Saturday, 25 June 2011

PPHT KHIANATI ORANG ASAL, RUNGUS SUMPAH BN


BANTAH...Sekumpulan para pemilik Tanah Adat yang bakal diusir oleh PPHT membantah tindakan kejam itu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : GALUS AHTOI

PENDUDUK Kampung Loro Kecil, Kudat kini sedang berdepan dengan kemelut tuntutan tanah adat dan kemungkinan mereka akan diusir dari tempat tumpah darah mereka pada masa terdekat ini oleh kerajaan, khususnya pihak Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Para penduduk terbabit menyifatkan tindakan PPHT satu pencabulan yang langsung tidak menghormati sistem perundangan pemilikan tanah secara adat (NCR) kerana selama ini kampung Loro Kecil Kudar merupakan tempat kelahiran mereka sejak turun menurun daripada zaman nenek moyang mereka lagi.

Seorang penduduk kampung, Ling Abdullah yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan, pengusiran mereka kerana PPHT telahpun mengeluarkan geran tanah kepada pihak lain.

“Dimanakah maruah kami sebagai penduduk tempatan yang merupakan penduduk asal kampung Loro Kecil ini? Apakah kami dianggap tidak pernah wujud sedangkan setiap kali pilihanraya Adun dan MP masuk ke kampung kami menabur janji, termasuk geran tanah,” kata Ling yang kesal kerana Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) begitu rakus merampas tanah-tanah adat tanpa membuat penyiasatan tanah.

Sebagai anak watan dan bangsa asli tempatan Sabah, Rungus, kata Ling mereka terus menjadi mangsa kekejaman kerajaan Barisan Nasional sedangkan pendatang asing Indonesia dan Filipina yang mendapat kad pengenalan projek sesuka hati membuat rumah di seluruh pelusuk daerah Pitas, terutama di atas tanah milik kerajaan tidak pernah diambil tindakan, malah terus dilindungi.

“Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami, seluruh bangsa kaum Rungus yang ada di atas bumi yang nyata ini, tidak akan mengundi calon BN lagi walaupun calon itu datangnya daripada suku bangsa kami sendiri; kerana selagi BN yang memerintah Sabah, selagi itulah kami hidup dalam ketakutan akibat penindasan. Mereka hanya memberi keistimewaan kepada PATI sahaja,” tegas Ling lagi.

11 comments:

  1. Bagaimana pula geran tanah boleh dikeluarkan untuk orang lain, sedangkan penduduk kampung ini telah lama menetap di kampung Loro Kecil.

    ReplyDelete
  2. Mereka ini mengundi BN, mereka harus dibela jika tidak pembangkang yang akan mendapat untung.

    ReplyDelete
  3. Hope that the government will help these people.

    ReplyDelete
  4. isu ini pasti akan dipolitikkan oleh pihak pembangkang jika kerajaan tidak bertindak efektif menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  5. kerajaan harus ambil perhatian akan kepentingan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  6. They even swore will not vote BN. Ouch! It's a wake up call for the government.

    ReplyDelete
  7. Nasi sudah menjadi bubur, siapa suruh kamu undi BN/UMNO pd PRU12? Kii... pulitik BN oomis poko paad tantadan?

    ReplyDelete
  8. Harap masalah tanah dapat diselesaikan sebaiknya. Semakin hari semakin kerap masalah tanah timbul tidak kira dimana kawasan pun. Jadi kerajaan perlulah menangani masalah ini. Utamakan rakyat..

    ReplyDelete
  9. bawa masalah ini ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa buah kampung sebelum ini. hanya mahkamah sahaja yang boleh mengembalikan semula hak penduduk Kampung Loro Kecil.. good luck!

    ReplyDelete
  10. Dengan adanya pakos, sila berhubung terus kepada mereka ini. Hubungi en. Galus Ahtoi untuk keterangan lanjut.

    ReplyDelete
  11. Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

    Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete