Wednesday, 22 June 2011

MENJINAK TOLERANSI, MELUNAK DEMOKRASI




SERAH…..Penyerahan keperluan dapur daripada Pergerakan PBRS kepada Andiwal dan pasangannya.

Oleh : ROZIE JUMAT

NASIB pasangan warga emas, Andiwal Iwam,77 dan isterinya, Lalandang Yagongol yang selama ini terbiar terus terbela setelah rumah pasangan itu disiapkan oleh Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook melalui sumbangan peribadi Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Kini rumah pasangan tersebut diserikan lagi dengan bantuan keperluan dapur dan rumah yang disumbangkan oleh Pergerakan Wanita PBRS N.37 Sook.

Baru-baru ini, Ketua Wanita PBRS Sook, Puan Sri Melinda Kurup yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Pensiangan bersama rombongannya, disertai isteri Wakil Rakyat Sook, Datin Maria Angin, telah menyampaikan keperluan alat dapur dan rumah yang disampaikan sendiri kepada pasangan tersebut di Kg.Kuala Biah.

Pengerusi JKKK Kg.Kuala Biah, Yusof Bileh sangat berterima kasih di atas keprihatinan yang diberikan oleh PBRS.

“Selain bantuan kepada pasangan warga emas ini berupa sebuah rumah sumbangan peribadi Presiden, terdapat dua warga emas di sini juga mendapat bantuan 30 keping zink. Kita amat berterima kasih kepada YB,” kata Yusof yang merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masalah pasangan Andiwal kepada Tan Sri Joseph Kurup.

Sebelum ini pasangan itu tinggal di sebuah rumah uzur yang jauh dari segala kemudahan asas dan serba daif.

Semasa lawatan ke rumah yang baru disiapkan Pemuda PBRS dan mulai dihuni oleh pasangan itu, Puan Sri Melinda Kurup turut mengumumkan binaan dapur untuk pasangan tersebut.

ZINK…. Warga emas terima bantuan zink dari Presiden PBRS disampaikan Ketua Wanita PBRS Sook, Melinda Kurup kepada.Abau Bubutan dan Agurun Samaa.

KUNJUNG…. Wanita PBRS ketika mengunjungi Eric Umbol yang kehilangan rumah.

Kemudiannya Pergerakan Wanita PBRS Cawangan Kg Kuala Biah bergotong-royong memasang alas lantai rumah itu dan menyusun peralatan dapur berupa tong gas, dapur dan kelengkapan alat memasak.

“Wanita PBRS sentiasa mengambil perhatian terhadap masyarakat kita dan selain dari pasangan ini, kita ada lagi program seumpama ini yang akan dilaksana tidak lama lagi,” kata Melinda.

Pergerakan Wanita PBRS kemudiannya bergerak ke Kg.Binaong dalam kawasan N.33 Bingkor menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang pesara kerajaan, Eric Umbol yang telah kehilangan rumah baru-baru ini .

Keesokan harinya, Pergerakan Wanita PBRS dan Pemuda PBRS turut menghantar alat keperluan penghuni asrama yang dibina melalui peruntukan khas Ahli Parlimen Pensiangan di SK Bonor dan melakukan lawatan pemantauan ke Kg.Senang.

9 comments:

  1. Harap teruskan usaha membantu rakyat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  2. usaha yang baik dan ini menggembirakan mereka yang menerima sumbangan tersebut.

    ReplyDelete
  3. kebajikan rakyat memang patut diutamakan.

    ReplyDelete
  4. Semoga lebih banyak usaha2 murni sebegini dilakukan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Sedikit-sebanyak dapat menaikkan imej PBRS.

    ReplyDelete
  6. banyakkan usaha membantu rakyat seperti ini dan jangan lupa sebarkan kemana2 media supaya seluruh rakyat Sabah tahu bahawa PBRS masih releven dan masih diperlukan oleh rakyat.. good luck PBRS!!

    ReplyDelete
  7. sumbangan ini amatlah dihargai, PBRS harus terus membantu rakyat yang susah.

    ReplyDelete
  8. Harap parti ini akan terus memberikan bantuan kepada rakyat.

    ReplyDelete