Monday 27 June 2011

‘KABINET BARU’ PAS SABAH LEBIH MENYERLAH



Oleh : FAIZAL OKADAU

SETELAH berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke 57, Sabah antara negeri yang mendapat Pesuruhjaya yang baru bagi memacu kemenangan dalam Pilihanraya umum ke 13 nanti.

Perlantikan Aminudin Aling sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah yang baru tepat pada masanya dan sesuai dengan hasrat PAS untuk memberi tentangan yang terbaik kepada BN dalam usaha membela rakyat Sabah.

Aminudin yang terkenal kerana kerajinan beliau turun ke kawasan-kawasan disandarkan harapan, mengemudi PAS Sabah dan menjadi anggota penting dalam Pakatan Rakyat.

Kabinet Baru PAS kali ini telah mengabungjalin dari kalangan aktivis, profesional dan ulama bakal mewarnai politik Sabah. Selain Aminudin Aling yang dilantik sebagai Pesuruhjaya, PAS melantik mantan Pesuruhjaya, Hj Muhamad Abdullah sebagai Penasihat PAS Sabah dan mengekalkan Hj Hamzah Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Sementara itu, Bekas AJK PAS Pusat, Ahmad Dullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan Anuar Ali, bekas Ketua Pemuda PAS Sabah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Hisyamuddin Sulaiman dikekalkan sebagai Ketua Penerangan dan Awang Leman dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru. Sementara itu, Ali Hassan ditugaskan sebagai Bendahari dan Hj Muhamad Husin bertindak sebagai Pengarah Pilihanraya.

Selain itu, 15 orang ahli jawatankuasa dilantik bagi menjalankan tugas-tugas parti khususnya dalam memimpin perubahan dan menjana kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Antara Ahli Jawatankuasa yang dilantik ialah Roslan Idris, Seri Wahyuni dan Hj Norbin Aloh.

Sebelum itu, Lahirul Latigu telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda, begitu juga Zaiton Ahmad bagi Ketua Muslimat. Ketua Urusan Dewan Ulama juga menang tanpa bertanding.

Kepimpinan baru ini telah berazam untuk memantapkan pengurusan parti seterusnya meniupkan gelombang baru di Sabah untuk tampil sebagai pembela rakyat dan golongan yang tertindas. Azam ini disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS yang baru, Aminuding Aling.

9 comments:

  1. TAHNIAH n TAKZIAH buat kepimpinan baharu PAS Sabah! ;D

    ReplyDelete
  2. It's up to the people to make their choice.

    ReplyDelete
  3. harap perlantikan Aminudin sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru dapat membawa perubahan yang lebih besar dalam pencapaian PAS PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan lihat saja sejauh mana keberkesanannya.

    ReplyDelete
  5. kita lihat sahaja sejauhmana kabinet baru PAS ni akan membawa pencapaian kepada PAS.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya PAS begitu yakin dengan persuruhjaya PAS Sabah yang baru. Sedangkan Sarawak sendiri PAS tidak lepas, inikan lagi Sabah.

    ReplyDelete
  7. tunggu dan lihat sajalah..setakat ini saya lihat PAS tidaklah mempunyai pengaruh di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Zam.. bukan setakat tidak mempunyai pengaruh malah tidak aktif seperti parti2 pembangkang yang lain.

    ReplyDelete