendalami ajaran agama yang diagnuti. Jika diri sendiri tidak buka mulut minta tolong bagaimana orang lain dapat menolong.

    ReplyDelete
  4. setuju, agama adalah pilihan individu sendiri. bagi saudara baru pula, mereka perlulah diberikan bimbingan yang sebaiknya agar mereka dapat memahami ajaran agama dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Inilah masalahnya bila menganuti agama lain hanya kerana untuk berkahwin, mendapatkan pangkat etc. Jika nak bertukar agama sekalipun, biarlah dibekalkan dengan ilmu agama dan iman. Bukan sekadar atas nama saja.

    ReplyDelete
  6. Agama tu penting untuk memenuhi keperluan spiritual. terpulang kepada individu untuk memilih agama apa sekalipun. yang penting dapat memenuhi keperluan spiritual mereka dan agama itu dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  7. Pilihan agama sepatutnya hak individu itu sendiri. Biarlah mereka menganuti sesuatu agama itu dengan ikhlas dan bukannya kerana terikat dengan undang2. Bimbingan perlu diberikan kepada saudara baru agar mereka tidak terpesong daripada ajaran sebenar.

    ReplyDelete
  8. mereka murtad kerana tidak diberi bimbingan mengenai agama Islam. mana2 mualaf haruslah diberi bimbingan agama agar mereka faham konsep Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  9. sekarang bukan masanya untuk mencari salah siapa tetapi masanya untuk mencari penyelesaian..

    ReplyDelete
  10. Mereka yang murtad itu kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kerana itu kehendak mereka. Mereka tidak dapat menerima ajaran agama Islam yang diberikan kepada mereka. Tapi lain kali pastikan mereka yang ingin memeluk islam yakin dan dengan niat yang benar-benar inginkan islam.

    ReplyDelete
  11. MAsalah murtad salah siapa? Salah kepada mereka yang tidak membimbing mereka. Tapi dosa adalah tanggungan diri sendiri dan bukannya orang lain.

    ReplyDelete
  12. i agreed with you Mohd Ishak.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Saya mahu bertanya kepada Mohd Ishak (2011) dan orang-orang yang bersetuju dengan pandangan beliau. Jika anak anda atau ahli keluarga anda secara tiba-tiba mahu menukar kepada agama lain. Apa reaksi anda??? adakah anda akan berkata itu hak dirinya??
    Apapun jawapan anda terpulang.
    Cuma mesej yang sy mahu smpaikan disini ialah, selagi orang tersebut bukan Islam, dia bebas dengan pilihannya sendiri. Tetapi apabila orang itu telah Islam, ianya adalah tanggungjawab umat Islam yang lain untuk memastikan orang itu diberikan ilmu, bimbingan dan sebagainya terutamanya pihak berkuasa. Banyak kisah2 zaman nabi dan sahabat cerita bab murtad.. Luang-luangkanlah masa utk baca. Jangan tunggu sampai ahli keluarga kita sendiri yang kena baru mahu bertindak. Dakwah adalah sunnah yang paling utama. Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. Pusat pengajian agama perlu dibuka di kawasan Dusun

    ReplyDelete
  15. Pusat pengajian agama perlu dibuka di kawasan Dusun

    ReplyDelete
  16. Zaman tun mustapha dulu,perkara akidah Muslim ini sangat di titik beratkan..sehingga ternampak seolah beliau memerintah dgn pemerintahsn kuku besi kerana ketegasannya dpm isu pengembangan Islam di Sabah..di zamannya soal politik Dan ekonomi di letakkan pada perkara kedua...Hari ini soal politik lebih mengatasi kepentingan agama di Sabah..pegawai kerajaan bukan tdk peka soal murtaf ini,tapi mereka di sibukkan oleh politik mengejar pangkat Dan kemegahan serta pengaruh..

    ReplyDelete
  17. Mungkin bagi yang mereka murtad itu sewaktu pengislaman mrk dahulu tdk di terangkan dgn betul kenapa mrk mesti berada dlm Islam,mrk Tak Tahu kenapa mesti solat,kenapa mesti puasa Dan bayar zakat..saya perhatikan kebanyakan mereka yang memeluk Islam especially mualaf (mungkin tdk semua)hanya memahami dgn cerdik perkara perkara yang zahir iaitu perkara perkara yang boleh di nampak dgn mata kasar dan yang dgn mudah di fahami oleh akal manusia biasa..mereka kurang fhm Dan tdk tahu Apa itu perkara yang batin dlm Islam..bahkan perkataan batin itu sendiri mungkin membuat mrk confused..perlu ada Satu institusi di Sabah yang menerangkan kpd mereka tentang perkara yang batin ini serta kaitannya dgn perkara yang zahir ..misalnya solat 5 waktu itu mungkin bagi mereka hanya ritual biasa dlm agama yang wajib di buat..bagi sesetengah orang perkataan wajib di buat itu Satu bebanan especially yang baru memeluk Islam..seandainya di beritahu bahawa solat itu sebenar nya bukan setakat perlakuan rukuk,sujud iktidal,tetapi solat itu sebenar nya suatu berkaitan mengenal diri, memahami siapa Kita sebenarnya,siapa di sembah,Dan di Mana letaknya yang Di sembah itu,kaitan solat itu dgn Alam semesta (konsep nur Muhammad)seterusnya kaitan solat itu yang saling berangkaian dgn puasa,zakat,Dan haji..pastinya tdk akan berlaku murtad.. tinggal lagi yang menyebabkan murtad ini adalah anasir anasir jahat yang memurtadkan mereka..pendek kata ilmu Islam yang sampai kpd mereka in tdk lengkap..Dan pihak berkuasalah yang patut bertindak dlm Hal ini.. masalahnya pula pihak berkuasa itu pun mungkin tahu Hal batin dlm Islam ini,tapi tidak menghayati maksudnya yang tersirat..hanya lebih kpd yang tersurat..itulah sbbnya di zaman tun mustapha dulu dia telihat sgt tegas berkaitan syiar Islam.. kerana beliau merupakan pemimpin Islam yang sangat gaham perkara zahir Dan batin Dan perkara yang tersirat Dan tersirat dlm agama Islam..

    ReplyDelete
  18. Samada seeorang itu lahir dlm Islam (asal islam)atau baru memeluk Islam (mualaf)cabaran terbesar dlm menjadi seorang manusia Islam ini pada pendapat saya adalah, bagaimana Kita fhm Apa itu Islam(hanya bermula dgn perkataan"agama Islam"itu aje terlebih dahulu)Dan bagaimana Kita memegang,menyimpannya dl hati dgn cukup kemas sehingga Kita mati..itulah cabaran yang patut di beritakan pada mereka yang goyah keyakinannya tentang Apa itu Islam sebenarnya.perlu di war war kan dgn luas actually Islam bukan setakat agama. ..ini yang perlu di huraikan kpd mrk yang murtad..Apa Apa pun ini cuma pendapat saya sahaja..

    ReplyDelete
  19. Seramai 50 000 orang kristian dan bukan kristian samada dipaksa mahupun apa2 alasan memeluk islam pada era mustapa d sabah.

    Tidak hairan murtad berlaku kerana itulah misi kristus menyelamatkan kembali umatnya... malah lebih ramai yang akan kembali. Tiada kuasa yang dapat menghalangnya. Dia sentiasa menebus umatnya termasuk mereka yang menjadi dalang pengislaman ini...

    ReplyDelete