Monday, 27 June 2011

SABAHKINI.NET MASIH FLEKSIBEL



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

BAGI memastikan tahap kebersihan bandar Sandakan sentiasa terpelihara, masyarakat tidak seharusnya lepas tangan dengan menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan semata-mata, khususnya Majlis Perbandaran Sandakan.

“Soal penjagaan kebersihan tidak terletak di bahu pihak MPS semata-mata, namun rakyat yang berpendidikan juga mempunyai peranan yang sama untuk menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan bandar Sandakan agar sentiasa bersih, indah di mata, enak dipandang dan mesra pelancong,” kata Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan), Datuk V.K.Liew.

Sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang diberi mandat oleh rakyat, kata V.K.Liew, beliau sentiasa peka dengan apa saja hal yang berlaku di Sandakan termasuk rungutan rakyat dan pelancong yang secara rambang dan tidak bertanggung jawab menggelarkan Sandakan sebagai bandar terkotor selepas Semporna.

V.K.Liew berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh beberapa penduduk Kampung Berhala, Sim-Sim, Sandakan mengenai tahap kebersihan bandar Sandakan yang sering dipaparkan dan digembar-gemburkan oleh Sabahkini.Net, termasuk mengherdik Presiden MPS, Datuk Ir James Wong.

“Saban hari saya tidak ketinggalan melayari laman web Sabahkini.Net portal online, terutama apa yang disebarkan oleh Sabahkini.Net mengenai kelemahan-kelemahan pentadbiran MPS adalah wajar yang merupakan pendedahan dan kritikan yang membina dan berasas untuk kebaikan bersama,” ujar V.K.Liew secara jujur.

Katanya lagi, beliau tidak boleh menyalahkan bulat-bulat Sabahkini.Net yang menyebarkan pelbagai hal yang berkaitan dengan permasalahan rakyat sekeliling.

“Saya mengucapkan terima kasih dan berbangga kerana Sabahkini.Net mampu membantu untuk menyedarkan pihak-pihak tertentu yang ada hubung kait dengan soal kebersihan dan lain-lain hal yang bersangkutan perihal kemasyarakatan,” kata V.K.Liew yang mengakui semakin mudah membuat perubahan setelah MPS ditegur Sabahkini.net.

Kata V.K.Liew lagi, apa yang dilakukan oleh Wartawan Sabahkini.Net terutama Ketua Biro Wilayah Sandakan, Shaimon Jumadi merupakan satu kerjaya dan khidmat murni yang tidak harus dipandang ringan dan wajib disokong penuh oleh semua pihak kerana berani mendedahkan perkara-perkara yang benar-benar terjadi.

“Saya tidak nampak wartawan lain di mana-mana akhbar tempatan yang berperanan seperti wartawan Sabahkini.Net yang peka dalam segala hal mengenai kemusykilan rakyat. Syabas Sabahkini.Net,” katanya lagi.

Mengulas mengenai tulisan yang menggelar dirinya sebagai Wong Sang Lee yang bertajuk ‘Kenapa LDP Berak Umno Yang Cuci’, V.K.Liew berkata, mereka itu bukan orang Cina dan kita tahu mereka adalah orang di sekeliling LDP yang kecewa lantas memburuk-burukan peribadi saya.

“Saya sedikitpun tidak gentar sama sekali dengan dia (Wong Sang Lee). Apa dia mahu tulis, tulislah. Rakyat di Sandakan tahu apa yang saya telah buat untuk rakyat, kadang-kadang rakyat kalau memohon projek hari ini, esok atau lusa mesti boleh dapat. Tertakluk kepada keperluan dan peruntukan yang tersedia,” tegas V.K.Liew lagi yang mengakui memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan agensi pelaksana sebelum sesuatu diluluskan agar tidak bercanggah dengan peraturan yang berkuatkuasa.

8 comments:

  1. In order to ensure the city's cleanliness, everyone plays an important role.

    ReplyDelete
  2. harap Sabahkini.net terus berusaha mencari permasalahan rakyat agar pihak yang berkenaan sedar tentang kelemahan mereka dan mengubahnya.

    ReplyDelete
  3. Sabahkini.net merupakan medium untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Semoga prestasi dan kualiti Sabahkini.net sentiasa ditingkatkan dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  4. Kebersihan tanggungjawab bersama dan ia harus disemaikan dalam diri setiap individu. Jangan hanya tahu nak komplen tapi diri sendiri pengotor.

    ReplyDelete
  5. apa yang disiarkan oleh Sabahkini menjadi cerminan kepada MPS untuk memperbaiki kelemahan mereka.

    ReplyDelete
  6. Harap MPS memperbaiki sedikit kelemahan dalam pengurusan MPS sendiri.

    ReplyDelete
  7. menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua orang...

    ReplyDelete
  8. kalaulah kebersihan itu hanya menjadi tanggungjawab kerajaan, baik saya buang sampah merata2.. sebab yang salah bukan saya, tetapi kerajaan..

    ReplyDelete