Wednesday 22 June 2011

SABAH PERLU KUASA AUTONOMI PELAJARAN




SELARAS usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat, tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya, terutama bagi perkara-perkara kecil.

"Dengan cara itu, keputusan boleh dibuat dengan cepat, pelaksanaan dapat dimulakan tanpa melalui amalan birokrasi yang dikhuatiri menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan bidang pendidikan kita," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perdana 2011 anjuran Yayasan Kota Belud dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, di sini pagi ini.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah, Bakhrin Hj Yusop.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, maka usaha boleh dilaksana untuk memberi fokus dan perhatian kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

"Adalah satu hakikat jelas bahawa kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang berbanding di Semenanjung, begitu juga dari segi pencapaian akademik, justeru langkah terbaik menanganinya ialah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, membuat keputusan bagi perkara yang tidak melibatkan soal dasar.

"Dengan diterajui orang Sabah, maka Jabatan Pelajaran Sabah tentunya lebih memahami keadaan dan keperluan di tempat sendiri. Mesyuarat-mesyuarat kecil di KL perlulah dikurangkan.

"Yang penting, Jabatan Pelajaran Negeri diberi kuasa-kuasa sewajarnya, kerana jika tidak, kita akan terus berhadapan masalah dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan di negeri ini," katanya

Salleh juga berkata pembangunan bidang pendidikan di negeri ini menuntut anjakan paradigma secara serius, dan ia memerlukan keazaman politik di peringkat pimpinan kerajaan.

"Banyak sudah dilapor mengenai keadaan bangunan sekolah usang dan uzur, prestasi akademik yang mundur dan sistem pelaksanaan projek pendidikan yang tidak teratur.

"Ini semua tidak boleh dibiar terus terlanjur, justeru kita berharap agar difikirkan secara serius pemberian kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk memberi fokus utama," katanya.

Menurutnya, negeri Sabah perlu diberikan kuasa sewajarnya dalam menjayakan agenda pendidikan negara demi mengangkatnya setanding dengan negeri lain di Semenanjung.

17 comments:

  1. Saya sokong. Sabah perlu ada kuasa autonomi untuk menguasai pendidikan dalam negeri.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan pusat akan meluluskan cadangan ini.

    ReplyDelete
  3. Infrastrutur sekolah perlu diselenggara dengan baik dan memuaskan sesuai untuk pembelajaran.

    ReplyDelete
  4. kalau Jabatan Pendidikan Negeri tidak diberikan kuasa autonomi, bagaimana sekolah-sekolah di Sabah ni dapat bergerak maju? harap perkara ini dapat diberi perhatian serius.

    ReplyDelete
  5. cadangan yang baik. cadangan ini wajar wajar dipertimbangkan agar sesuatu keputusan boleh dibuat dan dilaksanakan dengan cepat.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan cadangan ini. Jika semua keputusan harus dirujuk ke Putrajaya, bukan saja memakan masa malah membantutkan kelancaran sesuatu perkara itu.

    ReplyDelete
  7. Sudahkah cadangan ini diusulkan kepada pihak atasan? Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  8. Of course. Why everything has to go to KL?

    ReplyDelete
  9. cadangn ini amat baik kerana ia akan memudahkan Sabah menbangunkan taraf pendidikan mereka.

    ReplyDelete
  10. Itu adalah semestinya. Takkanlah kita harapkan orang lain untuk menolong kita sedangkan mereka langsung tidak tahu keadaan sebenarnya di sini.

    ReplyDelete
  11. That's why many students in rural Sabah have been facing problems all this while.

    ReplyDelete
  12. saya minta Datuk Salleh sendiri datang berjumpa dengan kementerian pendidikan untuk membincangkan perkara ini.

    ReplyDelete
  13. Saya sokong dengan kenyataan Datuk Seri Salleh Tun Said. Kerajaan persekutuan harus melepaskan kuasa autonomi pelajaran kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua masalah pelajaran yang terdapat di negeri tersebut. Dengan pengurusan dari pihak kerajaan negeri pasti akan dapat menyelesaikan kedaifan yang melanda sekolah-sekolah di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan saranan salleh..memang satu keperluan sabah diberikan kuasa autonomi pendidikan..

    ReplyDelete
  15. ada baiknya jika salleh sendiri datang dan berbincang dengan kerajaan persekutuan dan menteri pelajaran agar saranan ini dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  16. hanya orang sabah yang tahu apa yang terbaik untuk sabah.

    ReplyDelete
  17. apa2 pun, diharap bidang pendidikan di sabah akan terus dibangunkan..

    ReplyDelete