Sunday 26 June 2011

KAMI PERLU AIR PAIP, BUKAN AIR LIUR!



Saudara Pengarang,

BERITA ‘Taman Warisan Bukti Kekejaman BN?’ ini telah keluar lebih setahun lalu, tetapi masih tiada sebarang perubahan. Saya mula pindah dan tinggal di Taman Warisan ini pada 2009 dan pada mulanya hairan mengapa tiada air di paip dan mengapa para jiran membuka meter air.

Pada mulanya saya pun takut untuk membuka meter, tapi melihat keadaan yang berterusan dan ketiadaan bekalan air, maka saya pun terpaksa membuka meter dan memasang pam untuk membolehkan pam menarik tekanan air ke permukaan.

Mungkin Jabatan Air Lahad Datu (JALD) kata kami mencuri air kerana air tidak disalurkan melalui meter, tapi JALD harus melihat keadaan ini dari semua sudut dan menyiasat mengapa keadaan tersebut berlaku.

Pada saya keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya JALD menyelesaikan masalah tekanan air ini. Sekiranya tekanan air boleh sampai ke tangki setiap rumah, penduduk tidak perlu mencabut meter dan JALD boleh menghantar pegawai penguatkuasa mereka memantau keadaan.

Apalah guna Hilux D/C yang bercop ‘Penguatkuasa’ itu kalau tidak digunakan untuk memantau? Saya sangat berharap keadaan ini dapat diperbaiki dan tidak hanya saling menuduh sesama sendiri.

Wahai Ketua Menteri Sabah, kami perlukan air paip dan bukannya janji air liur yang dibuat oleh YB di Tungku dan Ahli Parlimen Silam.

Salam Hormat,

ANNA K FIESTA

11 comments:

  1. Harap2 kemudahan air paip disegerakan.

    ReplyDelete
  2. The people have no choice but do this. If the government wants to stop illegal water stealing, they should provide them with the water supply as promised.

    ReplyDelete
  3. These are the basic necessities that the government should provide. Hope that they will pay more attention about this.

    ReplyDelete
  4. Air adalah salah satu keperluan utama penduduk. harap pihak JALD akan segera menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  5. Adakah masalah ini pun terlepas pandang? Harap JALD lebih proaktif untuk memperbaiki sistem pengairan.

    ReplyDelete
  6. selesaikan masalah air tersebut, air adalah sumber asas. ia amat penting.

    ReplyDelete
  7. Na ambik mu. Ni kalilah, baru tajuk sudah panas telinga. huhu

    ReplyDelete
  8. Segerakanlah pelaksanaannya dan bukan asyik cakap ja. Penduduk mahukan bukti nyata bukannya asyik mengharap dan dengar penjelasan. So, buatlah apa yang patut!

    ReplyDelete
  9. Jabatan Air yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Harap Jabatan dapat menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  10. harap masalah yang ada akan ditangani dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. kenapa perlu salahkan ketua menteri Sabah? bukan beliau yang menyelengara atau memantau masalah paip.. kalau mahu tuding jari biarlah tepat kepada sasaran..

    ReplyDelete