Monday 27 June 2011

KENAPA BEKUKAN LESEN FORM 2B DI LONG PASIA?



Saudara pengarang,

KAMI selaku pemilik-pemilik tanah yang memohon lesen Form 2B di Kampong Long Pasia dengan ini membantah pembekuan lesen Form 2B di Kampung Long Pasia dan Long Mio.

Merujuk kepada memo Pengarah Perhutanan Negeri Sabah keputusan kerajaan untuk membekukan lesen Form 2B di kampung Long Pasia dan Long Mio adalah tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali. Dalam memo tersebut tidak dinyatakan mengapa dan kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Kami mempunyai geran tanah yang sah ke atas kawasan tersebut dan Pengarah Perhutanan mahu pun kerajaan negeri tidak ada hak untuk menghalang kami mengusahakan dan memajukan tanah kami untuk kebaikan dan masa depan penduduk kampung secara am nya dan kami pemilik-pemilik tanah yang terlibat secara khusus; walhal kawasan kampung lain di sekitar Daerah Sipitang tidak dibekukan.

Kami adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dan sekarang dan di masa hadapan. Harapan kami pihak kerajaan akan terus membela kami dalam membantu kami meningkatkan taraf hidup, ekonomi dan kampung kami melalui kelulusan lesen Form 2B di kampung Long Pasia dan Long Mio.

Kami sangat berharap agar kawasan kami dapat dibersihkan oleh syarikat yang kami lantik supaya kami dapat mengusahakan tanah kami dengan aktiviti pertanian. Kami juga telah melantik syarikat kami supaya membuka jalan baru sebagai akses bagi membolehkan kami membawa kenderaan ke kawasan tanah kami masing-masing.

Untuk pengetahuan umum, kawasan kami ini pernah diluluskan lesen Form 2B pada tahun 2005 tetapi syarikat kami pada masa itu mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan dan kami menunggu sehingga tahun 2010 untuk menyambung hasrat kami.

Kami sudah mengikuti, menepati dan mematuhi segala prosedur dalam permohonan lesen Form 2B kami yang melibatkan Jabatan Perhutanan Daerah Sipitang, Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Sipitang, Pejabat Daerah Sipitang dan beberapa pihak yang berkaitan; tetapi malangnya Pengarah Perhutanan Negeri Sabah enggan meluluskan lesen Form 2B kami atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Bersama surat ini juga kami sertakan lampiran tandatangan dan sokongan semua penduduk Kampong Long Pasia yang terlibat dan mendapat manfaat daripada usaha ini termasuk anggota-anggota keluarga kami yang berada di luar kampung setakat ini dan kami terus mendapat sokongan demi sokongan dari penduduk kami yang bekerja di luar Sipitang.

Dijangkakan lebih dari 700 orang akan menyokong usaha ini termasuk penduduk kampong Long Mio. Masalah ini cukup serius bagi kami termasuk juga isu-isu kampung yang lain seperti tanah adat kami dan penyukatan semula sempadan tanah kami dengan Syarikat SFI Sdn Bhd.

Salam Hormat,

JERREY BIN TOTIH

11 comments:

  1. Hope that this allegation will be investigated.

    ReplyDelete
  2. hal ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan penjelasan perlu diberikan punca ia dibekukan.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya nyatakan sebab kenapa lesen Form 2B di kampung Long Pasia dan Long Mio telah dibekukan.

    ReplyDelete
  4. Semoga nasib penduduk kampung Long Pasia dan Long Mio terbela.

    ReplyDelete
  5. mungkin ada sebab, sebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  6. Siasat, jangan tidak siasat... nanti ada yang merana dan tersiksa dengan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab....

    ReplyDelete
  7. Mereka ada hak mengundi jadi mereka berhak untuk mengubah siapa yang akan memerintah di masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Siasat hal ini dan jika perlu berila penjelasan bagi mengelakkan salah faham timbul.

    ReplyDelete
  9. Semoga perkara ini mendapat perhatian serius daripada pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  10. Mana rakyat diutamakan??Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang terang kepada penduduk dengan masalah ini.

    ReplyDelete
  11. bolehkah kerajaan bertindak sesuka hati tanpa memberitahu kenapa keputusan itu dibuat??

    ReplyDelete