Saudara Pengarang,
PEMBELAAN Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarol terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melalui artikel ‘Jangan Jadikan Diri Sesumpah’ amat wajar kerana hubungan kekeluargaan mereka.
Tetapi bagi rakyat biasa seperti kami yang terperangkap di Pulau Banggi, kami teramat kesal dengan sikap sambil lewa Shafie kerana membenarkan kezaliman dilakukan oleh KKLW terhadap rakyat Sabah yang tidak berdosa tetapi terpaksa menempuh masa hadapan yang belum pasti akibat pencemaran plumbum di pulau terpencil ini.
Keprihatinan seseorang pemimpin terhadap kanak-kanak adalah ujian terpenting terhadap kredibilti dan moraliti seseorang pemimpin dan senario ini menunjukkan Shafie telah gagal secara total sekalipun beliau adalah Naib Presiden UMNO.
Kanak-kanak yang tidak berdosa ini bukanlah musuh politik orang dewasa seperti Shafie, tetapi kenapa membiarkan mereka menanggung bahaya keracunan plumbum sepanjang hayat?
Langkah KKLW merestui penggunaan bateri asid plumbum dalam projek Janakuasa Elektrik Solar-Hibrid Fasa II di Karakit, Pulau Banggi mengukur tahap moraliti Shafie yang bukan sahaja kurang ajar, tidak beradat malah layak digelar ‘Penjenayah Alam Sekitar’.
Dalam zaman manusia yang sudah bertamaddun ini bukan sahaja di Malaysia, malah. Di seluruh dunia bukan senang menemui orang yang ‘Kering Hati’ sampai sanggup meracuni kanak-kanak sehingga menanggung risiko sepanjang hayat; tetapi malang bagi Sabah kerana pemimpin ‘Kering Hati’ berkenaan berasal dari Sabah iaitu Shafie Apdal sendiri.
Tahniah kepada Azizul kerana berani menegur kesilapan Shafie sekalipun dengan alasan yang berlapik. Membela Shafie tidak bermakna mampu menghapuskan dosanya kepada rakyat Pulau Banggi dan mengecualikan beliau daripada hukuman tuhan.
Walaupun Shafie dikatakan tidak mampu melakukan apa-apa kerana keputusan dibuat oleh Agensi Pelaksana iaitu TNB, namun sebagai pemimpin UMNO dan Ahli Parlimen Sabah yang dilantik menjadi Menteri KKLW, Shafie wajib bertanggung jawab terhadap kerosakan yang berlaku.
Walaupun Shafie bukan polis, tetapi jika nampak wanita kena rogol, bantulah apa yang terdaya dan bukannya hanya melihat kezaliman terus berlaku atau turut serta merogol. Inilah tabiat manusia sering mencari alasan untuk melepaskan diri.
Jangan jadikan alasan Menteri KKLW tidak ada kuasa untuk melarang penggunaan bateri asid plumbum sedangkan beliau yang menjaga peruntukan berkenaan. Kalau tidak ada kuasa buat apa lagi duduk dijawatan terpenting tersebut. Meletakkan jawatan lebih bermaruah daripada terus menjadi pembunuh kanak-kanak yang tidak berdosa!
Salam Hormat,
MUSLIMIN ARIP
Presiden Penaja Kelab Banggi Green.
Shafie Apdal needs to stop the usage of lead battery.
ReplyDeletelagi isu bateri asid plumbum. Harap2 yang berkenaan pertimbang rasa dengan kebimbangan rakyat.
ReplyDeletetiada alternatif lainkah untuk menggantikan bateri asid plumbum?
ReplyDeleterakyat takut dgn bateri ini kerana ia membahayakan kesihatan, kerajaan kena ambil perhatian hal ini.
ReplyDeleteSemoga ada alternatif kepada masalah penggunaan bateri asid plumbum ini. Pihak yang berwajib harus lebih peka dan sensitif dengan keselamatan rakyat.
ReplyDeleteharap isu ini akan dapat diberikan perhatian dan langkah sewajarnya akan diambil.
ReplyDeleteKena lagi Datuk Shfie..... buat la sesuatu untuk membersihkan nama dan imej anda.
ReplyDeleteSemakin hari semakin banyak isu yang ditimbulkan berkaitan Datuk Shfie... Adakah apa yang ditimbulkan betul2 salah beliau atau sebaliknya.
ReplyDeleteTolonglah buat sesuatu tentang hal ini. Rasanya hal ni dah berlanjutan agak lama.
ReplyDeleteSemoga hal ini dapat diselesaikan segera sebelum ada kemalangan jiwa yang berlaku.
ReplyDeleteShafie sendiri pasti tahu keburukkan penggunaan asid plumbum. Tapi kenapa membenarkan penggunaan tersebut di Pulau Banggi? Sebaiknya Shafie menjaga kesihatan pengguna juga bukan terus buat tanpa memikirkan kesan kepada pengguna.
ReplyDeleteShafie perlu lebih lantang dan tegas untuk membantu nasib rakyat Sabah. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
ReplyDeletekerajaan negeri patut membantah apa sahaja projek kerajaan persekutuan yang disifatkan membahayakan nyawa penduduk dan mencemarkan alam sekitar.
ReplyDelete