Monday 27 June 2011

RAKYAT SABAH WAJIB SOKONG RAIME



Saudara Pengarang,

TARIKH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan Perhimpunan Aman semakin hampir, genarasi Muda di Kuala Lumpur, terutama rakyat Sabah terikut-ikut dengan perangai ‘Beruk’ rakan mereka daripada Semenanjung yang tanpa berfikir panjang terkinja-kinja mahu menyertai perhimpunan haram tersebut.

Setakat ini hanya Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi sahaja yang berani tampil membuat kenyataan terbuka menentang gerakan ‘Bersih’ sedangkan yang lain; yang selama ini memuja muji PERKASA, diam seribu bahasa apabila PERKASA juga terlibat sama dengan perhimpunan haram berkenaan.

Agak sukar untuk mencari pemimpin yang jujur dan berani bersuara tepat pada masanya seperti Raime, kerana yang lain hanya mementingkan diri sendiri dan menyokong ‘Bersih’ dari belakang dengan merestui tindakan mereka; terutama yang menyokong PERKASA selama ini secara membuta tuli.

Sebagai pemilih berdaftar Keningau, saya yang berkerja di Lembah Kelang untuk mencari pengalaman sebelum kembali ke Sabah untuk membuka perniagaan, saya dapati ramai rakyat Sabah di Semenanjung terpengaruh dengan ‘Gerakan Jalanan’ yang akhirnya menjerumuskan mereka ke kancah politik songsang dan hidup sengsara.

Mereka lebih ‘Semenanjung’ daripada ‘Orang Semenanjung’ dan tanpa berhemah membenarkan diri mereka dipergunakan pemimpin politik songsang untuk berteriak, berhimpun secara haram dan merusuh ketika terdesak; sekaligus membunuh budaya lelulur nenek moyang mereka di Sabah yang sentiasa mencari jalan perdamaian dalam apa juga keadaan.

Persengketaan dengan Kerajaan di luar Parlimen tidak memberikan apa-apa makna kepada perjuangan dan hala tuju politik golongan muda yang lahir di Sabah tetapi diracuni fikiran mereka agar membenci kerajaan melalui dakyah palsu.

Akibatnya ramai yang merempat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sedangkan ‘Pemalas’ daripada Bangladesh dan India boleh mendapat RM2,000 sebulan dengan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan atau Pembersih Bangunan.

Para pemimpin Sabah sewajarnya bersuara dan lebih banyak meluangkan masa menyedarkan rakyat Sabah yang di’Melaya’kan (ditelentangkan) oleh Pakatan Rakyat yang menggunakan mereka untuk mengukuhkan kedudukan politik dan seterusnya merampas Kerajaan Negeri Sabah melalui dakyah ‘Politik Sabun’.

Ramai daripada bekas pekerja kilang dan pelajar Sabah kini menyertai dan memimpin parti pembangkang di Sabah tidak sedar bahawa mereka hidup senang bukan atas daya usaha pembangkang sebaliknya jasa Kerajaan BN dan usaha mereka sendiri.

Oleh itu, adalah tidak wajar rakyat Sabah menyertai ‘Bersih’ dan mencemar perlembagaan mengikut tafsiran mereka sendiri. Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan, tetapi mereka sering terbabas apabila menyalahgunakan Perlembagaan untuk kepentingan diri.

Salam Hormat,

GEOFFERY J. GADIMUN

11 comments:

  1. The people must decide for themselves.

    ReplyDelete
  2. Biarlah perhimpunan itu berlaku di Semenanjung saja..

    ReplyDelete
  3. Golongan muda dari Sabah harus bijak menilai. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan.

    ReplyDelete
  4. Adakah rakyat Sabah berminat dengan perhimpunan tu

    ReplyDelete
  5. Tuntutan Bersih 2.0 itu relevan cuma harap ianya bebas daripada mana2 agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
  6. rakyat Sabah jgnlah mudah terpengaruh dan terikut ikt dgn perhimpunan seprti ini.

    ReplyDelete
  7. Setuju antap. Walau apapun yang berlaku di Sabah, saya yakin selain daripada buat perhimpunan sebegini pasti ada cara lain yang lebih efektif untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  8. Apapun, saya harap BERSIH benar2 BERSIH :)

    ReplyDelete
  9. Orang seperti inilah yang dimahukan. Apa pun kita mengharapkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  10. setiap daripada kita perlu bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh oleh pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
  11. pembangkang akan gunakan apa sahaja cara termasuk menjadikan rakyat sebagai perisai untuk membantu mereka mencapai matlamat.

    ReplyDelete