Wednesday 22 June 2011

PRU 13 GUNA SISTEM BIOMETRIK?



TIMBALAN Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing pada Selasa mengalu-alukan rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

"Sistem itu baik dan patut digunakan," katanya kepada Bernama di sini.

Bagaimanapun, Bumburing berkata SPR perlu terlebih dahulu membersihkan senarai pemilih daripada mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu, terutama di Sabah.

"Ini kerana penggunaan sistem biometrik tidak boleh menjamin keadilan dalam pengundian sebab seseorang pendatang asing tanpa izin mungkin memegang lebih daripada satu MyKad dengan nama yang sama, tapi nombor yang berbeza, yang akan membolehkannya mengundi jika namanya ada dalam senarai pemilih," kata beliau.

Bumburing berkata demikian untuk mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya semalam bahawa suruhanjaya itu merancang menggunakan sistem biometrik untuk membolehkan urusan pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara elektronik.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata bahawa SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam penggunaan sistem berkenaan, yang kini digunakan dalam urusan pengesahan pengenalan diri warga asing.

Jabatan Imigresen juga menggunakan sistem itu di semua pusat pemeriksaan keluar masuk ke negara ini untuk mencegah jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.

Bumburing berkata sekiranya sistem itu diperkenalkan, ia mestilah merupakan suatu sistem bersepadu yang boleh menjamin terlaksananya prinsip "setiap orang hanya satu undi".

"Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang asing tanpa izin sejak sekian lama. Sebab itulah, kita perlu berhati-hati sebelum memperkenalkan sistem biometrik ini," katanya. (BERNAMA)

13 comments:

  1. jika cadangan ini baik dan sesuai, maka ia adalah wajar untuk digunapakai.

    ReplyDelete
  2. warga asing memang tak layak pun mengundi..harap-harap tiada pihak yang mempergunakan PATI ni sebagai aset pilihanraya

    ReplyDelete
  3. Harap sistem ini digunakan dengan cara yang baik.

    ReplyDelete
  4. Rancangan yang baik dan harap dipertingkatkan lagi usaha ini agar ianya lebih efektif.

    ReplyDelete
  5. Sistem ini nampaknya lebih berkesan, semoga tidak ada sebarang kesalahan yang berlaku.

    ReplyDelete
  6. Kita lihat bagaimana ianya berfungsi.

    ReplyDelete
  7. "setiap orang hanya satu undi"

    Dan pengundi itu haruslah orang tempatan. Yang belum mendaftar, sila daftarkan diri anda. Tiada guna nak komplen2 kalau diri sendiri tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  8. sistem boimetrik mmg wjar digunakan semasa piliharaya, dgn sistem ini, kita dpt mengenal pasti identiti pengundi berdasarkan cap jari mereka.

    ReplyDelete
  9. Satu cadangan yang baik. Jadi dengan cara ini tidak ada pengundi hantu yang selalu diperkatakan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Semoga dengan pengunaan Biometrik ini dapat melancarkan lagi PRU13 dan menyenangkan SPR.

    ReplyDelete
  11. menurut Abdul Aziz SPR melakukan pembersihan data setiap hari.. so, rasanya sistem ini lebih adil dan patut digunakan..

    ReplyDelete
  12. cap jari bukan segala-galanya... sesiapa yang berdaftar dengan SPR tetap dapat mengundi.. database bila-bila boleh diseleweng dengan wang ringgit..

    ReplyDelete
  13. How can they make sure that this biometric system would not be manipulated?

    ReplyDelete