Wednesday, 22 June 2011

PEMOTONG JALAN TIDAK BERHEMAH



Saudara Pengarang,

SEBAGAI pengguna jalan raya yang membayar cukai jalan, saya ingin mendedahkan kepada pembaca Sabahkini.net mengenai sikap kebanyakan pemandu yang menggunakan laluan ‘Tuaran By Pass’ seawal jam 7.30 pagi kerana sesuka hati melanggar peraturan lalulintas.

Pada pengamat saya, didapati ramai pemandu mengambil jalan singkat dengan memotong barisan menggunakan laluan kecemasan atau bahu jalan yang tidak berturap di sebelah kiri dan masuk semula ke lorong perlahan.

keadaan ini menyebabkan pengguna yang menggunakan lorong perlahan menjadi semakin lambat kerana terpaksa memberi laluan kepada si ‘PEMOTONG JALAN’ itu tadi.

Laluan dari arah CITY FUTSAL, selepas jambatan menghala ke lampu isyarat Kalansanan, terdapat satu laluan di sebelah kiri untuk masuk ke arah taman perumahan dan mudah untuk terus keluar ke lebuhraya.

Jalan ini adalah yang paling popular kepada yang sudah biasa menggunakan laluan ini untuk memotong dan apabila pemandu lain yang terlihat situasi tersebut, maka dia pun mengambil inisiatif iaitu ‘MEMOTONG’ dengan cara yang serupa.

Keadaan ini berlaku kerana jalan lama dari Menggatal ke Inanam sedang dalam proses pembinaan yang terlalu lembab. Oleh yang demikian, jalan alternatif ialah lebuhraya Tuaran By Pass.

Namun hal potong memotong di jalan raya seperti di dalam gambar yang dipaparkan di sini tidak sepatutnya berlaku jika pemandu tidak mementingkan diri sendiri. Mereka yang memandu perlahan di lorong laju sepatutnya sedar mereka memandu di lorong mana kerana lorong laju bukannya lorong honey-moon!

Semua pengguna jalanraya ingin cepat sampai ke destinasi, tetapi bertimbang rasalah dengan pemandu lain yang menggunakan jalan yang sama.

Salam Hormat,

PEMANDU BOSAN

8 comments:

  1. Kalau tiada orang yang suka memotong jalan, maka semua kenderaan juga bolehlah berjalan dengan lebih lancar. Mereka yang memotong jalan ini sebenarnya melambatkan trafik saja. Fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
  2. memang terdapat segelintir pemandu yang bersikap pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. bila berlaku kesesakan jalan, barisan kereta memang panjang dan waktu inilah para pemandu hilang kesabaran sehingga mencari jalan singkat untuk sampai.

    ReplyDelete
  4. Wahai pemandu yang mengamalkan sikap sebegini, sedar2 lah. Kalau lambat, lain kali keluar lebih awal untuk elak kesesakan lalu lintas.

    ReplyDelete
  5. jika ada kemera khas untuk kenderaan yang bergerak melebihi had laju, mungkin sekarang JPJ perlu buat lagi satu kamera khas untuk kenderaan awam yang menggunakan bahu jalan untuk memotong(kecuali jika berlaku kecemasan).

    ReplyDelete
  6. keadaan seperti ini sering berlaku terutamanya apabila jalan sibuk. apapun, dalam pemanduan, sikap bertimbang rasa itu perlu ada dalam diri.

    ReplyDelete
  7. Harap para pemandu bersabarlah. Bukan sendiri saja mahu cepat orang lain pun sama juga.

    ReplyDelete
  8. kena bersopan-santunlah ketika berada dalam barisan jangan pentingkan diri sahaja.

    ReplyDelete