Monday 27 June 2011

8 JAMBATAN SIM SIM SIAP MENJELANG RAMADAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 800 keluarga yang membabitkan 5,000 penduduk Kampung Melayu Sim-Sim, Berhala Darat, Sandakan bakal menikmati kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan melalui peruntukan Ahli Parlimen Sandakan.

Daripada jumlah 24 jambatan, 16 daripadanya sudahpun siap sepenuhnya dan hanya tinggal 8 jambatan lagi kini sedang dalam kerja-kerja pelaksanaan menggantikan jambatan kayu kepada konkrit bertetulang bagi memberi kemudahan yang selesa kepada rakyat.

“Inilah janji saya semasa pilihanraya umum 2008 iaitu setiap kampung pastinya akan diberikan kemudahan secara berperingkat-peringkat,“ kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong semasa diwawancara Sabahkini.Net sejurus selepas melakukan lawatan kerjanya bagi meninjau projek pembinaan jambatan di kampung berkenaan kelmarin.

V.K.Liew yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) selanjutnya berkata, pelaksanaan projek jambatan di kampung berkenaan harus disiapkan sepenuhnya sebelum bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Bagi mana-mana kampung di kawasan Parlimen Sandakan yang belum mendapat projek jambatan dan lain-lainnya diharap agar bersabar menunggu kerana projek yang bakal disalurkan akan dibuat secara berperingkat, tetapi semua kampung pasti dapat,” ujar V.K.Liew sambil membayangkan visinya menjadikan Kampung Sim-Sim sebagai Kampung Warisan bagi mengisi kalendar pelancongan termasuk pakej Home-Stay.

8 comments:

  1. Hope that the government will keep up the efforts to provide more basic infrastructures to the people.

    ReplyDelete
  2. pasti projek ini akan memberi keselesaan kepada penduduk. harap mereka menghargainya

    ReplyDelete
  3. Kredit kepada VK Liew kerana menjalankan tugasnya untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasannya. Semoga lebih banyak bantuan dapat disalurkan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. bgs, jambatan ini lebih kukuh dan dpt memastikan keselamatan penduduk terjamin.

    ReplyDelete
  5. Semoga apa yang dikatakan akan terlaksana sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. ini merupakan pekara yang baik..teruskan usaha...

    ReplyDelete
  7. good luck V.K Leiw.. inilah contoh pemimpin yang benar2 menjiwai permasalahan rakyat..

    ReplyDelete
  8. Peluang Usaha 2017
    http://www.fastpay.co.id/?FA6918
    http://www.speedgram.net/1217315

    ReplyDelete