Thursday, 30 June 2011

BANDAR GEMILANG GAGAL KERANA RASUAH?



Oleh : DATU SHUAIB MUTALIB

SATU lagi projek dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat, ‘Bandar Gemilang,’ mengalami kelewatan untuk disiapkan dan mungkin akan mengalami kegagalan dan terus menjadi ‘Gajah Putih’ kerana rasuah sudah mendarah daging di pihak agensi pelaksana.

Projek perumahan berkembar satu tingkat ini terletak di Jalan Tungku menjanjikan sebanyak lebih kurang 2,000 unit akan dibina oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad di bawah Kementerian Kewangan dan melantik Supernesa Sdn Bhd, sebuah GLC di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) Sabah untuk membina dan menyiapkan projek tersebut.

Sejak pelancarannya pada 17 November 2005, para pembeli menunggu penuh debar dan kini menderita sepanjang hayat kerana tempoh projek dijanjikan siap pada 18 Mei 2009 sudah lama berlalu dan projek tersebut terus terbengkalai.

Pekerja-pekerja dari Negara Cina yang diupah sebagai pekerja pembinaan di tapak kawasan projek sudah tidak lagi kelihatan kerana meninggalkan tapak pembinaan.

Lebih tertekan, dianggarkan lebih kurang 900 orang pembeli rumah membayar pinjaman daripada pihak bank, walaupun rumah-rumah tersebut tidak disiapkan dan tidak dapat diduduki ini sehingga memaksa pembeli rumah tersebut membayar sewa berganda kerana tiada tempat tinggal.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan undang-undang melalui ‘Housing Controller’ bagi memastikan pemaju mematuhi perjanjian dan kewajipan mereka; gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Di manakah semua Wakil Rakyat BN, Pengerusi Supernesa dan Pengerusi LPPB ketika kemarahan rakyat memuncak? Siapa yang akan mengambil tindakan dan menghukum Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan serta agensi di bawahnya? Segala-galanya masih belum jelas, tetapi pembayar cukai terus menderita tanpa dibela!

(Nota : Suaib Mutalib ialah Penolong-Setiausaha Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pengerusi CLC N.49 Tungku)

12 comments:

  1. Saya Sarankan Datuk Suaib menjadi wakil kepada pembeli lot atau rumah di kawasan in dan pergi jumpa pegawai yg bertanggungjawab. Sekadar menyuarakan masalah ini di dalam internet tak akan membawa kepada penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. projek itu harus disiapkan segera. telah lama ia terbengkalai.

    ReplyDelete
  3. projek ini pasti menelan belanja yang besar tapi menghairankan bagaimana projek ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya. diharap pihak berkenaan segera bertindak berhubung masalah ini

    ReplyDelete
  4. Sudahkah aduan dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab?

    ReplyDelete
  5. Nampaknya perkara sebeginilah yang kita elakkan. Bina separuh jalan saja. Punca utama selalunya adalah sebab pertukaran KM. Selalunya apa yang dirancang pasti akan terbangkalai kerana tidak sempat dengan tempoh pemerintahan. Rasuah juga adalah punca masalah ini terjadi. Jadi siapa yang rugi dalam hal ini? Penduduk, dan kerajaan negeri sendiri yang rugi. Lepas itu rakyat yang jadi beban harga barang naik akibat pembaziran yang tidak dirancang sepenuhnya. Jadi apa yang dijanjikan pastikan akan terlaksana sepenuhnya. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku.

    ReplyDelete
  6. Siapa yang bertanggungjawab dengan pembinaan itu harus memberikan penjelasan.

    ReplyDelete
  7. Saya pasti ada yang tidak kena, siasatan harus dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Apapun, puncanya projek ini harus tetap disiapkan.

    ReplyDelete
  9. Justeru pihak2 yang berkenaan haruslah membuat tindakan segera demi menyelesaikan kemelut ini.

    ReplyDelete
  10. harap pekara ini akan diberikan perhatian dan projek perlu disiapkan agar pembeli tidak terbeban.

    ReplyDelete
  11. Stop corruption.

    ReplyDelete
  12. sebelum ini pihak SPNB telah membuat kenyataan bahawa mereka telah melantik kontraktor iaitu Tetuan Supernesa Sdn. Bhd. untuk memulakan kerja2 pembinaan dan mengarahkan kontraktor tersebut memulakan kerja2 itu selewat2nya pada 31 Mac 2011..

    sehingga hari ini belum ada tanda2 kerja pembinaan itu akan bermula.. jadi pihak mana yang perlu dipersalahkan?

    ReplyDelete