Oleh : MUTALIB M.D
UJIAN asid deoksiribonukleik (DNA) sewajarnya dilakukan terhadap semua PATI dan keturunannya yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui jalan songsang, bukannya tertumpu bagi rakyat Malaysia yang kahwin campur tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
Aktivis Politik dan Hak Asasi Masyarakat, Datuk Patrick Sindu dalam kenyataannya kepada Sabahkini.net berkata adalah tidak wajar bagi Jabatan Pendaftaran Negara memaksa ramai rakyat Sabah menjalani ujian DNA yang memerlukan belanja antara RM1,700 sehingga RM2,700 bagi setiap orang anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak berdaftar atau mendaftarkan mereka di bawah Seksyen 10.
“Kenapa paksa mereka mendaftar di bawah seksyen 10 iaitu anak ‘Haram’ sedangkan Ketua Kampung boleh sahkan mereka telah berkahwin mengikut adat istiadat dan tidak sempat mendaftar perkahwinan mereka,” tanya Patrick yang bimbang dengan desakan JPN ini menyebabkan ramai rakyat Sabah tidak mendapat kad pengenalan.
Patrick memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussin di Dewan Rakyat kelmarin yang mengatakan ujian DNA bukan merupakan satu syarat wajib, namun keputusan DNA akan memudahkan pihaknya membuat keputusan; di samping prosedur dan peraturan pemprosesan permohonan taraf kewarganegaraan yang sedang berkuatkuasa dan sehingga kini, lapan pemohon mengemukakan keputusan DNA bagi permohonan di bawah Perkara 15A dan sedang diproses.
Walaupun Hishamuddin berkata kementeriannya tidak mempunyai halangan jika pemohon tidak berhasrat menjalani ujian DNA dan keputusan akan dibuat hanya berdasarkan dokumen serta maklumat yang diterima sahaja, namun kata Patrick masa yang diambil KDN terlalu lama; berbanding ketika memberi kerakyatan songsang kepada lebih 600,000 warga asing sebelum ini.
Proses pengajian DNA akan memakan perbelanjaan yang besar. Sudahlah PATI ini menceroboh tempat kita, sekarang kita perlu lagi menggunakan dana kerajaan untuk tujuan mengaji DNA mereka?
ReplyDeleteLagipun, begitu banyak PATI di negeri Sabah sahaja, tidak mungkin pengajian DNA boleh dijalankan ke atas setiap orang. Ini akan mengambil masa yang sangat lama.
ReplyDeletesetuju dengan Mohd Ishak. sukar ujian DNA untuk semua warga asing dilakukan kerana jumlah mereka yang ramai akan mengambil masa yang sangat lama.
ReplyDeleteMuak sudah pasal PATI! Sabah bukan tempat buangan PATI. Agak mustahil untuk ujian DNA kepada semua PATI. Harap ada alternatif lain agar masalah ini dapat diatasi.
ReplyDeleterasanya kaedah ni tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
ReplyDeleteRakyat Sabah sendiri susah untuk mendapatkan kerakyatan, tetapi PATI2 ini pula umpama diberi "red carpet" untuk mendapatkan status kewarganegaraan yang meragukan.
ReplyDeletepatutnya Patrick sendiri datang menemui pegawai KDN untuk mendapatkan penjelasan, bukannya tertanya2 di media sambil menyalahkan pihak tersebut..
ReplyDeletenak ambil DNA buknlah mudah, kena cari cara lain untuk kenal pasti identiti mereka.
ReplyDeleteDNA memerlukan kos yang tinggi untuk dilakukan.
ReplyDelete