Sunday, 26 June 2011

KEBANGKITAN KOREA YANG MENGAIBKAN MALAYSIA



Oleh : NASPAZI

KOREA SELATAN, pada tahun 50-an, 60-an dan 70-an merupakan antara negara yang paling miskin di dunia. Lantaran, ia menjadi medan pertembungan antara kuasa Amerika dan proksinya di pihak Korea Selatan dengan kuasa China dan proksinya di pihak Korea Utara dalam merenangi lautan darah perang saudara sehingga mengorbankan sekitar dua juta orang.

Dengan kata lain, sebelum 80-an Malaysia dalam segala bidang jauh meninggalkan Korea Selatan, termasuklah yang berhubung dengan ekonomi, pendidikan dan sukan.

Namun begitu, menjelang 80-an Korea Selatan mula bangkit dari puing-puing kehancuran dan kemiskinannya, hatta kini ia menjadi antara negara yang paling kaya dan canggih di dunia sebagai bangsa pengguna robot atau ‘World’s Number 1 Robotics Nation’ terbesar di dunia menjelang tahun 2025.

Korea Selatan juga telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang paling pantas di dunia dalam sejarah bangsa manusia. Dengan kata lain, betapa kebangkitan Korea Selatan begitu mengaibkan Malaysia, gamaknya!

Walau bagaimanapun, gelombang kejatuhan ekonomi global yang melanda dunia pada tahun 1997 telah memberi kesan yang begitu muram kepada perkembangan ekonomi Korea Selatan, sehingga memaksanya untuk meminjam dari Dana Matawang Antarabangsa (IMF) sekitar RM75 bilion (RM75 ribu juta) sebagaimana pakej istimewa untuk negara-negara Asia yang mengalami kejatuhan ekonomi yang ditawarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku pengerusi IMF di kala itu dengan syarat sebagai berikut:

“…the maintenance of a sound fiscal policy, including through providing for rising budgetary costs of financial sector restructuring, while protecting social spending. Once the severity of the economic downturn in the affected countries became clear, fiscal policy was oriented toward supporting economic activity and expanding the social sector safety net…”

“…structural reforms to remove features of the economy that had become impediments to growth (such as monopolies, trade barriers, and nontransparent corporate practices) and to improve the efficiency of financial intermediation and the future soundness of financial systems…”

Justeru, kerajaan Korea Selatan dengan bantuan, nasihat dan bimbingan IMF telah memberikan dukungan yang kuat kepada dunia perniagaan dan industri negara mereka yang berdaya saing dengan sumber manusia yang bermutu tinggi.

Sehubungan dengannya, birokrasi dibentuk menjadi super efisien dengan disiplin kelas dunia. Dengan ungkapan lain, hanya yang terbaik yang dikekalkan dalam birokrasi Korea Selatan dan tiada ‘bailout’ atau tidak diberi muka langsung kepada birokrasi yang korup. Akhirnya, kini dan sekarang Korea Selatan telah berjaya membayar semula pinjaman mereka dari IMF sebagaimana laporan berikut:

“…South Korea on Thursday paid back the remaining $140 million in debt it owed the International Monetary Fund (IMF), part of $6 billion in stand-by loans the country received from the IMF following the Asian financial crisis of late 1997. The government said repayment of the bailout loans extended by the international lending agency was carried out well ahead of the original debt service timetable set for May 2004, reflecting the country’s progress in recovering from the crisis. The original IMF rescue package for South Korea totaled $19.5 billion, comprising the $6 billion in stand-by loans and $13.5 billion in supplemental reserve facility (SRF) loans…”

Kini, hari ini dan sekarang, betapa produk elektronik Korea Selatan seperti Samsung LG dan 4G telah menguasai pasaran dunia. Bahkan, Hyundai dan Samsung Heavy Industries adalah yang terbesar di dunia mengalahkan Jepun. Malahan, Hyundai juga telah menjadi perusahaan otomotif yang ke 5 terbesar di dunia.

Justeru, apakah rahsia besar yang memungkinkan Korea Selatan bangkit menjadi antara negara yang termaju di dunia? Jawapannya, adalah kebangkitan manusia unggul yang lahir dari acuan bahasa dan jiwa tulisan mereka melalui sistem pendidikan yang terbaik di dunia.

Sehubungan itu, adakah paradigma politik yang sarat dengan ungkapan Meliwat, Melancap, Lubang Dubur dan Video Seks Boroi yang diwajarkan Melayu UMNO boleh menjadi instrumen dalam bidang pendidikan ke arah menyaingi kebangkitan Korea Selatan?

Malahan, juak-juak dan pencacai-pencacai busuk Melayu UMNO yang saban hari mendendangkan irama dan lagu sumbang yang kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim hendak menghancurkan Malaysia dengan menjadi hamba kepada IMF ternyata adalah ungkapan dari mulut bangkai mereka sebagai sarjana agung dalam memfitnah.

Akhirnya, andai kata Korea Selatan boleh bangkit dari kemusnahan ekonomi untuk menjadi negara yang termaju dan tercanggih di dunia atas bantuan, nasihat dan bimbingan IMF, maka atas alasan apakah yang mewajarkan bagi juak-juak dan pencacai-pencacai busuk melayu UMNO yang begitu beria-ia hendak menganggap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai penghancur Malaysia dengan menjadi hamba kepada IMF. Apa nama kononnya? Kalau begitu, Pakatan Rakyat (PR) jangan bankrap ‘counter attack’ dan hancurkan kesarjanaan agung munafik Melayu UMNO dalam berbohong!

9 comments:

  1. Learn from the Koreans to become an improved country.

    ReplyDelete
  2. Malaysia harus mencontohi Korea untuk memperbaiki kelemahan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Malaysia perlu berusaha membangunkan negara dari pelbagai aspek dan mengambil contoh terbaik dari negara lain. sebaiknya, isu-isu yang tidak berkepentingan dan mengundang keadaan kucar-kacir harus dihindarkan.

    ReplyDelete
  4. Tepuk dada, tanya selera. Apa yang menghalang Malaysia untuk menjadi maju seperti Korea? SIKAP.

    ReplyDelete
  5. Malaysia mmg perlu mencontohi Korea Selatan, tapi tak perlulah nak mengikut meminjam wang dari IMF. yang perlu kita ikut adalah budaya kerja mereka.

    ReplyDelete
  6. Contoh terbaik...boleh la belajar dari Korea.

    ReplyDelete
  7. Korea memang antara negara contoh untuk kita Malaysia. Jadi harap kerajaan lebih menumpukan ekonomi dan pembangunan negara kita. Pedulikan para politik pembangkang. Yang penting kerajaan dapat menjalankan tugas dengan baik rakyat pasti akan menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  8. tidak perlulah kita mengatakan kebangkitan Korea mengaibkan Malaysia..mereka berjaya kerana diri mereka dan sikap mereka. yang penting, apa yang baik, kita patut contohi..

    ReplyDelete
  9. sejak ditubuhkan pada tahun 1945, jarang negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka. sebagai contoh Greece.. jadi tidak semua negara boleh bangun seperti Korea Selatan lebih2 lagi jika Anwar masih lagi menjadi menteri kewangan.

    Lim Kit Siang sendiri pernah menyelar Anwar sebagai menteri kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.

    ReplyDelete