Sunday 26 June 2011

KENAPA KEKALKAN PERASUAH DI JABATAN AIR?



Saudara Pengarang,

BUKAN menjadi rahsia lagi, Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng bersekongkol dengan Jurutera Jabatan Air Kota Kinabalu, Teo Chee Kong memonopoli projek bekalan air di seluruh Sabah melalui proksi-proksi menggunakan 30 Ali Baba kelas F untuk mengagehkan projek berkenaan secara gilir ganti.

Sebagai salah seorang kontraktor yang menjadi mangsa pilihkasih Lim Lam Beng, saya agak kesal kerana Menteri Infrastruktur, Tan Sri Pairin Kitingan bakal menyambung kontrak beliau sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Air selama setahun lagi sedangkan beliau sudah berusia 58 tahun.

Jika beginilah sikap Pairin, maka beliau tidak menjaga kepentingan rakyat Sabah terutama ramai jurutera di Jabatan Air yang berkelayakan menduduki jawatan Timbalan Pengarah sekiranya Lim Lam Beng tidak disambung kontraknya.

Kami agak kesal kerana walaupun telah menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Pengarah SPRM Sabah, Haji Jalil Jaafar tidak melakukan sebarang siasatan kerana kami masih gagal mendapat kontrak di Jabatan Air walaupun telah mendaftar dan memperbaharui PKK kami setiap tahun.

Sesuatu yang agak menghairankan kerana sekalipun Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib, tetapi beliau tidak berkuasa langsung di dalam projek pembangunan dan kontrak Jabatan Air; seolah-olah Pengarah Boneka!

Agak malang, untuk meneruskan kehidupan kami terpaksa menjalankan kerja subkontrak di luar atau daripada kontraktor lain dengan margin yang terlalu rendah kerana mereka membolot semua kontrak di seluruh Sabah sehingga Jurutera Jabatan Air Semporna, kaya raya daripada kontrak berkenaan.

Lim Lam Beng akan genap 58 tahun pada Februari 2012, tetapi kami agak kesal kerana Pairin bersetuju untuk menyambung kontraknya sehingga usianya 60, seolah-olah Pairin turut bersubahat merestui perbuatan jenayah Lim Lam Beng dan Teo.

Apakah Lim Lam Beng terlalu kebal atau dilindungi menteri sehingga SPRM gagal mengambil tindakan terhadap beliau sedangkan beliau mempunyai akaun simpanan dan harta yang banyak tetapi tidak mengisytiharkannya.

Salam Hormat,

MANGSA BIROKRASI

24 comments:

  1. Hope that this allegation will be investigated by the MACC.

    ReplyDelete
  2. Sekiranya ada maklumat, SPRM perlu menyiasat akan hal tersebut.

    ReplyDelete
  3. pasti banyak lagi pihak-pihak lain yang layak untuk mendapatkan projek bekalan air tersebut. harap projek itu dapat diagihkan secara adil.

    ReplyDelete
  4. Jangan biarkan nasib kontraktor kecil ditindas oleh mereka yang berpengaruh. SPRM harus main peranan.

    ReplyDelete
  5. Setiap kesalahan pasti dan harus dihukum kerana jika tidak diberi pengajaaran tidak ada kesedaran dalam diri mereka.

    ReplyDelete
  6. Setiap kesalahan yang dibuat pasti ada hukumannya. So suatu masa nanti ada juga balasannya tu.

    ReplyDelete
  7. So kepada pihak2 berkenaan, mainkan peranan anda menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
  8. jika ada unsur2 rasuah, harp SPRM akan ambil tindakan untuk siasat perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Biar SPRM menjalankan tugas mereka. Jika boleh berikan maklumat yang secukupnya kepada SPRM untuk memudahkan lagi pendakwaan dibuat. Tapi kalau hanya sekadar kata-kata rasanya tidak perlulah menuduh yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  10. tidak pasti apa yang dikatakan benar atau tidak, tapi sebaiknya jika pekara ini disiasat.

    ReplyDelete
  11. adakah Lim Lam Beng sebelum ini banyak membawa masalah kritikal kepada Jabatan Air Sabah dan juga rakyat Sabah?? takkan la hanya disebabkan tidak mendapat projek, habis semua dikutuknya. cuba buktikan jika benar berlaku rasuah dalam hal ini..

    ReplyDelete
  12. Sometimes its difficult for Pairin too, since these contractors are not appointed by him, but the MOFKL. Any actions must pass through the federal ministry first.

    ReplyDelete
  13. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tahniah kpd pengarang di atas. Semalam (4 Oktober 2016), 4 tahun selepas karangan di atas akhirnya Pengarah dan Timb. Pengarah sah menyimpan kekayaan hasil daripada rasuah-rasuah yang telah mereka terima selama mereka berkuasa. Lebih mengejutkan, RM 3 juta TUNAI berada dalam peti besi !! Ternyata tuduhan di atas bukanlah tuduhan sesuka hati, malah terbukti dengan tertangkapnya mereka-mereka ini !!

    ReplyDelete
  14. Mengambil masa yang lama untuk membuat tangkapan,SPRM cegah la sebelum parah.Sudah berapa banyak harta yang dikumpul dan mendatangkan kesusahan kepada orang yang mau berurusan dengan JA.Entah...projek-projek JA berkualiti atau tidak!!!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Perlu masa 5 tahun bru nak tangkap..

    ReplyDelete
  19. Perlu masa 5 tahun bru nak tangkap..

    ReplyDelete
  20. Tukar Pengarah SPRM Sbh krn mngambil masa yg lama utk mbyelesaikn masalah aduan.

    ReplyDelete
  21. ternyata benar artikel 5 tahun lau...

    ReplyDelete
  22. ternyata benar artikel 5 tahun lau...

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete