Saturday 25 June 2011

SAGA MEMAYUNG HARAPAN PESAKIT AIDS



Oleh : CHANG SHAK HUNG

SANDAKAN AIDS Support Group Association (SAGA) telah menganjurkan sebuah program mesra bersama masyarakat yang menjalankan latihan fisioterapi dengan sebuah syarikat swasta, Suhaila Physio Therapy Centre bersempena dengan Hari Bapa 2011 di Prima Square, Batu 4, Sandakan.

Melalui program berkenaan, hubungan mesra telah terjalin antara para ibu bapa dan anak-anak mereka memandangkan para pesakit yang menjalankan fisioterapi amat memerlukan sokongan moral dan padu daripada kaum keluarga mereka dalam merawat penyakit lumpuh.

SAGA yang diketuai oleh Dr Zaiton Yahaya bersama dengan para Exco SAGA seperti Chang Shak Hung, Sim Kwang Liang, Erdawati, Lilian Pang, Chong Ching Hau, Jenny Chen Nyuk Jin dan Sirwanah Sidik telah turun padang bertemu dengan pesakit berkenaan.

Di samping itu juga, Dr Zaiton telah menyampaikan pengenalan ringkas berhubung dengan penyakit lumpuh yang mana ia meliputi punca-punca terjadinya lumpuh, sistem pemakanan yang seimbang untuk mencegah lumpuh, cara-cara senaman yang bersesuaian seperti berjogging 3 kali seminggu serta latihan yang sesuai untuk para pesakit lumpuh.

Pada majlis berkenaan juga, sesi soal jawab juga diberikan kepada para hadirin untuk mereka mengajukan persoalan kepada Dr Zaiton apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan manusia termasuklah masalah penyakit AIDS yang lebih sinonim dengan SAGA, sebuah persatuan yang menjalankan kegiatan pencegahan HIV kepada masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, keturunan, jantina dan umur.

Persembahan tarian juga dihiburkan kepada para hadirin di samping jamuan ringan berserta penyampaian cenderahati kepada kaum bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

Pemilik pusat fisioterapi berkenaan, Puan Suhailah A. Rahman amat berterima kasih kepada warga SAGA yang sanggup mengadakan program sedemikian demi memberi nafas baru kepada pesakit yang lumpuh di samping memperkenalkan penyakit AIDS kepada masyarakat.

Beliau amat berharap sekiranya program sedemikian dapat dijalankan pada masa akan datang memandangkan ia amat bermanfaat dan memberi input positif kepada masyarakat terutamanya penduduk di Sandakan tentang bahayanya penyakit AIDS.

Dr Zaiton juga telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada para hadirin yang hadir dan tidak terlupa kepada pemberi sumbangan seperti NOVELTY yang sanggup menyumbangkan makanan dan Puan Lilian menyumbangkan kain rentang serta warga SAGA yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program berkenaan dengan jayanya.

Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan Suhaila Physio Therapy Centre atas kerjasama penuh daripada mereka dalam menyediakan tempat yang begitu selesa serta peralatan sepanjang program dijalankan.

5 comments:

  1. Program seperti ini adalah sangat berguna untuk menyebarkan maklumat tentang penyakit AIDS sekaligus dapat memberi kesedaran akan bahayanya penyakit ini.

    ReplyDelete
  2. Keep up the good work, SAGA. Keep bring hope to those Aids patients.

    ReplyDelete
  3. program anjuran SAGA ni pasti memberi impak yang positif kepada masyarakat. semoga program seperti ni dapat dijalankan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Baguslah, semoga program sebegini dapat memberi kesan yang positif.

    ReplyDelete
  5. pertubuhan seperti ini lebih banyak membantu masyarakat berbanding dengan parti politik..

    ReplyDelete