CERIA…..Wilmina (bertopi) bergambar dengan ahli-ahli koperasi berkenaan di tapak EXPO.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
MUNGKIN kerana taksub dengan barangan luar negara, Expo Membeli Barang Buatan Malaysia yang dianjurkan KPDNKK kurang mendapat sambutan masyarakat Sandakan sekalipun di adakan di hadapan Pasaraya Giant Sandakan.
Kajian mendapati, 60 peratus rakyat Malaysia khususnya penduduk Sandakan memang tidak gemar menggunakan produk buatan Malaysia walaupun kerajaan bersungguh-sungguh memainkan peranan ke arah mempromosikannya dengan bantuan sebaran am media bagi menggalakan pengguna di negara ini supaya membeli barangan buatan Malaysia (tempatan), tetapi responnya amat mengecewakan sekali.
Demikian antara respon seorang usahawan wanita yang berjaya iaitu Pengerusi Koperasi Keluarga Datuk Hj Amil Bangsa Datuk Tambuyung, Wilmina Datu Hj Amil Bangsa semasa di wawancara oleh Wartawan Sabahkini.Net di tapak ‘Expo Belilah Barangan Buatan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di perkarangan Supermarket Giant kelmarin.
“Inilah penyakit orang Malaysia. Mereka suka mengenepikan kebolehan orang sendiri dan mereka suka membangga-banggakan kepintaran orang asing dalam segala hal dan kalau kita tanya kenapa tidak beli produk buatan tempatan, seribu alasan diberikan,” kata Wilmina yang yang kesal dengan sikap rakyat tempatan yang suka mengagung-agungkan produk buatan luar walaupun mutunya menjadi rungutan di kalangan pengguna sendiri.
Jelasnya lagi, masyarakat menganggap barangan buatan tempatan sebagai ‘low class’ kerana mereka lebih menyukai produk buatan China, Korea dan Taiwan kerana harganya lebih murah berbanding barangan buatan Malaysia
“Bagi pihak para peniaga yang turut mengambil bahagian dalam Expo ini, saya amat menyokong penuh atas usaha gigih KPDNKK menganjur Expo ini yang menjurus kepada pendekatan dan penyedaran kepada masyarakat setempat mengenai kualiti produk buatan sendiri,” katanya.
Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke tapak expo berkenaan, mendapati lebih 40 gerai yang disediakan oleh pihak penganjur yang dipenuhi oleh pelbagai jenis barangan buatan tempatan dipamerkan di gerai masing-masing.
Dalam pada itu tidak juga kurangnya segelintir peniaga merungut dan kesal terhadap tindakan pasif SESB yang terlewat atau cuai membekalan elektrik yang tidak menepati masa ke gerai-gerai tersebut, mungkin kerana isu keruncingan bekalan elektrik.
Belilah barangan buatan M'sia.
ReplyDeleteMore people should support this expo.
ReplyDelete"Kajian mendapati, 60 peratus rakyat Malaysia khususnya penduduk Sandakan memang tidak gemar menggunakan produk buatan Malaysia.."
ReplyDeletenampaknya kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat lebih cenderung membeli barangan buatan Malaysia.
Pembuat barangan M'sia harus lebih kompetitif dalam menghasilkan barangan buatan M'sia. Tingkatkan kualiti!
ReplyDeletePembeli harus berfikiran terbuka dan jangan menganggap semua barangan buatan M'sia tidak berkualiti. Macam mana nak maju kalau rakyat sendiri tak sokong?
ReplyDeleteSaya sokong ba.. tapi kadang2 la. hehehe
ReplyDeleteSaya pernah nampak iklan di TV pasal barangan buatan Malaysia. kalau tak silap pakaian tu dijual dengan harga mahal tapi atas dasar cintakan negara terus orang tu kononnya sanggup beli.. hhmm kalau realiti terus terang saya cakap kalau telampau mahal tak kisahlah barangan buatan mana sekalipun, konpom saya tak beli. hihi (lain cerita kalau memang diperlukan)
ReplyDeleteIni bukan kerana mereka tidak meminati barang Malaysia. Tapi mungkin kerana ada sebab mereka tersendiri. Apa pun jika boleh rakyat Malaysia berikanlah sokongan kepada barangan kita sendiri. Tanpa kita barangan Malaysia akan tinggal nama saja.
ReplyDeletesaya harap KPDNKK akan terus berusaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan jangan berputus asa hanya kerana sebilangan rakyat yang bersikap ego dan prejudis terhadap barangan tempatan. jika bukan rakyat Malaysia yang menyokong barangan keluaran tempatan, siapa lagi? malah tanggungjawab merangsang ekonomi negara juga terletak ditangan rakyat Malaysia sendiri..
ReplyDelete