Sunday 26 June 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI RAKYAT



TOKOH…..Tokoh Guru, Hajjah Jarah Abdullah Gad, Petronella Munting dan Haji Ali Hassan Abd.Latif.

Oleh : ZAINI JAIR

GURU sebagai penjana transformasi, perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancangkan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru tahun ini dapat di capai.

Demikian Kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Abd.Ghafar Mahmud ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2011 di Dewan Masyarakat Papar pagi Sabtu lalu.

Abd.Ghafar menegaskan bahawa perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlu mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingini dapat dicapai.

Begitu juga penggunaan IT dan ICT, kara Abd Ghafar, para pendidik perlulah menguasinya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

“Dalam hal ini jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan,” kata Abd Ghafar yang meyakini peranan guru amat relevan untuk mewujudkan iklim intelektual yang kondusif dan tradisi keilmuan yang komprehensif, seimbang dan bersepadu.

Tradisi keilmuan ini, kata Abd Ghafar perlu disepadukan dengan penerapan iman dan takwa bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju; bukan hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata.

KENANGAN…..Abd.Ghafar (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama Pengetua dan guru-guru besar daerah Papar.

Namun, isu paling penting kata Abd Ghafar ialah mempunyai warganegara yang hebat dan berkualiti dari segi pendidikan, keusahawanan, politik, persatuan dan sukan, di samping pegangan agama yang kukuh.

“Sesungguhnya guru menggalas tanggungjawab yang berat untuk menjana modal insan berminda kelas pertama yang mampu menerjah kecemerlangan dalam pelbagai bidang, “ tegas Abd.Ghafar pada majlis tersebut.

Pada majlis itu juga Abd.Ghafar menganugerahkan tokoh guru peringkat daerah Papar 2011 kepada tiga orang penerima, antaranya Hajjah Jarah Abdullah Gad, Petronella Munting dan Haji Ali Hassan Abd.Latif yang turut di saksikan oleh Wakil Rakyat Pantai Manis, Datuk Abd. Rahim Ismail, Wakil Rakyat Bongawan Datuk Karim Hj.Bujang, Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr.Hj.Muhiddin Yusin dan Pegawai Pelajaran Daerah Papar Abidin Marjan di samping dif-dif jemputan serta seluruh warga pendidik daerah Papar yang hadir pada sambutan hari guru 2011.

8 comments:

  1. Hope that teachers will lead the children so that they can become leaders of a better future.

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan seorang guru adalah sangat mulia demi mendidik pelajar2 nya supaya menjadi insan yang berilmu.

    ReplyDelete
  3. guru amat penting dalam masyarkat, mereka adalah pembimbing untuk melahirkan masyarakt berilmu.

    ReplyDelete
  4. Guru sememangnya penting untuk melahirkan golongan cerdik pandai :)

    ReplyDelete
  5. Semoga para guru akan terus berjuang dan menjalankan t/jawab mereka sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. Guru memainkan peranan dalam mendidik generasi akan datang.

    ReplyDelete
  7. para guru amat berjasa dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  8. benar.. tapi jangan lupa kerajaan bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh guru dan juga pelajar.

    ReplyDelete