Tuesday, 28 June 2011

PBRS CUNGKIL BAKAT SUKAN



JUARA…. Richard menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan bola tampar campuran sempena sukan perpaduan kepada ketua pasukan Piston. Turut kelihatan Rosnie dan Henry.

Oleh : ROZIE JUMAT

USAHA menonjolkan bakat di kalangan belia dalam lapangan sukan harus diperhebat terutama di kawasan luar bandar oleh semua pihak.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Richard Kastum berkata, banyak cara untuk mengesan dan menonjolkan bakat mereka melalui aktiviti sukan termasuk penganjuran pertandingan.

Richard berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya sempena majlis penutupan Sukan Perpaduan Pertandingan Bola Tampar Campuran anjuran PBRS N.4 Matunggong di Tindakon Dazang Beach di Matunggong, Kudat.

Richard yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBRS Matunggong berkata, program yang dianjurkan oleh PBRS Matunggong adalah usaha mendekatkan pemimpin dan golongan belia melalui aktiviti bersukan.

“Kita tahu di kawasan Matunggong ramai yang mempunyai potensi besar dalam bidang kesukanan. Maka inilah antara inisiatif kita untuk memperkembang dan mengesan bakat mereka,” kata Richard.

HADIAH….. Pemenang kedua, pasukan dari Gambizau terima hadiah dari Ketua Bahagian PBRS Matunggong, Henry Marajam.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Wanita PBRS Pusat, Rosnie Manain; Ketua Penerangan Wanita Pusat, Rozie Jumat; Naib Ketua Wanita PBRS Pusat, Zainon Hj.Kayum; Ketua Bahagian PBRS Matunggong, Henry Marajam dan AJK Bahagian PBRS Bahagian.

“Program ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan belia di kawasan Matunggong,” kata Richard.

Pertandingan tersebut disertai 13 buah pasukan dari kawasan sekitar Matunggong dan Kudat. Menarik perhatian para pengunjung ke pertandingan tersebut kerana ia melibatkan pasukan campuran selain melihat keindahan pantai Tindakon Dazang.

7 comments:

  1. This is a great opportunity to let the locals show their talent.

    ReplyDelete
  2. program yang baik untuk menonjolkan bakat masyarakt Sabah.

    ReplyDelete
  3. baguslah..ada masa untuk berpolitik dan ada masa juga untuk bersukan.

    ReplyDelete
  4. Satu program yang sihat selain dapat mengeratkan silaturahim. Semoga lebih banyak program2 seperti ini dibuat.

    ReplyDelete
  5. ini satu usaha yang baik bagi memupuk budaya bersukan di kalangan ahli masyaralkat.

    ReplyDelete
  6. Baguslah tu, budaya bersukan memang patut diamalkan kerana ia membawa banyak faedah :)

    ReplyDelete
  7. jika tidak ada program seperti ini sampai bila2pun kita tetap akan menghadapi masalah kekurangan bakat.

    ReplyDelete