Friday 24 June 2011

TSH RESOURCES TANAM GETAH DI HUTAN SIMPAN



KERJASAMA antara Jabatan Perhutanan Sabah dengan TSH Resources Berhad membangunkan tanah seluas 1,200 hektar di Hutan Simpan Ulu Tongod, Telupid dengan tanaman pokok getah sejak lapan tahun lepas sudah menunjukkan hasil dengan torehan pertama mula dilakukan pada Khamis.

Usaha membangunkan tanah di hutan simpan itu dilakukan dibawah Pengurusan Hutan Mampan dengan TSH merupakan salah satu pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA).

Majlis pelancaran menoreh pokok getah pertama itu dilakukan sendiri oleh Pengarah jabatan itu, Datuk Sam Mannan di kompartmen 143 Hutan Simpan Ulu Tongod, kira-kira sejam perjalanan dari sini pada Khamis.

Ketika berucap pada majlis pelancaran itu, Mannan berkata, melalui pembangunan perladangan hutan dengan tanaman pokok getah di Hutan Simpan Ulu Tongod secara langsung akan dapat menjana pendapatan untuk syarikat dan negeri Sabah.

Bagi kerajaan negeri, katanya pendapatan akan diperolehi melalui pungutan royalti 10 peratus dari hasil jualan susu getah.

"Ia juga dapat memberi peluang pekerjaan terutama kepada komuniti yang tinggal di sekitar kawasan hutan simpan ini," katanya.

Menurutnya, TSH telah mencapai prestasi yang membanggakan dalam melaksanakan pengurusan hutan mampan sejak mereka memperolehi lesen SFMLA pada 1997.

Selain itu, Pengerusi TSH Resources Berhad Datuk Kelvin Tan Aik Pen berkata seluas 1,200 hektar tanah di kawasan itu sudah ditanam dengan pokok getah dan pihaknya menyasarkan untuk menambahkannya kepada 8,000 hektar sebelum berakhirnya Rancangan Pengurusan Hutan Kedua pada 2019.

Katanya projek penanaman pokok itu juga merupakan projek percubaan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia yang menyediakan 16 klon benih pokok yang berbeza serta nasihat teknikal.

"Dalam menumpukan kepada membangunkan perladangan getah, TSH tidak akan melupakan komitmen untuk mengurus seluruh hutan simpan Ulu Tongod dengan pendekatan mampan dan holistik."

"Pertalian kami dengan komuniti setempat dijalankan secara selari bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka tetapi dari segi bantuan lain seperti membaiki dewan masyarakat," kata Tan. (BERNAMA)

9 comments:

  1. Hope that TSH Resources will comply with the Ministry of Forestry's policies.

    ReplyDelete
  2. harap usaha antara Jabatan Perhutanan Sabah dengan TSH Resources Berhad ini dapat membantu penduduk menambahkan pendapatan.

    ReplyDelete
  3. Harap perkara ini membawa lebih banyak kebaikan kepada penduduk sekitar dan kerajaan negeri. Dan semoga ekosistem hutan simpan ini dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Semoga pertalian baik antara TSH dengan komuniti setempat berkekalan.

    ReplyDelete
  5. selain menyumbang kepada ekonomi, ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

    ReplyDelete
  6. harap usaha ini mencapai kejayaan, ia pasti membantu penduduk setempat dalam menambahkan pendapatan seterusnya meningktkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  7. tahniah dan utamakan pekerja tempatan bukannya pekerja asing..

    ReplyDelete
  8. Semoga perkara ini benar2 dapat menjana pendapatan penduduk.

    ReplyDelete
  9. Apapun, sama2 lah kita harapkan yang terbaik hasil daripada perkara ini.

    ReplyDelete