Monday 27 June 2011

PENANTIAN SELAMA 34 TAHUN BERAKHIR



PECAH TANAH……Lajim diiringi oleh Wong dan Isnin semasa melakukan majlis pecah tanah bagi pelancaran perlaksanaan projek naik taraf jalanraya Betandok Kebulu.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KESUKARAN serta penantian hampir 34 tahun yang dilalui penduduk kampung Betandok, Kebulu, Menanjung dan sekitarnya untuk menikmati sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik dan sempurna akan berakhir tidak lama lagi apabila kerajaan meluluskan kerja menaiktaraf jalan utama ke kampung mereka.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin , berkata, projek jalan raya sejauh 3.7 Kilometer itu yang menelan belanja RM9.9 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah antara komiten kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, projek yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu akan memberi faedah kepada penduduk yang tinggal kampung Betandok, Kebulu dan sekitarnya.

‘‘Selain memudahkan perjalanan ke pekan, jalan ini juga turut memberikan kemudahan kepada penduduk mengeluarkan hasil pertanian mereka sekali gus membantu melonjakkan peningkatan taraf sosio ekonomi mereka seharian,” katanya selepas melancarkan majlis pecah tanah, pembinaan dan menaik taraf jalan tersebut di sini kelmarin.

BANTUAN…Lajim diiiring oleh Isnin dan Wong turut mengageh-agehkan bantuan kepada golongan warga emas sempena majlis tersebut.

MESRA RAKYAT…Lajim bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong disambu penuh mesra penduduk kampong sejurus tiba ke majlis tersebut.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Then dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Isnin Haji Ali Asnih.

Lajim memberitahu, peruntukan pembinaan itu diluluskan oleh KKLW semasa Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib menerajui kementerian tersebut dan mendapat sokongan sepenuhnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sebagai pemimpin di kawasan ini, kita telah lama memperjuangkan apa juga keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat selaras dengan konsep ‘Rakyat di dahulukan, Pencapaian diUtamakan’ dan sememangnya penduduk di kawasan ini berhak menerima pembangunan tersebut kerana mereka telah memberikan kesetiaan menyokong kerajaan Barisan Nasional selama ini,” tambah Lajim.

Katanya, penantian penduduk di kampung tersebut bagi menikmati kemudahan jalanraya yang baik telah berakhir, bagaimanapun tambah Lajim mereka perlu terus mengekalkan momentum perpaduan untuk menyokong kerajaan BN secara berterusan kerana masih banyak lagi pembangunan yang mereka perlukan.

“Inilah konsep kerajaan BN yang mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan mengotakan janji mereka, sama ada cepat atau lambat sedikit; tetapi amat berbeza dengan pendekatan parti pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan namun gagal membawa sebarang pembangunan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

11 comments:

  1. Hope that the government will fulfill all their promises to the people.

    ReplyDelete
  2. 34 tahun? lama tu, harap dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. semoga projek tersebut dapat selesai dengan segera, berkualiti dan pada masa yabg tepat.

    ReplyDelete
  4. Lamanya 34 tahun. Peruntukan untuk negeri Sabah sikit sangatkah?

    ReplyDelete
  5. Semoga lebiah banyak pembangunan dan bantuan dibawa kepada penduduk luar bandar.

    ReplyDelete
  6. semoga pembangunan ini berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  7. Akhirnya... hhmmm, harap semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  8. Semoga lepas ni leboh banyak pembangunan yang dilakukan demi kebajikan penduduk.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan. Semoga kerajaan melaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. ini menggembirakan penduduk, harap projek tersebut akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  11. kalau boleh elakkan rakyat menunggu begitu lama..

    ReplyDelete